PERLAWANAN antara Malaysia dan Philippines dalam saingan Summer Olympics merupakan salah satu pertandingan yang dinanti-nantikan oleh peminat bola keranjang.
Malaysia dan Philippines mempunyai sejarah pertemuan yang menarik dalam arena bola keranjang. Menurut statistik, kedua-dua negara ini telah bertemu sebanyak 12 kali, di mana Malaysia mencatatkan 5 kemenangan, Philippines pula memenangi 4 perlawanan dan sisanya adalah seri.
Ryaz Zulkarnain atau dikenali sebagai D' Ace merupakan nama yang tidak asing di dalam dunia bola keranjang. Tidak terlalu keterlaluan jika mengatakan bahawa D' Ace adalah pemain bola keranjang yang paling berjaya di Malaysia.
D' Ace juga mewakili Washington Elite untuk peringkat National Basketball Association (NBA).
"Tiga mata yang perlu dikejar oleh Philippines."
D' Ace mengelak daripada pihak lawan dan bola dibaling ke tiang gol. Masuk!
"Dua pointer daripada D' Ace yang berkemungkinan besar yang akan terus menyukarkan lagi perjalanan Philippines. Lima mata di depan," ujar pengulas sukan.
D' Ace melantun bola ke kiri dan kanan untuk mengelak daripada pihak lawan merampas bola. Dia maju ke hadapan terus memusingkan badannya dan bola di baling dengan tinggi. Masuk lagi!
"D' Ace terus saja menamatkan final dengan dua pointer ke limanya untuk terus mendapatkan kemenangan ke atas Philippines. Tamatlah perlawanan Philippines 14, Malaysia 21."
Penyokong Malaysia terus berdiri dan memberi tepukan gemuruh kepada pihak Malaysia yang menang dalam perlawanan kali ini.
D' Ace dengan bangganya terus berlari dan memeluk teamnya untuk kemenangan kali ini.
Sudah sedia maklum bahawa pihak lawan mereka kali ini bukanlah team yang senang untuk mereka kalahkan. Tapi dengan berkat latihan dan tidak putus asa, mereka dapat memenangi Summer Olympic kali ini dengan medal gold!
Jurulatih Amirul mendekati mereka. "Tahniah! Akhirnya kamu semua bawa balik medal gold seperti sebelum ni." Bangga dia dengan pencapaian anak didikan.
Mereka semua mengangguk setuju. Tak pernah terlepas medal gold untuk mereka sejak D' Ace melangkah masuk ke dalam dunia bola keranjang.
"Finally! Dah boleh balik Malaysia! Rindu nasi lemak, nasi dagang, teh ais!" ujar salah seorang daripada pemain itu.
Mereka semua gelak. Tak nafikan mereka semua rindu makanan Malaysia.
Ryaz menunjal kepala Hadi atau dikenali sebagai Alpha. "Kau tak habis habis dengan makanan. Nasib function dalam court."
Hadi mencebik bibir. Mukanya cemberut masam lepas kena kutuk.
"Tak payah nak mengajuk sangat. Standby nak ambil medal nanti. Takkan nak tunjuk muka hodoh kau depan peminat. Lari dorang nanti," sindir Ryaz. Bukan dia tak nampak muka hodoh Hadi tu. Meluat dia.
"Dengan peminat mulut manis sampai semut lalu, dengan aku mulut macam longkang!" Hadi bersuara. Ryaz kalau buka mulut, terus menusuk di hatinya. Sakit. Fuh!
Mereka yang lain hanya gelak. Hadi dan Ryaz tak pernah satu kepala. Ada saja benda nak bergaduh.
Ryaz hanya mengangkat kedua-dua bahunya dan melangkah keluar dari court tersebut.
Beberapa jam kemudian, Summer Olympic secara rasminya melabuhkan tirai dengan majlis penutupan dengan cukup meriah.
Majlis penutupan itu memberi fokus kepada pengorbanan para atlet dalam usaha mengejar impian mereka dan berterima kasih kepada sukarelawan yang membantu dalam penganjuran temasya empat tahun sekali itu.
YOU ARE READING
Amor Mio ©️
Romance2nd book ☘️☘️☘️ Ryaz Zulkarnain X Davira Medina Start: 13/01/2024 End: 05/12/2024 Read your own risk ⚠️ Typo bersepah ⚠️ Matured language ⚠️ 15+ ⚠️ Light conflict ⚠️Storyline agak membosankan