Bab 43

222 17 0
                                    

Setelah Ayra dibawa ke bilik pemeriksaan Aydan tidak henti mundar-mandir didepan pintu bilik isterinya diperiksa itu. Sudah setengah jam berlalu tetapi masih tidak nampak kelibat doktor keluar dari bilik itu membuatkan Aydan semakin panik, takut dan kecewa.

"Aydan duduk la dulu pening kepala aku tengok kau ni, bawa bertenang dulu"Ucap Arif yang sudah prning melihat Aydan yang tidak henti mundar-mandir didepan pintu bilik pemeriksaan itu.

"Hati aku tak akan tenang selagi aku tak dapat tengok isteri aku Rif"Balas Aydan.

"Aydan!"Jeritan Datin Alina itu terdengar dari pintu lift yang berdekatan dengan bilik pemeriksaan.

"My"

"Ayra mana?"Soal Dato Muzakir apabila dia dan isterinya tiba disitu.

"Dekat dalam lagi dy"Balas Aydan dengan lemah kerana dari tadi memikirkan bagaimana keadaan isterinya didalam bilik itu dan juga kenapa dia biarkan isterinya masuk kedalam rumah ibu mertuanya bersendirian.

"Bawa bersabar la Aydan, daddy tahu isteri kamu tu kuat, kuat demi kamu demi suami yang dia cintai"Dato Muzakir memberi sedikit kata semangat kini dia seorang sahaja yang berbicara, yang lain sudah mengalir air mata dipipi manakala Arif pula diamkan dirinya.

Setelah 5 minit mereka menunggu doktor keluar, akhirnya doktor keluar juga dari bilik pemeriksaan apabila tibanya doktor dihadapan Aydan fikiran Aydan mula rasa risau rasa tak sedap hati, semua tercampur.

"Macam mana dengan keadaan isteri saya doktor? dia okay kan?"Soal Aydan yang penuh kerisauan.

"Saya nak minta maaf terlebih dahulu bagi pihak hospital dan pihak kami sebagai doktor atau jururawat, isteri tengku keguguran kami tidak dapat selamatkan kandungan isteri tengku"Ucap doktor itu kepada Aydan.

"Isteri saya pregnant?"

"Yes isteri tengku mengandung, anak tengku sudah 10 weeks tapi kami tidak dapat selamatkan kandungan tersebut kerana hentakan terlalu kuat pada perut, darah juga banyak hilang kandungan jadi lemah, sekali lagi saya minta maaf saya pergi dulu tengku dibenarkan masuk kedalam ya"Setelah selesai doktor menjelaskan semuanya dia terus berlalu pergi dari situ.

"Allahu"Aydan terduduk lemah dihadapan pintu bilik pemeriksaan itu.

"Aydan jangan macam ni pergi tengok keadaan isteri kamu, dia perlukan kekuatan dari kamu kalau kamu pun lemah macam ni macam mana Ayra nak kuat?"Ucap Dato Muzakir.

"Aydan masuk dulu dy"Aydan terus masuk kedalam bilik dimana isterinya dirawat.

"Sayang"Panggil Aydan perlahan, Ayra yang mendengar akan suara Aydan itu terus air matanya mengalir dipipi.

"Abang... anak kita hiks..."Ayra menangis sekuat-kuatnya didada Aydan, pipi Aydan juga dibanjiri air mata.

"Shh abang ada dekat sini, cinta kena kuat kita kena kuat, Allah bagi kita ujian dan dugaan macam ni sebab dia tahu kita kuat dia tahu cinta kuat, dah jangan sedih-sedih jangan menangis okay? kalau cinta sedih mesti Malissa pun sedih sebab mommy dia sedih"Aydan cuba memberi kata-kata semangat pada isterinya.

"Malissa?"

"Tengku Ayris Malissa, nama anak kita"Ucap Aydan.

"Sedap nama dia"Balas Ayra sambil tersenyum air mata sudah berhenti mengalir.

"Sedapkan? dah jangan sedih-sedih okay? anak kita tengah tunggu kita dekat syurga tau, dia tengah happy main dekat sana"Aydan membalas senyuman isterinya air mata dipipi Ayra diusap perlahan.

"Main dekat sana? dia ada kawan tak dekat sana? betul ke dia tunggu kita dekat sana?"Soal Ayra pada suaminya.

"Mesti la dia ada kawan dekat sana kalau sayang nak tahu, ramai terlalu ramai kawan dia dekat sana tau and kawan-kawan dia pun tunggu mommy daddy diaorang dekat sana jadi anak kita tak la keseorangan sebab ada kawan-kawan dia"Ucap Aydan dengan nada lembut kepala isterinya diusap perlahan.

"Terima kasih sayang sebab dah mengandungkan anak abang, terima kasih sangat-sangat"Aydan memeluk erat tubuh isterinya.

"Tapi tak la..."Belum sempat Ayra menghabiskan bicaranya, mulutnya ditutup rapat oleh Aydan.

"Shh tak apa sayang abang tetap bangga dengan cinta sebab cinta dah mengandungkan anak abang, rupanya sebelum ni sayang kena morning sickness lepasni kena pantang pula kesian cinta abang ni"Aydan secara tiba-tiba mencebbikan bibirnya dan membuat Ayra tertawa.

"Abang ni lawak la"Ucap Ayra sambil tertawa.

"Apa yang lawaknya sayangg"

"Ayra"Panggil Datin Alina dengan nada lembut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ayra"Panggil Datin Alina dengan nada lembut.

"Mo...mommy"Pandangan Ayra mula tertunduk kebawah, sejujurnya dia masih takut untuk berhadapan dengan ibu mertuanya sendiri, takut dimarahi oleh ibu mertuanya kerana tidak dapat memberi cucu lagi kepada Datin Alina.

"Hey sayang kenapa tak nak tengok muka mommy ni hm?"Soal Datin Alina dengan nada lembut sambil mengusap perlahan pipi menantunya.

"Ta...tak"Gagap Ayra.

"Shh, sayang kenapa gagap? mommy tak buat apa pun"Datin Alina mula mengambil tempat di sebelah Ayra.

"Ayra minta maaf my, sebab Ayra cucu mommy dah tak ada"Ayra kembali menangis sekuat hatinya pandangannya masih tertunduk tidak mampu memandang muka ibu mertuanya.

"Shh dah jangan menangis, insyaallah ada rezeki Ayra dapat baby lagi jangan sedih-sedih ya mommy ada dekat sini dengan Ayra, Ayra berpantang dekat rumah mommy boleh? mommy nak jaga Ayra boleh?"Datin Alina memeluk erat tubuh menantunya diusap perlahan tubuh Ayra.

"Boleh my"Balas Ayra.

"Puan Amira? boleh saya jaga Ayra semasa berpantang?"Soal Datin Alina kini dituju kepada Puan Amira pula.

"Boleh saya tak ada masalah, panggil saya Amira sahaja tak perlu puan-puan la datin"Balas Puan Amira sambil tersenyum kecil.

"Panggil saya Alina"Ucap Datin Alina.

"Aydan ni isteri kamu dah tertidur, kesian menantu mommy ni penat ya sayang"Sedar tak sedar Ayra sudah tertidur didalam pelukkan Datin Alina. Datin Alina mengusap perlahan kepala Ayra lalu kepala Ayra diletak perlahan diatas bantal.

"Aydan mommy balik dulu ya, mommy nak siapkan bilik untuk kamu berdua nanti balik terus ke rumah mommy baju kamu berdua ada banyak lagi dekat rumah jadi tak perlu balik ambil baju dekat rumah kamu, jaga Ayra elok-elok tu sekejap lagi gerak Ayra bangun makan minum nanti perut dia masuk angin lepastu bagi dia pakai stokin"Bebel Datin Alina.

"Baik my"

"Aydan mama pun nak balik dah ni, jaga anak mama baik-baik, tolong jaga dia untuk mama ya"Ucap Puan Amira sambil mengusap tangan Ayra dipandangnya muka Ayra lama, rindu.

"Baik mama, Aydan akan jaga dia lebih dari Aydan jaga diri Aydan sendiri"Balas Aydan.

"Terima kasih, Aydan"Puan Amira tersenyum kecil.


                 *Maaf kalau ada kekurangan🙏🏻*

                           ~Happy Reading🫶🏻~



Malam Raya author akan update
semula ya, insyaallah author akan
post double chapter.
(kalau author rajin hehe) 👋🏻🤍.

Aku hanya seorang wanita pendosaWhere stories live. Discover now