7

1K 184 12
                                    

AKTIVITI hari cuti hujung minggu ini berbeza dengan aktiviti kebiasaannya. Hari ini dia dijemput datang ke rumah Ata oleh orang tua lelaki itu. Ikutkan hati dia mahu menolak undangan mereka namun tak sedap pula. Ata kata umi dan abahnya masak banyak hari ini.

Mereka siap sediakan nasi Biryani dan kambing perap Pak Mat Western khusus buatnya. Kalau Qalbi tak datang, kasihanlah mereka yang dah siapkan hidangan untuknya. Kambing. Rasa-rasanya dah bertahun dia tak makan daging kambing. Tak mampu.

Pon! Pon! Bunyi hon dari sebuah kereta mengejutkan Qalbi yang sedang leka. Lantas gadis itu berlari ke arah pintu yang terbuka luas. Dia melihat ada sebuah kereta Swift berwarna hitam di hadapan rumah.

"Kawan kamu, Qalbi?" Nenek yang duduk bersila di atas lantai sambil mengupas kulit mangga muda yang dipetiknya siang tadi dipandang sekilas.

Qalbi menoleh semula ke arah kereta tersebut. Kali ini barulah si pemandu menunjukkan wajahnya. Seorang lelaki muda dan memakai cermin mata. Siapa lagi kalau bukan Ata Tauqan yang sedang menjenguk kepalanya keluar dari tingkap kereta.

Ata yang pandu kereta tu? Ada lesen tak?

"Ya, kawan Qalbi. Ata."

"Elok-elok dekat rumah orang, Qalbi. Jangan usik barang orang. Jaga sikap, jaga bahasa. Jangan malukan diri sendiri." Nenek berpesan.

"Ya, Qalbi tahu, nek. Semalam nenek dah pesan benda yang sama dekat Qalbi."

Nenek sekadar menarik segaris senyuman saja. Dia menoleh semula ke arah si cucu yang berjalan ke arahnya. Qalbi hulurkan tangan kepadanya dan tanpa melengahkan masa, dia sambut tangan si cucu. Sempat mereka berlaga pipi sebelum Qalbi beredar keluar.

Syukurlah Qalbi tidak lagi merasa sunyi dalam kesendirian. Sekarang cucunya sudah punya teman yang tidak menilai latar belakang Qalbi. Dia tumpang gembira buat cucunya. 16 tahun Qalbi hidup, belum pernah lagi Qalbi bercerita tentang seseorang yang dia anggap 'rakan'. Ata-lah orang pertama. 

"Pakai safety belt." Ata mengarah. Dia menoleh ke arah Qalbi yang duduk santai tanpa memakai tali pinggang keledar.

"Ada lesen tak bawa kereta ni?" soal Qalbi seraya menarik tali pinggang keledar dan memakainya.

"Tak ada lagi. Tak payahlah risau, jalan kampung aje ni. Lagipun rumah tak jauh mana. Tak sampai lima minit dah sampai."

"Amboi konfiden lain macam. Ni kalau tetiba jalan depan ada polis. Mampus kita, Ata."

"Tak payah overthinking. Tak ada apa pun dekat depan. Lagipun aku guna jalan yang sama nak ke rumah kau ni. Tak ada polis pun." Jelas Ata. Lelaki itu kelihatan santai dan bersahaja.

"Kalau ada apa-apa, tu salah kau."

"Tahu..."

Ata pun memasukkan gear R untuk mengundurkan kereta. Seperti apa yang diberitahukan oleh Ata, tak sampai lima minit mereka dah sampai ke rumah Ata. Kereta diparkirkan di bawah garaj dan enjin dimatikan.

"Besar rumah kau." Sepasang mata milik Qalbi buntang ketika melihat rumah Ata yang besar. Rumah banglo moden dua tingkat. Tak hairanlah kenapa orang kampung gelar keluarga angkat Ata ni orang kaya kampung.

"Rumah parents aku."

"Still rumah kau jugak."

"Kak Qalbi? Dah sampai dah! Umi, abah... diaorang dah sampai!" Suara nyaring Awali menyapa mereka yang masih berada di luar rumah.

"Masuklah, kak Qalbi. Umi dengan abah ada dekat dalam."

Selipar getah ditanggalkan dari kaki lalu disusun rapi di tepi muka pintu. Ata yang masih setia menunggunya di bingkai pintu dipandang sekilas. Pakai apa pun mesti nampak kacak. Petang ini Ata memakai hoodie berwarna olive green yang dipadankan dengan seluar slack hitam.

"Kenapa pandang aku macam tu? Nampak handsome?" Segaris senyuman kecil tercoret pada bibir Ata.

Qalbi memutarkan bola matanya tanda meluat. Dia mendecit kecil. Sejak bila Ata Tauqan yang cemerkap dan sentiasa rendah diri ni pandai puji diri sendiri?

"Perasan aje lebih. Awali lagi handsome dari kau lah."

"Tapi aku abang. Aku handsome lebih lagi dari adik aku." Ata tak mahu kalah.

"Amboi dia ni..."

Ata ketawa besar. "Gurau."

"Dah kenapa borak dekat luar ni? Kenapa tak suruh Qalbi masuk ke dalam. Hari panas." Suara wanita menyelit perbualan mereka berdua. Qalbi talakan pandangannya ke hadapan.

Pandangan matanya bertembung dengan mata wanita yang bertudung labuh itu. Wanita yang dipanggil 'umi'. Ibu angkat Ata. Lama matanya merenung wajah wanita itu. Wajah yang mendamaikan. Wajah yang sejuk dan nyaman dipandang mata. Berwajah keibuan.

"Cantiknya Qalbi ni. Psst Ata, ni kawan atau kawan istimewa?" Tiba-tiba Puan Adara bertanya pada Ata. Lengan si anak disiku-siku meminta kepastian. Senyuman mengusik jelas tersungging di bibirnya.

Ata melirik ke arah Qalbi.

"Kawan, umi. Mana boleh ada girlfriend..."

"Yeke ni?"

"Ye, mak cik. Kitaorang cuma kawan." Qalbi turut bersuara. Dia bercinta dengan Ata? Tidak akan!

"Lah... ingatkan Qalbi ni bakal menantu mak cik."

"Umi..." Muka Ata dah bertukar merah kerana malu. Umi kalau tang mengusik dia memang nombor satu.

"Tapi siapa tahu lagi 10 tahun, Ata bawa orang yang sama ke rumah ni. Mungkin waktu tu bukan lagi kawan tapi Qalbi sebagai isteri." Tambah Puan Adara. Senyumannya melebar besar. Sebelum Ata kusut dek diusik, Puan Adara dah tarik Qalbi masuk ke dalam rumah.

"Umi ni memang sengaja, kan?" Hesy!

TBC

Update: 18122023

Yang Satu Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu