BERHENTI saja kereta di rumah, Davira terus naik ke bilik tanpa mengangkat barang dan bersalaman dengan Nadra dan Daiyan. Langkahnya pantas, seolah-olah ingin melarikan diri dari semua yang ada di sekelilingnya.
Dareeq terpinga-pinga apabila Davira terus keluar tanpa menunggu dia matikan enjin kereta terlebih dahulu.
"Kenapa tu?" soal Nadra kepada Dareeq.
"Tak tahu lah. Daripada tadi dia diam, tak banyak cakap. Ada masalah kut," ujar Dareeq.
"Mungkin dia penat. Nanti dia okay lah tu," ujar Daiyan pula, walaupun dia sendiri risau dengan sikap Davira.
Dia mengenali anak bongsunya itu. Kebiasaannya, Davira akan peluk dia dan isterinya jika balik rumah.
Namun hari ini, semuanya nampak berbeza. Davira seperti menutup diri, jauh daripada pelukan kasih sayang keluarga yang selalu dia dambakan. Nadra dan Daiyan bertukar pandangan, risau dengan keadaan anak mereka.
Setibanya di dalam bilik, Davira menutup pintu dengan lembut, seolah-olah tidak mahu membiarkan sesiapa pun masuk ke dalam dunia yang kini penuh dengan kesedihan.
Dengan langkah longlai, dia melangkah ke arah katil dan duduk di tepi, membiarkan handbag yang dipakainya tadi terhempas ke lantai tanpa merasa bersalah.
Air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya mengalir perlahan-lahan di pipi. Kenangan bersama Ryaz dan semua yang berlaku dalam hidupnya melayang-layang di fikirannya.
Dia teringat saat-saat manis ketika mereka ketawa bersama, berbagi rahsia dan usik-mengusik. Namun, kini semua itu bagai bayangan, ditinggalkan di dalam ingatan yang menyakitkan.
Davira memejamkan matanya, berharap dapat menghapuskan semua kenangan pahit yang membelenggu jiwa.
Namun, setiap kali dia menutup matanya, wajah Ryaz muncul, disertai senyuman yang pernah membuatkan hatinya berbunga.
Kenapa semua ini berlaku? Kenapa dia terpaksa melukakan hati orang yang dia sayang?
Sambil menggenggam bantal, Davira menjerit perlahan, seolah-olah ingin melepaskan segala rasa sakit yang terpendam. “Kenapa aku buat semua ni?” ujarnya, suaranya tersekat di kerongkong.
“Kenapa aku tak cukup kuat untuk hadap semua ini?”
Dia teringat kata-kata Syahira yang menyuruhnya untuk berusaha memperbaiki hubungan dengan Ryaz. Tapi bagaimana dia mampu melakukannya apabila hatinya sudah penuh dengan rasa bersalah dan keraguan?
Setiap titisan air mata yang jatuh seolah-olah membawa bersama kepingan hatinya yang remuk. Dia teringat akan Alara, gadis yang kini berada di samping Ryaz. Betapa cemburunya dia, walaupun dia tahu itu tidak seharusnya.
“Kalau lah aku tak pernah menjauh dari abang Ryaz, kalau lah aku tak pernah sakitkan hati abang Ryaz…” Bisik hatinya.
Dengan rasa kecewa yang semakin mendalam, Davira membaringkan tubuhnya di atas katil, membenamkan wajahnya ke dalam bantal. Dia merindui Ryaz, merindui ketenangan saat berada di sampingnya.
Tangisan Davira tidak berhenti, menandakan semua beban yang terpaksa dia tanggung selama ini. Di dalam bilik itu, dia merasakan seolah-olah dunia luar tidak lagi wujud. Hanya ada dirinya dan semua rasa sakit yang harus dia hadapi seorang diri.
Pintu bilik diketuk perlahan, menyentuh ketenangan yang Davira cuba bina.
“Adik! Adik okay tak tu?” soal Dareeq, nada suaranya penuh dengan kerisauan.
“Abang jangan kacau adik boleh tak? Banyak kali adik cakap, adik okay,” ujar Davira, berusaha untuk mengekang getaran dalam suaranya.
“Abang tahulah adik tak okay, buka pintu ni.”
YOU ARE READING
Amor Mio ©️
Romance2nd book ☘️☘️☘️ Ryaz Zulkarnain X Davira Medina Start: 13/01/2024 End: 05/12/2024 Read your own risk ⚠️ Typo bersepah ⚠️ Matured language ⚠️ 15+ ⚠️ Light conflict ⚠️Storyline agak membosankan