Bab 34

329 22 0
                                    

"Abang tak kerja ke harini?"Soal Ayra apabila melihat suaminya yang baru bangun dari tidur selalunya bila Ayra sudah siap memasak untuk sarapan Aydan sudah bersiap untuk ke tempat kerja tapi kali ini Aydan masih tidak bersiap.

"Tak, cinta masak apa?"

"Cinta buat sandwich je cinta ingat abang nak pergi kerja harini cinta dah siapkan bekal untuk abang dah"Ayra memang selalu buatkan bekal untuk suaminya ke tempat kerja itupun Aydan yang suruh.

"Cinta siapkan bekal apa harini?"Soal Aydan dia tahu gelagat Ayra tiap kali menyiapkan bekal untuknya, Ayra selalu menghias makanan mengikut temanya sendiri.

"Harini cinta buat nasi tu kan bentuk dinosaur hehe semalamkan bentuk panda sekarang dinosaur, cinta buat nasi lemak untuk abang telur rebus tu cinta jadikan telur dinosaur jadi abang kena makan sekali jangan makan asing-asing kalau tak mak dia marah sebab abang makan telur dia cinta letak roti juga cinta buat roti tu bentuk love tau"Ayra menjelaskan satu-persatu apa yang ada didalam bekal suaminya.

"Wow siap ada roti bentuk love, jom la turun tak sabar abang nak makan nasi lemak cinta esok cinta nak buat tema apa pula?"Aydan merangkul pinggang isterinya sambil memandang ke arah Ayra.

"Esok abang kerja ke?"

"Tak"

"Esok cinta tak buat la, ke abang nak juga?"Soal Ayra.

"Nak nak!"

"Okay! esok cinta buat tema ayam!"Ucap Ayra dengan teruja kerana apa yang dibuat olehnya Aydan suka.

"Okay cinta!"

"Abang..."Panggil Ayra dengan mulutnya penuh dengan makanan.

"Makan dulu cinta and then baru bercakap"Aydan menggelengkan kepalanya perlahan.

"Dah"

"Ha, cinta nak cakap apa tadi hm?"

"Petang semalamkan novel kita dah sampai cinta ingat nak tunjuk dekat abang tapi cinta lupa cinta terus letak dekat library, sorry abang"Ayra mencebikkan bibirnya kerana rasa bersalah sepatutnya Aydan yang perlu melihat novel itu dahulu bukan Ayra tetapi Ayra sudah terlalu teruja membuatkan dia yang melihat novel itu dulu.

"Oh dah sampai, mana novel tu cinta abang nak tengok"

"Ada dekat library sekejap cinta ambil"Ayra terus berlari kecil masuk kedalam librarynya lalu mengambil kesemua novel yang Aydan beli itu.

"Ni"

"Tapi cinta dah baca novel Ammar Zahrain ni, tapi baru separuh cinta nak tunggu abang nanti kita baca sama-sama tau"

"Okay cinta dah sekarang novel ni letak ketepi dulu, makan cepat sekejap lagi kita baca novel sama-sama ya"Aydan mengusap perlahan kepala Ayra.

"Abang tahu tak semalamkan cinta call dengan mama"

"Bila? cinta tak bagitahu abang pun mama cakap apa?"Soal Aydan.

"Mama tak cakap apa pun mama cuma cakap nanti kalau kita balik sana mama nak masakkan makanan special untuk kita lepastukan cinta cakap la dekat mama yang cinta teringin nak makan tomyam abang tahu tak mama cakap apa, mama cakap cinta mengidam sebab dulu cinta tak suka tomyam tapi tiba-tiba cinta minta mama masakkan tomyam, mama cakap cinta mengandung mama ni pelik-pelik la"Ucap Ayra.

"Abang tengok cinta pun macam orang mengandung, cinta suka makan makanan yang pelik-pelik"Ucap Aydan dengan jujur kerana kebelakangan ni Ayra suka minta benda yang tidak masuk akal.

"Ish abang ni mana ada cinta memang macam ni nampak sangat abang tak cukup kenal cinta lagi malas la layan abang cinta nak naik atas"Marah Ayra.

"Ha tengok cinta punya perangai pun dah pelik dulu cinta tak suka merajuk sekarang cinta merajuk setiap hari"Ucap Aydan sahaja ingin mengusik Ayra.

Aku hanya seorang wanita pendosaWhere stories live. Discover now