3

1K 174 12
                                    

PERISTIWA zip terbuka dua hari lepas masih menghantui minda. Makanya sejak kelmarin dia akan lebih berjaga-jaga ketika berkeliaran di sekolah. Sebolehnya dia tak mahu terserempak dengan gadis yang namanya Qalbi itu. Malunya masih tebal. Tak sanggup rasanya nak tunjukkan muka di depan Qalbi lagi.

Pandang kiri dan kanan bersilih ganti. Tingkahnya tak ada beza seperti seorang pencuri yang dah berjaya pecah masuk rumah mangsanya. Koridor ini bebas dari Qalbi. Ata lepaskan nafas lega. Kaki terus melangkah menaiki tangga. Sangkanya tangga ini jalan paling selamat menuju ke kelas, namun malangnya dia tersilap percaturan.

Bukan Qalbi yang harus dihadapi tapi sekelompok budak-budak nakal. Senang kata, mereka pelajar-pelajar samseng yang terkenal dengan kes buli. Baru saja Ata mahu berpatah balik, tiba-tiba tangannya ditarik kasar dan dibawa ke belakang tangga.

Ata ditolak ke dinding oleh pelajar yang namanya Zaim. Belah kiri dan kanan Ata pula dijaga oleh Umar dan Sofian. Ata berfikir-fikir untuk melarikan diri tetapi belum sempat menyusun taktik, sebiji penumbuk melayang tepat ke batang hidung mancung Ata.

"Arghh! Korang dah kenapa?!" Ata menyeringai kesakitan.

"Bak sini duit. Mana duit?!"

Ata tidak menjawab soalan lelaki itu. Sedari darah keluar dari hidungnya, Ata kaku setempat. Ata pandang Zaim dan rakan-rakannya bersilih ganti.

"Aku tanya tak jawab. Ni yang aku pantang ni!" Amuk Zaim tidak berpuas hati.

Ata bungkam. Mengenang dirinya yang keding dan sedikit pendek dari Zaim yang berbadan besar dan tinggi itu, Ata tak rasa dia ada harapan memboloskan diri. Tubuh Sofian dan Umar tidak jauh beza dengan Zaim. Ah, mampus... 

"Pian, seluk poket dia." Zaim memberi arahan.

"Aku tak ada duitlah. Dah habis."

"Takkan anak orang kaya tak ada bawa duit poket lebih? Mustahillah."

"Zaim, kau tak takut ke kutip duit dari anak orang kaya ni? Kalau dia mengadu dekat mak bapak dia, habis kita." Sofian bersuara. Sedikit gentar kalau-kalau Ata mengadu pada orang tuanya. Sudahlah bulan lepas mereka digantung sekolah.

Zaim ketap bibir. Sesekali mengerling ke arah Ata. Benar juga apa yang diperkatakan oleh Sofian. Budak keding di hadapannya ini bukan anak orang sembarangan. Dengar khabar dari orang-orang kampung, orang tua kandung Ata adalah orang kenamaan di Kuala Lumpur.

Baru saja Zaim mahu membuka mulut, tiba-tiba saja seketul batu bersaiz sederhana dibaling pada dahinya. Bukan sekali tapi dua kali! Zaim menoleh ke kanan. Sofian dan Umar turut menoleh ke arah yang sama.

"Kau lepaskan dia. Kalau kau orang degil, aku tak teragak-agak baling batu bata ni dekat muka kau orang. Dah lah muka pecah, aku campak batu ni, makin pecah muka kau orang." Qalbi angkat sebiji batu bata ke udara. Sengaja batu itu diayun-ayunkan sedikit.

Ata tercengang. Tiga sekawan tadi tenganga. Qalbi! Dari mana Qalbi tahu dia sedang dilanda kesusahan? Punyalah dia bersungguh mahu mengelak dari bertemu gadis itu, tup-tup Allah datangkan Qalbi kepadanya sebagai penyelamat.

"Lah, anak penyodol dah mari!" Sofian tertawa besar mendengar ujaran Zaim.

Qalbi tayang riak muka biasa. Ata yang berjalan laju ke arahnya dipandang sekilas. Hidung Ata berdarah...

"Weh kau Ata kan? Anak Menteri? Kau dengan anak penyodol ni ada apa? Kenapa dia beriya-iya nak tolong kau? Kau dengan dia couple ek?" Nada mengejek.

"Haah kan? Banyak-banyak perempuan cantik dekat sekolah ni, anak haram ni jugak kau pandang. Dia bagi apa dekat kau sampai kau nak dekat dia ni? Bagi bawah ke?" Makin sakan mereka berandaian dan menebar tuduhan tak berasas.

Ata menoleh ke kanan. Dia pandang sisi wajah Qalbi yang kelihatan tenang saja. Kenapa Qalbi diamkan saja? Kenapa gadis ini tidak melawan semula kata-kata jelek si pembuli?

"Tak sabar nak tunggu kau orang bertiga merangkak cari aku dekat akhirat nanti." Balas Qalbi. Menyinis dalam ketenangan.

Air muka Zaim dan kawan-kawannya berubah mendadak.

"Kenapa diam? Cakaplah lagi. Kutuklah lagi. Fitnahlah lagi. Biar pahala korang beralih dekat kami." Sambung Qalbi lagi.

Ata menyimpan senyuman. Dia tabik dengan keberanian Qalbi. Dia kagum dengan ketenangan gadis ini. Sungguhpun dia tahu Qalbi sedang mengawal rasa amarah di hati tapi dia tak zahirkan pun amarah itu. Hebatnya gadis ini.

"Kalau makan free pun orang suka, apatah dapat pahala free."

"Perempuan bodoh." Sentap barangkali. Zaim lontarkan ayat makian pada Qalbi.

"Anak haram."

"Tak ada bapak."

"Mak jalang."

"Mak kau... penyondol. Rampas laki orang." Bukan cuma Zaim seorang yang menghina, bahkan Sofian dan Umar ikut sekaki. 

"Korang cukuplah!" Gertak Ata yang dari tadi diam saja. Meskipun bukan dia yang dikutuk sedemikian rupa, sakitnya tetap terasa. Dia terluka dengan kata-kata yang dilemparkan.

"Ata, biar..." Qalbi menyuruh Ata membiarkan.  Dia tak mahu Ata masuk campur.

"Kau pergi bagitahu cikgu yang tiga budak ni buli kau. Hidung kau berdarah. Pergi basuh. Biar aku uruskan ahli neraka ni." Qalbi tolak lengan Ata.

"Tak! Dia orang tu lelaki, Qalbi. Tak takut ke dia orang apa-apakan kau?" Ata pandang muka Qalbi dalam-dalam. Jelas nada bimbang pada suara.

"Alahai nak berkasih sayang tu bukan dekat sini tempatnya. Pergilah belakang kantin, buat projek-"

Buk! Kalau tadi Zaim bagi penumbuk padanya, kali ini Ata pula yang beri penumbuk sulung pada Zaim. Ata hilang sabar. Ata tak suka harga diri mereka dipijak-pijak oleh insan dungu seperti Zaim dan rakan-rakannya. Ata tahu kekasarannya terhadap Zaim akan menaikkan lagi kemarahan Zaim, makanya dia segera bertindak dengan menarik lengan Qalbi dan bawa gadis itu pergi.

Rezeki berpihak kepada mereka apabila cikgu Nurun kebetulan berada di area situ. Dia tarik Qalbi bersamanya. Dari kejauhan dia memanggil-manggil nama cikgu Nurun. Belum sempat mereka dapati Cikgu Nurul, Ata tersandung bendul dan akhirnya jatuh ke lantai. Qalbi yang dipegangnya turut jatuh bersamanya.

"Astagah... Ata? Qalbi?" Suara Cikgu Nurun memetir.

Qalbi gigit bibir. Dia menyimpan tawa di dalam hati. Aduhai, Ata Tauqan jatuh lagi...
  
   
  
  
TBC

Update: 21112023

Yang Satu Where stories live. Discover now