Bab 28

423 26 1
                                    

"Ayra!"Jerit Aydan memanggil nama Ayra dari ruang tamu.

"Ya saya!"Ayra menyaut lalu berjalan ke arah ruang tamu.

"Kenapa?"Soal Ayra apabila dia sudah berada didepan Aydan yang sedang duduk di sofa.

"Sini duduk"Aydan menepuk sofa untuk menyuruh Ayra duduk disebelahnya.

"Kenapa?"Soal Ayra sekali lagi apabila dia sudah mengambil tempah disebelah Aydan.

"Mulai esok kau tak payah pergi kerja dah boleh tak? aku nak kau duduk rumah je"Ucap Aydan sambil mengusap tangan Ayra untuk memejuk Ayra supaya tidak kerja lagi.

"Huh?"Ayra masih bingung.

"Aku nak kau berhenti kerja"Ucap Aydan.

"Kenapa?"Soal Ayra.

"Aku nak kau duduk je rumah boleh tak? aku dah bagitahu boss kau and barang-barang kau yang ada dekat sana semua aku dah ambil"Balas Aydan.

"Bi... bila awak ambil?"Soal Ayra.

"Tadi, yang aku cakap nak keluar sekejap tu aku minta maaf la kalau aku buat benda ni tanpa bagitahu kau tapi ni pun untuk kebaikan kau juga aku tak nak kau penat je ye la pergi kerja pastu balik kerja pun dah nak lewat malam"Aydan membenamkan mukanya di atas paha Ayra.

"Tak apa la awak, saya okay je at least saya ada banyak masa untuk awak"Ayra mengusap kepala Aydan.

"Pandainya cinta ab... abang"Ucap Aydan tergagap-gagap kerana ini kali pertama dia bahasakan dirinya abang.

"Awak bahasakan diri awak abang!"Ucap Ayra dengan teruja. Aydan membalas dengan anggukan.

"Betul ke? saya tak salah dengar kan?"Soal Ayra masih dia percaya yang Aydan bahasakan dirinya abang.

"Betul cinta"Aydan tersenyum kecil melihat gelagat isterinya yang comel itu.

"Yeay! awak dah tak guna aku-kau lagi!"Ayra memeluk tubuh Aydan.

"Tapi cinta guna awak-saya lagi"Aydan mencebikkan bibirnya lalu memeluk tubuhnya sendiri.

"Emm tak boleh ke?"Soal Ayra.

"Tak boleh!"Balas Aydan dengan pantas.

"Em okay la Ayra tak guna lagi awak-saya"Ucap Ayra.

"Ayra pulak!"Aydan menepuk dahinya sendiri.

"Dah tu apa?"Soal Ayra.

"CINTA!"Ucap Aydan sambil menjelaskan perkataan cinta.

"TAKNAK"Balas Ayra.

"Apa pasal tak nak pulak kalau macam tu aku pun tak nak la bahasakan diri aku abang"Aydan menjeling ke arah Ayra.

"Aaa okay, okay cinta minta maaf"Ayra menyalam tangan Aydan.

"Okay abang maafkan, cinta boleh solat tak? kalau boleh solat jom la kita solat sekali"Ajak Aydan namun Ayra hanya diamkan diri sahaja.

"Cinta tak pandai solat?"Soal Aydan lembut kepada Ayra, Ayra hanya balas dengan gelengan sahaja.

"Tak apa jom abang ajar"Aydan menarik tangan Ayra lalu berjalan ke arah bilik mereka berdua.

"Ab... abang tak malu ke dapat isteri macam cin... cinta?"Soal Ayra secara tiba-tiba.

"Buat apa nak malu?"Soal Aydan kembali kepada Ayra.

"Ye la cinta tak reti solat, tak reti mengaji and cinta pela..."Belum sempat Ayra menghabiskan ayatnya sudah dipotong oleh Aydan.

"Shhh jangan sebut yang itu, benda tu bukan cinta yang nak buat kan jadi jangan sebut pasal benda tu dah yang pasal solat and mengaji tu tak apa abang boleh ajarkan, abang pun bermula dari yang tidak pandai mengaji dan juga solat tetapi semua tu boleh belajar and abang pun belajar slow-slow now abang dah boleh buat semua benda tu and abang ajar cinta pula mana tahu nanti cinta boleh ajarkan anak-anak kita pula"Aydan mengusap lembut pipi Ayra.

Aku hanya seorang wanita pendosaWhere stories live. Discover now