Bab 44

107 6 0
                                    

Setelah dua hari Ayra ditahan dihospital, dia sudah dibolehi pulang ke rumah ibu mertuanya untuk berpantang.

"Aydan, Ayra"Panggil Datin Alina apabila melihat kereta anaknya sudah memasuki halaman rumahnya.

"Mommy"Aydan menyalam tangan Datin Alina, lalu dia terus kembali ke kereta untuk mendukung Ayra yang sedang tidur.

"Ala tidur dah menantu mommy ni, pergi la bawa dia masuk ke bilik terus bag-bag tu biar mommy suruh Arif yang angkat bawa naik atas"Ucap Datin Alina sambil mengusap lembut kepala Ayra.

"Baik my"Aydan berlalu pergi dari situ lalu berjalan memasuki bilik mereka. Diletak perlahan Ayra diatas katil.

"Em"

"Shh tidur sayang"Aydan menepuk perlahan tubuh Ayra seperti anak kecil itu la yang dia selalu buat apabila Ayra ingin tidur.

Sejak Ayra mengalami keguguran dia lebih manja dari yang sebelumnya sampaikan tidur pun mahu ditepuk oleh Aydan seperti anak kecil.

"MOMMY ANTIK!!"Jerit Mikha dan juga Dayyan yang berada dipintu bilik Aydan dan juga Ayra itu membuatkan Ayra terjaga dari tidurnya.

"Shh jangan bising"Ucap Aydan dengan nada tegas kepada mereka berdua.

"Sayang mommy, sini"Panggil Ayra sambil membuka tangannya minta dipeluk. Perlahan-lahan Mikha berjalan masuk kedalam bilik manakala Dayyan pula terkedek-kedek berjalan sehingga la dia terjatuh kerana tidak dapat seimbangkan badannya.

"Eh, abang angkat dayyan tu"Ayra menepuk perlahan lengan Aydan. Aydan yang mendengar arahan dari Ayra itu terus berjalan mendekati Dayyan lalu didukungnya Dayyan itu.

"Slowly okay"Ucap Aydan kepada Mikha yang ingin memeluk Ayra. Mikha yang faham apa yang dimaksudkan oleh Aydan itu pun menganggukkan kepalanya.

"Mommy can i sleep with you?"Soal Mikha kepada Ayra.

"Boleh sayang"

"Me cuu!"Jerit Dayyan yang tergedik-gedik mahu duduk disebelah Ayra sehingga dia menolak Mikha supaya ketepi lalu dia mengambil temoat untuk baring disebelah Ayra.

"Ish dayyan ni!"Tengking Mikha sambil mencubit perlahan paha Dayyan yang tembam itu.

"Akit!!"Dayyan meraung kesakitan.

"Hey stop it! kalau nak bergaduh pergi keluar jangan bergaduh dekat sini tak nampak ke mommy tengah sakit? kalau bergaduh lagi sekali daddy halau kamu berdua keluar"Ucap Aydan dengan nada tegas. Terus terdiam Mikha dan Dayyan.

"Ayok daddy marah"Sinis Ayra sahaja ingin mengusik Mikha dan Dayyan. Terus mencebik bibir Mikha dan juga Dayyan kerana dimarahi oleh Aydan.

"Daddy tak marah daddy cuma tegur, lepasni jangan bergaduh lagi cousin tak boleh bergaduh tau tak baik tadi cakap nak tidur dengan mommy dah sekarang jom tidur okay?"Pujuk Aydan.

"Okay"Balas Mikha.

"Ocey"

"Okay jom tidur!"Ucap Ayra dengan gembira. Mikha mengambil tempat disebelah kiri Ayra manakala Dayyan pula mengambik tempat disebelah kanan Ayra.

"Habis abang nak tidur mana sayang?"Soal Aydan apabila melihat katil itu sudah tiada ruang untuk dia baring.

"Awah"Bukan Ayra yang balas tetapi Dayyan, budak kecil itu dengan suka rela menyuruh Aydan tidur dibawah.

"Amboi! suka hati je suruh daddy tidur bawah, Dayyan la kena tidur bawah bukan daddy"Ucap Aydan sambil mencekak pinggangnya.

"Amau werk"Dayyan menjelirkan lidahnya lalu memeluk Ayra.

Aku hanya seorang wanita pendosaWhere stories live. Discover now