5

786 162 16
                                    

HIDUNG bertemu hidung dan pandangan saling bertaut. Insiden 'tak sengaja' yang berlaku di antara mereka berdua petang tadi kerap bermain di minda. Tak menyangka pula dia berpeluang melihat wajah Ata sedekat itu.

Mukanya bersih, bulu matanya panjang dan Ata ada tahi lalat kecil di bawah mata kanannya. Kacak...

"Qalbi," panggil seseorang. Terasa bahunya disentuh.

Dek terleka dalam dunia ciptaannya sendiri, sentuhan lembut itu tak semena-mena membuatkan tubuhnya terenjat. Qalbi segera menoleh. Mukanya putih pucat seperti kapur.

"Aik, terkejut? Kenapa tengok mak usu macam tengah tengok pocong ni?" Mak usu Hawa ketawa.

"Ehhh mana ada..." Walaupun hakikatnya ibu saudaranya itu berpakaian seperti jenazah hidup. Bertelekung putih.

"Kamu fikir pasal apa, Qalbi? Jauh benar termenungnya. Ada masalah? Kalau ada, cakap dengan mak usu. Lepas tu, mak usu dengar cerita dari nenek, kamu dengan anak lelaki Encik Anas tu kena buli. Kamu tak apa-apa?" Langsung saja mak usu belek-belek muka Qalbi. Khawatir kalau-kalau gadis itu luka dicederakan pembuli.

"Ni Qalbi lah mak usu, pembuli pun takut dengan Qalbi."

"Oh ya?"

"Hahahah, Qalbi tak cedera. Budak Ata tu aje yang cedera kena tumbuk dengan pembuli tu." Kalaulah Qalbi datang lebih awal dan selamatkan Ata, pasti dia takkan cedera.

"Mak aih... kena tumbuk dekat mana? Dia okey tak?"

"Dekat hidung. Dia okey aje. Sebelum kitaorang lari selamatkan diri, dia bagi penumbuk sulung dia dekat yang buli dia tu. Pembalasan." Qalbi ceritakan balik peristiwa buli petang itu pada mak usu Hawa.

"Macam mana kamu tahu pembuli tu tarik si Ata tu dekat belakang tangga? Kamu kebetulan melintas dekat situ?"

Tak. Bukan kebetulan tapi memang Qalbi jadi ekor Ata sepanjang waktu rehat. Dah lelaki itu seperti mengelak dari bertembung dengannya sejak kes dia tegur zip Ata terbuka. Mesti Ata ingat Qalbi tak perasan kehadiran lelaki itu sedangkan Qalbi jadi CCTV tak berbayar Ata.

"Haah." Tipu sunat.

"Pak cik Anas hantar Qalbi balik hari ni." Mak usu Hawa tak bertanya apa-apa, Qalbi aje yang mahu membuka cerita.

"Lah yeke? Dah cakap terima kasih?"

"Dah. Dia tolong hantarkan Qalbi balik atas tanda terima kasih sebab Qalbi dah tolong Ata."

"Kebetulan hari ni hujan lebat juga kan?" Mak usu Hawa senyum. Belakang kepala Qalbi diusap.

"Ya."

Jeda seketika.

"Tadi ibu ada telefon." Beritahu Mak usu Hawa sambil merenung wajah lembut Qalbi. Dia nampak riak wajah Qalbi berubah mendadak.

"Dia nak apa?" Tanya Qalbi dengan nada kurang berkenan.

"Dia tanya pasal kamu."

Qalbi terus diam dan tidak bertanya apa-apa. Mak usu Hawa hanya menggelengkan kepala dan kemudian dia duduk rapat dengan Qalbi. Bahu Qalbi dipeluk. Wajah muram yang ditayangkan Qalbi dipandang lama.

"Dia rindu... sebab tu dia call. Dia ada hantarkan kita duit. Esok mak usu pergi bank ya. Dan dia suruh mak usu sampaikan pesanan dekat kamu, dia suruh kamu belajar pandai-pandai, jangan buat hal dekat sekolah. Habis SPM nanti, dia bawa kamu keluar dari kampung ni. Dia akan tamatkan penderitaa..." Belum sempat Mak usu Hawa menghabiskan ayatnya, Qalbi sudah pantas mencelah.

Gadis berusia 16 tahun itu lantas bangkit dari duduknya. Gadis itu berdiri membelakanginya dan tidak menoleh ke arahnya semula. Dia nampak Qalbi sedang menggenggam buku lima menahan perasaannya.

"Bagitahu dekat ibu, Qalbi tak nak ikut dia. Suruh dia lupakan Qalbi. Dia dah ada keluarga baru dekat sana. Dia dah hidup senang dan tak perlu hadap penderitaan yang Qalbi perlu hadap setiap hari. Suruh dia berhenti jadi ibu Qalbi." Qalbi noktahkan ayat. Dia melangkah pergi dari ruang tamu dan masuk ke dalam biliknya tanpa berpaling lagi.

Dari getaran suara saja, mak usu Hawa tahu Qalbi sedang menahan tangis. Melalui postur tubuh gadis itu saja, dia tahu Qalbi sedang mengawal perasaan yang berantakkan. Dia sudah faham bahasa tubuh Qalbi yang dia anggap seperti anaknya sendiri.

Benar sekali, dia bukanlah ibu yang melahirkan Qalbi. Tetapi dialah yang membesarkan Qalbi, dia yang rawat Qalbi dan dialah sosok ibu yang sanggup berkorban untuk gadis malang itu. Bak kata orang putih, she's not a mother but she's the mother who stepped up.

"Qalbi, tadi nenek ada beli ais krim coklat yang kamu suka tu. Kalau kamu dah okey, jangan lupa makan tau," ujar mak usu Hawa yang berdiri luar pintu bilik Qalbi.



TBC

Update: 28112023.

Yang Satu Where stories live. Discover now