TEPAT pukul sepuluh Ryaz sampai ke rumah. Naik hairan apabila banyak kereta yang dikenali berada di rumahnya. Ada makan-makan ke? Atau kenduri? Tapi kenapa dirinya tidak tahu apa-apa? Matanya tepat memandang sebuah kereta yang tak jauh dari keretanya, dia mengeluh.
"Bala dah datang."
Hilang mood happy jumpa Davira tadi. Haih. Dengan langkah yang lemah, dia berjalan memasuki rumah.
"Assa-"
Belum sempat Ryaz memberi salam, ada kelibat berambut panjang berlari memeluknya.
"Abang Ryaz, Mikayla rindu abang." Sudah lama dia tak berjumpa dengan jejaka ini. Makin besar, makin nampak kehenseman seorang Ryaz.
"Kau ni tak tahu halal haram ke?" Dengus Ryaz. Tubuh Mikayla ditolak daripada berkedekatan dengan dia.
Mikayla memuncungkan mulutnya dan jari telunjuk sibuk memintal rambut. "Mikayla rindu abang."
"Siapa abang kau? Aku takde adik. Orang lain elok panggil aku Ryaz, tiba-tiba kau datang panggil aku abang. Aku tak hingin lah jadi abang kau." Marah Ryaz.
Terkulat Mikayla apabila Ryaz meninggikan suara. Nasib disitu hanya ada mereka berdua sahaja. Kalau ada keluarga mereka yang lain, mana nak letak muka.
"Blah kau sana!" Halau Ryaz.
Tasha Mikayla menghentak kaki sambil mengikut langkah Ryaz. Sengaja nak tunjuk dia sedang memberontak kerana Ryaz tidak melayannya dengan baik.
"Assalamualaikum. Ibu! Ayah! Ryaz dah balik ni. Rumah kita ada kenduri ke?" Laung Ryaz dengan kuat.
Rumah yang bising tadi, terus diam bila dengar laungan Ryaz Zulkarnain. Satu-satunya anak tunggal Riyadh Zulkarnain dan Nadra Syafia.
"Apa yang menjerit tu, sayang? Ibu sini," balas Nadra.
"Kenapa ramai sangat datang ni? Ada kenduri ke apa?" Wajah bingung terpancar di muka. Satu-satu wajah yang berada di ruang tamu di tiliknya.
"Kebetulan kami pergi tengok tempat kerja Tasha. Alang-alang tu kami datang singgah sini," ujar Maklong bagi menjawab pertanyaan Ryaz.
Ryaz memandang Tasha dari atas sampai ke bawah. "Perempuan ni? Kerja kat sini? Negeri ni? Maklong biar betik? Boleh jaga diri ke?"
Nadra mencubit pinggang Ryaz. Tak bertapis langsung soalan tu. Bukannya dia tak tahu yang anak tunggalnya sangat anti dengan Tasha. Tapi, jagalah hati orang tua. Haih.
"Sakit la ibu. Ryaz cakap benda betul. Dengan Ryaz pun dia dah menggedik, entah-entah duk negeri orang pun suami orang dia pi kejar jugak."
"Tengok dari muka dah tahu, perempuan gatal," sambung Ryaz lagi.
Maklong berdehem. Bukan dia tak pernah tegur perangai anaknya, tapi Tasha tak pernah dengar kata sejak kematian bapanya. Walaupun adik-beradik yang lain pun puas menegur, tapi langsung tak didengar.
"Kau ni Ryaz. Jagalah sikit hati maklong. Tasha menggedik dengan kau je Ryaz oii. Itupun sebab dia suka kau. Kau je buta tak nampak." Kali ini makngah pula yang bersuara membelahi Tasha Mikayla.
Tasha di tepi Ryaz sudah tersipu-sipu malu dengar kata-kata yang keluar dari mulut makngah. Makngah saja yang faham dirinya, maknya langsung tak faham. Dia lagi suka kalau jadi anak makngah.
"Tak nampak. Sebab Ryaz tak suka perempuan macam Tasha. Tudung entah kemana. Tak tahu halal haram. Yang makngah beria sangat backup si Tasha kenapa? Kenapa tak kenenkan aje Tasha dengan anak makngah? Eh lupa, makngah pun takde anak." Terus dia berlalu meninggalkan ruang tamu. Takut makin lama dia di situ, makin kurang ajar pulak dirinya.
YOU ARE READING
Amor Mio ©️
Romance2nd book ☘️☘️☘️ Ryaz Zulkarnain X Davira Medina Start: 13/01/2024 End: 05/12/2024 Read your own risk ⚠️ Typo bersepah ⚠️ Matured language ⚠️ 15+ ⚠️ Light conflict ⚠️Storyline agak membosankan