Bab 36

348 31 0
                                    

"Cinta!"Panggil Aydan yang berada di dapur tadinya dia ingin makan bersama isterinya namun kelibat isterinya tidak ada dari tadi.

"Aydan cari Ayra ke?"Soal Dayana yang berada di meja makan bersama Mikha sambil menyuap Mikha makan.

"Haah, kak Yana ada nampak dia tak Aydan ingat nak ajak dia makan"

"Dia ada dekat luar, akak minta dia tolong jagakan Dayyan dekat luar si Mikha ni lapar pula"Ucap Dayana.

"Oh tak apa kak, Aydan pergi luar dulu"Aydan terus berlalu pergi meninggalkan dapur lalu dia mendekati isterinya yang sedang main dengan Dayyan di atas pondok kecil.

"Dekat sini rupanya isteri abang ni"Tegur Aydan dari berlakang.

"Eh abang dah bangun, abang nak makan tak tadi cinta nak ajak abang makan tapi abang tengah tidur cinta lapar sangat jadi cinta makan dulu sorry abang"Ayra tersenyum kecil Dayyan yang berada dalam dukungan Ayra itu juga turut tersenyum.

"Tak apa, tapi cinta kena teman abang makan"

"Okay, jom masuk dalam"Ucap Ayra lalu ingin berlalu pergi dari pondok tersebut.

"Eh, abang nak makan dekat sini meh sini Dayyan tu abang jaga cinta pergi ambil makanan dekat dalam lepastu bawa datang sini tau"Aydan terus mengambil Dayyan yang berada dalam dukungan Ayra itu dibawa kembali ke pondok.

"Taknak makan dekat dalam? tak panas ke?"Ayra mengkerutkan dahinya.

"Tak apa ni ada kipas, pergi ambil cepat yang berdiri tengah panas tu dah kenapa memang la panas"Aydan menggelengkan kepalanya apabila melihat gelagat comel isterinya yang berdiri ditengah panas.

Setelah Ayra ditegur oleh suaminya kerana berdiri ditengah panas dia terus berlari masuk kedalam rumah lalu berjalan ke arah dapur untuk mengambil makanan Aydan.

"Ayra mana Dayyan?"Dayana yang melihat Ayra masuk kedalam rumah tanpa membawa anaknya itu terus bertanya dimana Dayyan.

"Ada dekat Aydan kak dia nak main dengan Dayyan"Balas Ayra.

"Ni nak kemana pula?"Soal Dayana apabila melihat Ayra membawa satu pinggan ingin ke pintu rumah.

"Nak ke luar Aydan nak makan dekat pondok tu ha tak tahu la kenapa dia nak makan dekat situ elok dah ada rumah nak makan dekat luar juga haih"Bebel Ayra.

"Wow macam best je mommy Na makan dekat luar Mikha pun nak makan dekat luar la"Mikha terus mengambil pinggannya lalu dibawa ke arah luar rumah.

"Eh!"

"Tak apa la kak biar je dia Ayra pergi dulu"Ayra juga turut mengikut langkah Mikha.

"Tadi masuk sorang keluar dah jadi dua orang"Ucap Aydan.

"hehe"Mikha tersenyum kecil.

"Nah abang makan la meh sini Dayyan tu"Ayra membuka tangannya untuk mengambil Dayyan dari pelukkan Aydan.

"Cinta suap la abang, Dayyan ni tak apa abang boleh pengang"Aydan membuka mulutnya untuk disuap Dayyan juga meniru gaya Aydan membuka mulut.

"Mana satu eh cinta nak suap Dayyan ke Aydan hm"Ayra menunjukkan gaya sedang memikir manakala Dayyan pula air liur sudah meleleh ke atas bajunya.

"Haha ni dah sampai meleleh air liur cinta suap yang ni dulu lah"Ayra ingin menyuap Dayyan namun Aydan pula yang makan terus merengek budak kecil itu.

"Ayok! abang buat Dayyan nangis"

"Mana ada! lagipun dia memang tak boleh makan nasi ni lagi Emph!"Aydan membuat gaya merajuk dengan isterinya.

"Haha okay okay jangan merajuk, cinta rasa Dayyan lapar meh sini cinta nak bagi susu abang makan sendiri ya"Ayra terus mengambil botol susu lalu menyuap kedalam mulut Dayyan diam terus budak kecil itu.

Aku hanya seorang wanita pendosaWhere stories live. Discover now