🏀🧪 BAB 2

8.2K 382 19
                                    

SEPANJANG perjalanan Ryaz ke rumah. Mulut tidak berhenti celoteh menceritakan saat-saat dia berada di bumi asing kepada Nadra dan Riyadh. Kedua ibu bapanya hanya menadah telinga mendengarkan cerita daripada anak tunggal mereka.

Sekejap muka Ryaz serius, sekejap dia bantai gelak. Seronoknya dia apabila cita-cita menjadi seorang atlet langsung mendapat sokongan daripada kedua ibu bapanya.

"Ni ibu nak tanya. Nampak sedap sengat bercerita daripada tadi," Nadra berpaling sedikit untuk melihat wajah anak kesayangannya.

"Apa ibu?"

"Kamu pergi sana, takkan takde yang berkenan?"

Riyadh memandang isterinya seketika sebelum fokus dengan pemanduan.

Ryaz menggaru belakang kepalanya. "Ibu sayang, Ryaz pergi sana sebab kerja bukan pergi cari calon isteri."

"Takkan tak terserempak langsung dengan mana-mana perempuan," ujar Nadra lagi.

Dia teringin sangat nak anak perempuan. Tapi keadaannya tak mengizinkan untuk dia beranak lebih daripada sorang. Apa salahnya kalau anak dia bagi dia menantu.

"Mana sempat ibu. Ryaz sibuk latihan." Ryaz mengeluh perlahan.

Nadra sudah memuncungkan mulutnya. "Habistu bila ibu nak dapat menantu? Umur ibu bukanlah makin muda."

Ryaz hanya diam di seat belakang. Kepalanya disandarkan di kerusi.

Riyadh memandang anaknya di cermin pandang belakang. "Awak ni Nadra. Anak baru balik, dah sibuk tanya pasal jodoh. Kawan tu tak sempat nak bernafas lagi." Riyadh bersuara menyebelahi Ryaz.

Nadra menyilangkan kedua tangan di tubuh. Mata menjeling suaminya di sebelah.

"Orang cakap sikit merajuk. Merajuk lah lama-lama nanti abang cari ister..."

Belum sempat Riyadh menghabiskan kata-katanya, laju saja tangan Nadra cubit lengan suaminya.

"Dah tua pun tak sedar diri lagi," marah Nadra.

Ryaz dan Riyadh gelak melihat muka Nadra merah kerana marah.

"Awak cakap tadi teringin nak anak perempuan kan. Saya boleh kasi. Tapi kena kahwin lagi satu lah." Riyadh mengeyitkan sebelah mata kepada Nadra.

"Anak dengan bapak sama aje. Dua dua mulut manis. Macam mana saya boleh berkenan dengan abang pun tak tahu."

"Dah ada dekat persoalan awak tadi. Sebab abang mulut manis lah Nad berkenan dekat abang." Terkekeh-kekeh dua beranak itu ketawa dapat mengenakan satu-satunya wanita di dalam keluarga itu.

"Malas lah saya cakap dengan abang." Muka Nadra dah cemberut apabila dua beranak itu asyik mengenakan dia.

Ryaz yang tadinya pening dengan soalan ibunya, terus segar apabila ayahnya membela dirinya. Seronok dia tengok cara ayah dan ibunya.

"Kita cakap berdua jelah Ryaz. Ada orang tak nak bercakap dengan kita." Matanya memandang sekilas isterinya disebelah.

Panjang muncungnya sebab merajuk. Kalau tarik ni, boleh buat ampaian baju.

Ryaz ketawa dan mengangguk.

"Ryaz," panggil Riyadh

"Ya. Kenapa ayah?"

"Ayah rasa nak pergi chicken rice shop lah."

Ryaz mengerling Nadra.

"Elok juga ayah! Ryaz pun lapar. Alang-alang kita berdua aje ni. Lepastu boleh beli lollipop Ryaz. Dah habis stock." Bahu ayahnya ditepuk-tepuk.

Amor Mio ©️Where stories live. Discover now