Bab 27

390 27 7
                                    

"Awak bangun jom makan"Ayra mengusap pipi Aydan lalu menepuk perlahan pipi suaminya.

"Em aku tak nak makan"Aydan memeluk tubuh Ayra lalu membenamkan mukanya pada perut Ayra.

"Awak kena makan kalau tak makan bila nak sihat"Ayra mengelus kepala Aydan.

"Em kau dah makan ke?"Aydan mengangkat mukanya memandang ke arah Ayra.

"Belum lepas saya bagi awak makan baru saya makan"Balas Ayra.

"Jom la makan sama-sama dekat bawah kau masak ke MakTimah?"Soal Aydan.

"Saya masak, saya masak spaghetti carbonara makan kegemaran awak"Ucap Ayra dengan teruja lalu bangun dari tempat tidur mereka.

"Kau tak bagi tahu pun kau nak masak"Aydan memandang tajam ke arah Ayra yang berada di depannya.

"Tadi saya tengok awak tidur lena je tak akan la saya nak bangunkan awak semata-mata nak cakap yang saya ni nak masak"Ayra menggelengkan kepalanya kerana melihat gelagat suaminya apabila sedang sakit.

"Ye la cepat pimpin aku"Aydan membuka tangannya suruh Ayra memimpinnya untuk berjalan ke arah dapur.

"Awak demam pun nak kena pimpin ke?"Soal Ayra.

"Tak apa la kalau kau tak nak pimpin aku boleh jalan sendiri"Aydan berjalan perlahan meninggalkan Ayra didalam bilik.

"Eh okay saya pimpin awak"Ayra ingin memimpin Aydan namun ditolak oleh Aydan.

"Tak apa aku boleh jalan bukannya patah kaki pun demam je"Aydan masuk didalam lift.

"Eh awak! okay saya minta maaf"Ayra memeluk Aydan namum Aydan menepis tangan Ayra lalu Aydan keluar dari lift tersebut.

"Adu! merajuk pulak"Ucap Ayra seorang diri kemudian dia berjalan ke arah dapur mencari kelibat Aydan.

"Awak sini saya suapkan"Tawar Ayra apabila melihat Aydan yang berada di meja makan.

"Tak apa aku boleh makan sendiri tangan aku elok lagi tak patah"Aydan menyuap spaghetti ke dalam mulutnya.

"Awak merajuk ke?"Soal Ayra sambil melihat Aydan makan makanan yang dia masak.

"Tak"Balas Aydan dengan singkat.

"Saya minta maaf la pasal tadi saya gurau je, maafkan lah saya"Rayu Ayra.

"Aku tak nak dah aku nak naik atas nak tidur"Aydan berlalu begitu sahaja, dia tidak menghabiskan makanannya.

"Awak tak habiskan pun"Ayra mencebikkan bibirnya kerana Aydan tidak menghabiskan masakannya.

Ayra mengambil pinggan tersebut lalu membuang sisa makanan didalam tong sampah, spaghetti yang masih berada di dalam periuk itu bukan dimakan malah ditutup.

Selesai sahaja Ayra mencuci pinggan, dia berjalan ke arah bilik mereka berdua apabila dia memasuki bilik itu dia melihat Aydan yang sedang tidur Ayra pun turut ingin baring di sebelah Aydan sambil memandang Aydan, Aydan yang sedar akan dia dipandang oleh isterinya dia cepat-cepat berpaling ke arah lain lalu melanjut tidurnya.

Ayra yang sedar Aydan berpaling ke arah lain itu dia juga turut berpaling ke arah lain kerana dia tahu Aydan tidak mahu melihatnya selepas beberapa saat kemudian Ayra bangun dari tempat tidur lalu berjalan ke arah pintu bilik, pintu bilik dibuka olehnya lalu dia berjalan ke arah bilik library. Dia duduk diatas kerusi library kepalanya diletak atas meja kemudian memejamkan matanya perlahan.

 Dia duduk diatas kerusi library kepalanya diletak atas meja kemudian memejamkan matanya perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Cinta"Aydan memanggil Ayra di dalam bilik kerana dia tidak melihat kelibat Ayra dari malam tadi. Aydan keluar dari bilik lalu mencari Ayra di ruang tamu namun masih juga tiada.

"MakTimah! Yanti!"Aydan menjerit memanggil dua orang pembantu rumah itu.

"Ya tuan"Balas MakTimah dan juga Yanti serentak.

"Mana puan?"Soal Aydan kepada mereka berdua.

"Kami tak tahu tuan, nak cakap dia keluar PakMan ada je depan tu"Balas MakTimah.

"Cuba tuan tengok dia dekat bilik library malam tadi saya ada nampak puan masuk dalam bilik tu"Ucap Yanti memang ada nampak Ayra masuk kedalam bilik library semalam namun dia hiraukan sahaja kerana dia juga sudah mengantuk.

"Ha okay"Aydan terus berlari ke tingkat dua lalu dia masuk kedalam bilik library itu, Aydan terdiam sebentar kerana melihat Ayra yang sedang tidur muka Ayra juga sudah mulai pucat.

"Cinta, cinta bangun sayang"Aydan menepuk perlahan pipi Ayra namun Ayra masih juga tidak bangun.

"Cinta"Aydan memanggil Ayra buat kali kedua.

"Em"Itu sahaja yang Ayra balas selepas itu Ayra kembali diam.

"Bangun cinta muka kau pucat, kenapa dengan kau? kau makan tak semalam? ke kau sakit perut?"Soal Aydan tetapi tidak dibalas oleh Ayra.

"Hei aku tanya ni jawab la, kau makan tak semalam?"Soal Aydan sekali lagi Ayra hanya balas dengan gelengan.

"Ya allah kenapa kau tak makan semalam"Aydan menepuk dahinya.

"Jom makan nanti kau gastric"Ucap Aydan lalu menarik tangan Ayra untuk bangun dari tempat duduk.

"Tak nak"Ayra kembali terduduk lalu meletakkan kepalanya kembali diatas meja.

"Jom makan"Aydan mendukung Ayra lalu membawa Ayra ke arah dapur.

"Turunkan la saya!"Ayra memukul dada Aydan.

"Diam!"Ucap Aydan.

"Makan cepat"Aydan ingin menyuap nasi kedalam mulut Ayra.

"Saya boleh makan sendiri, tangan saya elok lagi tak patah"Ayra mengulang ayat yang disebut oleh Aydan malam semalam.

"Perli aku nampak, makan cepat! asal kau tidur dekat library semalam?"Soal Aydan dengan nada tegas.

"Sebab boleh"Balas Ayra.

"Ish jawab la elok-elok"Ucap Aydan.

"Awakkan tak nak tengok muka saya semalam jadi buat apa saya tidur dekat bilik tu lagi"Balas Ayra.

"Sejak bila aku tak nak tengok muka kau"Ucap Aydan.

"Eleh semalam bukan main lagi tak nak pandang saya time tidur pastu buat-buat tanya huh! makanan yang saya masak semalam pun awak tak habiskan, lepasni saya tak nak masakkan untuk awak dah"Balas Ayra.

"Aku minta maaf la pasal semalam"Aydan membenamkan mukanya di bahu Ayra.

"Tak nak, semalam saya minta maaf awak tak maafkan saya pun"Ucap Ayra.

"Aaa aku minta maaf"Aydan menangis di bahu Ayra.

"Eh menangis pulak, awak tahu tak ni kali pertama saya tengok awak merajuk tau susah gila nak pujuk tunggu saya sakit dulu baru awak berhenti merajuk"Ayra mengelus kepala Aydan.

"Hehe"Aydan tersenyum kecil.

                     *Maaf kalau ada kekurangan*

                             ~Happy Reading~

Aku hanya seorang wanita pendosaWhere stories live. Discover now