Bab 24

414 26 5
                                    

"Wahai sepupu-sepupuku marilah kita main bunga api!"Ajak Akmal sambil menjerit di depan pintu rumah.

"Akmal ni gila agaknya puasa pun belum raya pun belum ajak main bunga api"Ucap Ayra yang sedang berada di ruang tamu bersama Umairah dan juga Maira, manakala Aydan pula sedang berada di luar rumah.

"Dia tu bukan setakat gila sakit jiwa pun ada sekali tu"Sinis Umairah lalu menjeling ke arah Akmal.

"Ha! mengumpat pasal aku la tu, jom la teman aku main bunga api tahun lepas punya tak habis lagi tokma suruh aku habiskan jom la korang"Ucap Akmal lalu berdiri dihadapan mereka bertiga yang sedang duduk di sofa ruang tamu.

"Ish yelah jom!"Umairah menarik tangan Ayra dan juga Maira ke arah pintu rumah.

"Ish slow la sikit kaki aku sakit la setan!"Marah Ayra kepada Umairah.

"Tah kau ni main tarik-tarik pula kau pun sama je perangai dengan Akmal tu"Ujar Maira.

"Eh kau nak samakan aku dengan dia pula"Mereka bergaduh didepan pintu rumah itu.

"Eh korang ni gaduh pula depan pintu ni orang nak lalu lah kalau boleh pergi gaduh atas jalan raya tu senang sikit sorang-sorang mati awal"Ucap Akmal lalu menolak mereka bertiga keluar dari rumah.

"Oi! ni lagi sekor main tolak-tolak kau banyak dendam dengan aku ke apa? tak cukup ke kau langgar aku semalam?"Marah Ayra lalu dia tendang kaki Akmal sehingga Akmal ingin terjatuh.

"Adu! sakit la singa!"Akmal menarik rambut Ayra dengan kuat.

"Argh! lepas lah!"Ayra pula membalas dengan tumbuk perut Akmal malah rambutnya lagi direntap kuat sehingga kepalanya mendongak ke atas.

"Sudah la!"Tengking Aydan membuat semua orang terdiam termasuklah Akmal dan Ayra lalu Akmal melepaskan tangannya dari menarik rambut Ayra.

"Ha suami singa dah marah tokma tak tahu"Ujar tokma kepada mereka berempat.

"Denda la diorang tu Aydan melampau sangat dah tu"Tokma bersuara sekali lagi.

"Lari keliling rumah ni 20 round!"Ucap Aydan dengan tegas kepada mereka berempat.Terkedu mereka berempat dibuatnya lagi-lagi Ayra yelah dengan kaki luka rambut kena tarik disuruh lari keliling rumah 20 round pula.

"Gaduh pun kena denda ke?"Soal Ayra kepada suaminya ketika itu dia sahaja yang berani bersuara yang lain semua terdiam.

"Kena!"Tengking Aydan itu membuatkan bahu Ayra terhinjut sedikit.

"Ish tak payah la menjerit huh!"Marah Ayra kepada Aydan.

"Ni semua pasal kau!"Ayra menolak bahu Akmal.

"Diam la kau!"Tengking Akmal kepada Ayra.

"Cepat la lari nanti Aydan marah lagi!"Ucap Maira lalu menarik tangan Umairah dan Ayra berlari keliling rumah Tokma mereka.

"Awak 5 round cukup la saya dah penat"Rayu Ayra kepada Aydan apabila dia sudah berlari 4 round manakala yang semua sudah berlari 7 round.

"Hm duduk la"Ucap Aydan apabila dia melihat kaki Ayra yang sudah mula merah takut bertambah lagi lukanya.

"Yeay"Ayra duduk di sebelah Aydan lalu meletakkan kepalanya pada bahu Aydan.

"Oi! mana aci kau baru buat 4 round buat la lagi"Akmal menepuk bahu Ayra dengan kuat.

"Ish sakit la!"Marah Ayra lalu menjeling ke arah Akmal.

"Eleh baru tepuk sikit dah sakit lemah"Sinis Akmal.

"Aku suruh lari 20 round kau baru buat 8 round pergi buat lagi! ke nak aku tambah?"Soal Aydan dengan nada tegas.

"Sini!"Umairah menarik rambut Akmal.

Aku hanya seorang wanita pendosaWhere stories live. Discover now