Bab 42

229 13 1
                                    

"ABANG! bangun sahur!"Ayra menjerit disebelah telinga Aydan yang masih tertidur, pipi Aydan diusap perlahan lalu Ayra jalan turun dari katil lampu dibuka.

"Abang bangun jom kita sahur lepastu kita solat subuh sama-sama"Ucap Ayra dengan nada lembut.

"Em, dah pukul berapa sekarang?"Soal Aydan yang masih mamai matanya terbuka secara perlahan dipandang muka Ayra yang berada disampingnya.

"Sekarang pukul 5 cinta bangunkan abang awal sikit sebab nak suruh abang ajar cinta mengaji boleh?"

"Boleh, cinta nak belajar mengaji ke?"Aydan terus bangun dari tempat tidurnya tangan Ayra dipegang lalu diusap lembut.

"Haah, abang tolong ajarkan eh dah jom kita sahur mommy dengan daddy dah tunggu dekat bawah abang Arif pun ada"Ayra mencapai tangan suaminya lalu berjalan keluar bilik.

"Sayang pergi dulu abang nak cuci muka sekejap"Ucap Aydan sambil mengusap kepala isterinya.

"Okay!"Ayra terus berlalu pergi dari bilik lalu berjalan ke arah meja makan.

"Ha Ayra suami kamu mana?"Soal Datin Alina apabila dia tidak melihat Aydan bersama Ayra.

"Sekejap lagi Aydan turun dia cuci muka sekejap" Ayra.

"Ayra makan la dulu nak tunggu Aydan tu lambat kamu makan dulu"Ucap Dato Muzakir yang lemihat Ayra menunggu suaminya.

"Eh tak apa Ayra tunggu Aydan aje, mommy, daddy dengan abang arif makan la dulu"Balas Ayra dengan tersenyum kecil.

"Jadi ke nak berbuka puasa dekat rumah mama kamu Ayra?"Soal Datin Alina.

"Jadi, Arif nanti kau ikut aku eh pergi rumah mama Ayra, aku nak suruh kau tolong aku angkat barang  aku yang ada dekat sana boleh?"Aydan berjalan mendekati Ayra lalu duduk disamping isterinya.

"Boleh je, untuk Ayra Marissa semua boleh!"Balas Arif sahaja ingin mengusik adiknya.

"Time sahur ni kau jangan mula boleh tak?! kang tak pasal-pasal kau aku buat lauk untuk sahur"Sinis Aydan tak mahu kalah.

"Dah! gaduh depan rezeki ni tak baik makan dulu lepastu nak gaduh tu gaduh la"Tegur Dato Muzakir.

"Baik dy!"Balas Aydan dan Arif dengan serentak.

"SAYANG, bangun kita dah sampai rumah mama ni"Aydan menepuk perlahan pipi Ayra kerana mereka sudah sampai dirumah Puan Mira

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SAYANG, bangun kita dah sampai rumah mama ni"Aydan menepuk perlahan pipi Ayra kerana mereka sudah sampai dirumah Puan Mira.

"Em"Ayra membuka matanya dengan perlahan dipandang rumahnya sendiri, 'rindunya rumah ni dah lama tak balik' ucap Ayra didalam hati.

"Tu kereta siapa sayang?"Soal Aydan apabila dia melihat satu biji kereta mercedes di halaman rumah ibu mertuanya.

"Tak tahu la ada tetamu datang kut"Balas Ayra.

"Ha tak apa la cinta masuk dulu sekejap lagi abang dengan Arif masuk"Ucap Aydan, dia ingin mengemas keretanya terlebih dahuku supaya senang nak masukkan barang Ayra.

"Okay"Balas Ayra lalu dia berjalan ke arah pintu rumah pintu rumah itu dibuka perlahan lalu mukanya mula berubah, tergamam.

"Hi sayang, dah lama kita tak jumpa"Ucap Airil sambil tersenyum.

"Kau bu... buat apa dekat sini hah!"Mulut Ayra ditutup rapat lalu tubuh Ayra ditarik masuk kedalam rumah pintu ditutup lalu dikunci.

"Lepaslah!"Tengking Ayra sambil memberontak untuk dilepaskan.

"Diam la! memekak je kau ni"Ucap Tuan Hafiz yang sedang berjalan mendekati Ayra dan juga Airil.

"Lepaskan aku la! kau nak apa lagi dari aku?!"Soal Ayra air matanya kini sudah mengalir dipipi kerana ketakutan tangannya sudah mula menggigil.

"Aku nak kau"Airil sambil mendekatkan mukanya dengan muka Ayra

"Aba..."Belum sempat Ayra memanggil suaminya, dia sudah ditampar kuat oleh Tuan Hafiz.

"Argh!"

"Baik kau diam kalau kau tak nak sakit"Tuan Hafiz memijak kai Ayra dengan sekuat hatinya tangan Ayra pula mula menahan kaki Tuan Hafiz daripada memijak kakinya, semakin laju air mata Ayra mengalir dipipi menahan sakit.

Kini kaki Tuan Hafiz mula beralih diperut Ayra dipijak pula perut Ayra dengan sekuat hatinya sambil tersenyum gembira apabila melihat muka Ayra yang sedang menahan sakit.

"Kenapa? sakit? dah ada isi ke dekat sini? kesian baby yang ada dekat perut ni kan tak dapat jumpa mak dia tapi tak apa boleh jumpa di syurga itu pun kalau kau masuk syurga, dah say bye to your baby bye!"Tuan Hafiz memijak perut Ayra dengan lebih kuat sehingga Ayra pun tidak mampu buat apa-apa.

Darah mula mengalir dikaki Ayra, terkejut Ayra dibuatnya sambil menahan rasa sakit dan juga kecewa terhadap sikap bapa tirinya sendiri. Kepalanya mula terasa pening pandanganya mula gelap.

***

"Kenapa aku rasa tak sedap hati"Ucap Aydan sambil mengemas keretanya.

"Entah la"Balas Arif.

"Assalamualikum, eh Aydan"Ucap Puan Mira yang baru sahaja pulang.

"Eh! mama? mama dari mana?"Soal Aydan dengan terkejut sampaikan salam ibu mertuanya pun tidak dibalas.

"Mama baru balik dari kerja ni, kenapa muka macam terkejut semacam aje?"Soal Puan Mira apabila melihat muka Aydan yang terkejut itu.

"Aydan ingat mama ada dekat rumah sebab ada kereta tu"Aydan menunjuk ke arah kereta mercedes yang tidak tahu milik siapa.

"Ay... ayra ma... mana aydan? ayra mana?!"Puan Mira sudah panik kerana dia tahu kereta itu milik siapa dan tiba-tiba dia tidak nampak kelibat anak perempuanya.

"Ay... ayra dekat dalam ma"Balas Aydan dengan gagap.

"Cepat masuk!"Ucap Puan Mira sambil berlari di depan pintu namun malangnya pintu tidak boleh dibuka kerana Tuan Hafiz sudah kunci dari dalam pintu itu deketuk dengan kuat oleh Puan Mira yang sedang menangis kerana takut apa-apa terjadi pada Ayra.

"Abang buka bang!! jangan apa-apa kan Ayra abang! buka!!"Puan Mira mengetuk pintunya dengan lebih kuat.

BUG!

Bunyi tendangan Aydan ke arah pintu, terus terbuka pintu itu lalu dia terkejut melihat isterinya yang sedang terbaring di lantai dengan dikelilingi darah Aydan terus terduduk lemah air matanya mula mengalir.


                    *Maaf kalau ada kekurangan*

                       ~Happy Reading! 😊🫶🏻~

Aku hanya seorang wanita pendosaWhere stories live. Discover now