Bab 18

588 28 0
                                    

"Bila kamu nak bawa isteri kamu balik rumah kamu Aydan?"Soal Datin Alina secara tiba-tiba semasa mereka sedang sarapan.

"Minggu depan mommy, esok rasanya nak balik kampung Ayra dekat kelantan tu"Balas Aydan.

"Daddy, mana mommy cantik?"Soal Mikha apabila dia melihat mommy kesayangan dia tiada waktu sarapan.

"Haah Aydan mana Ayra selalu dia masa ni dah ada dekat dapur tu ha"Ucap Datin Alina, dia baru sedar yang menantunya tiada ketika mereka sarapan.

"Dekat bilik Aydan lupa pula nak gerak dia"Balas Aydan sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Haih kamu ni, dah pergi gerak dia bangun suruh dia sarapan, malam semalam pun dia tak makan kan"Suruh Datin Alina.

"Haah, okay la Aydan pergi gerakkan dia sekejap"Ucap Aydan lalu berjalan ke arah tangga.


***

"Cinta, bangun jom sarapan"Gerak Aydan lalu dia ingin menyentuh rambut Ayra.

"Panasnya badan kau, hei bangun"Gerak Aydan sekali lagi lalu dia menepuk perlahan pipi Ayra.

Ayra hanya membalaskan dengan gelengan. Dia tak mampu nak buat apa kepalanya semakin berdenyut badannya juga sudah menggigil dari tadi.

"Kau kena makan nanti tambah sakit, tu lah kau semalam nak mandi hujan sangat kan dah demam sekejap lagi kau kena makan ubat"Ucap Aydan.

"Hiks...kepala saya sakit"Tangis Ayra lalu dia memeluk lengan Aydan.

"Shhh dah bangun jom makan lepastu kita makan ubat and then baru sambung tidur okay?"Soal Aydan sambil mengusap kepala Ayra.

"Aku nak turun bawah sekejap nak buat bubur lepastu aku naik balik kau mandi dulu okay"Ucap Aydan

"Em okay"Balas Ayra lalu ingin bangun ke arah pintu bilik air.

"Careful!"Jerit Aydan kepada Ayra lalu dia berjalan ke arah pintu bilik untuk ke dapur.

"Ha Aydan mana Ayra?"Soal Datin Alina apabila melihat Aydan keluar dari bilik tetapi tiada Ayra.

"Dia nak mandi mommy"Balas Aydan lalu ke arah dapur.

"Kamu nak buat apa tu?"Soal Datin Alina.

"Nak masak bubur my"Balas Aydan lalu mengeluarkan bahan-bahan buat bubur.

"Bubur?"Soal Datin Alina pelik tiba-tiba sahaja nak masak bubur si Aydan ni.

"Haah Ayra demam my, sebab mandi hujan semalam kot"Ucap Aydan sambil gelengkan kepalanya.

"Haih la budak-budak ni, mana si Arif tu mommy nak denda, dia la kepala ajak-ajak mandi hujan ni"Ucap Datin Alina.

"Ha denda dia my, sebab dia la isteri orang demam tu si Mikha tu kepala juga tu elok la dua ekor tu"Balas Aydan.

"Daddy, mommy mana?"Soal Mikha kepada Aydan.

"Dekat bilik kenapa?"Balas Aydan sambil memotong bahan-bahan.

"Nak tengok boleh?"Soal Mikha.

"Hm pergi la"Balas Aydan.

***

"Hi mommy cantik"Ucap Mikha sambil berdiri di depan pintu.

"Hi dino, sini la"Ayra memanggil Mikha.

"Mommy sakit ke? panasnya dahi mommy"Ucap Mikha sambil menyentuh dahi Ayra.

"Sikit je dino, dino dah makan ke?"Soal Ayra.

"Dah tapi tak best sebab tak ada mommy"Balas Mikha lalu mencebikkan bibirnya.

"Ala siannya dia tak apa nanti dinner kita makan sama-sama okay?"Soal Ayra lalu mencubit pipi Mikha yang gebu itu.

"Okay"Balas Mikha lalu tersenyum.

"Dah habis ke borak? nah makan bubur ni"Ucap Aydan sambil membawa dulang yang berisi manhkuk bubur dan juga segelas air masak.

"Terima kasih awak"Ucap Ayra lalu tersenyum.

"Sama-sama dah ni makan"Balas Aydan lalu menyuap Ayra makan.

"Dino mommy nak ke?"Soal Ayra kepada Mikha yang sedang melihatnya makan.

"Taknak, mommy sorry tau sebab Mikha ajak mommy mandi hujan semalam Mikha tak tahu pula mommy boleh demam"Ucap Mikha lalu menunduk kepala ke bawah.

"It's okay dino not your fault"Balas Ayra lalu mengusap pipi Mikha.

"Kalau bukan salah Mikha, salah siapa?"Soal Mikha secara tiba-tiba. Terkedu Ayra dibuatnya.

"Salah si tua tu, entah datang celah mana tiba-tiba ajak orang mandi hujan"Ucap Aydan kepada Arif.

Ayra tersenyum kecil apabila melihat Aydan marah kepada Arif.

"Dah kenyang"Ucap Ayra lalu menolak perlahan bubur yang ingin disuap oleh Ayra.

"Betul taknak dah sikitnya kau makan, makan la lagi"Balas Aydan lalu ingin menyuap bubur ke dalam mulut Ayra.

"Taknak kenyang dah sekejap lagi nak makan dengan Mikha lagi"Ucap Ayra sambil gelengkan kepalanya.Lalu dia menarik selimut untuk tidur kembali.

"Eh nanti dulu, makan ubat dulu baru tidur"Ucap Aydan lalu mengambil air dan juga ubat.

"Erk taknak"Rengek Ayra macam budak kecil.

"Uwerk ubat tak sedap la daddy"Ucap Mikha sambik menunjukkan gaya ingin muntah.

"Sedap tak sedap mommy kena makan juga"Ucap Aydan lalu membagi ubat itu kepada Ayra.

"Taknak please la"Ayra menunjukkan muka comelnya.

"Esok kita kan nak pergi rumah tokma kau jadi kau kena sihat kau kata nak buat macam-macam aktiviti dekat sana kan so kena makan ubat dulu baru boleh buat aktiviti"Ucap Aydan.

"Balik rumah tokma? tokma tu siapa daddy Mikha nak ikut la! bestnya boleh buat aktiviti!"Ucap Mikha lalu melompat di atas katil.

"Hei! duduk jangan lompat-lompat nanti jatuh!"Marah Aydan kepada Mikha.

"Dino serious ke nak ikut?"Soal Ayra kepada Mikha.

"Haah Mikha nak ikut boleh tak mommy?"Soal Mikha.

"Tak boleh"Balas Aydan singkat.

"Kenapa?"Soal Ayra kepada Aydan.

"Lepas balik dari rumah tokma kita nak balik rumah kita dah"Jelas Aydan.

"Oh, sorry dino tak boleh ikut nanti dino datang la rumah daddy okay"Ucap Ayra kepada Mikha lalu mengusap pipi Mikha.

"Em okay"Balas Mikha.

"Bila nak makan ubat?"Soal Aydan terdiam Ayra dibuatnya.

"Em okay la sini"Ucap Ayra pasrah lalu mengambil ubat yang berada di tangan Aydan.

"Dah"Ayra membaringkan tubuhnya lalu menarik selimut.

"Mikha nak tidur dengan mommy boleh tak daddy, Mikha pun ngantuk"Soal Mikha.

"Hm boleh tapi jangan kacau mommy nak tidur pula"Balas Aydan.

"Okay"Ucap Mikha lalu baring disebelah Ayra.

                         *Happy Reading 🫶🏻😊*

Aku hanya seorang wanita pendosaWhere stories live. Discover now