PAGI itu, ketukan bertalu-talu di pintu bilik mengganggu lenanya. Ryaz mengerling ke sisi, memandang Davira yang masih nyenyak, wajahnya begitu damai di balik gebar tebal. Hatinya berat nak bangun, tapi ketukan itu makin galak.
Ryaz mengeluh perlahan, dia mencapai telefon di meja sisi. Matanya terbuka luas bila terlihat puluhan missed call dari manager dan beberapa mesej daripada rakan sepasukan.
“Ini mesti Dareeq...” gumamnya, hampir pasti abang iparnya dalang di sebalik ketukan ini.
Ketukan tak henti. Dengan kepala masih berat, Ryaz bangkit perlahan, menggaru kepalanya yang kusut.
“Sekejap!” seraknya lantang, cuba meredakan ketukan Dareeq di luar sana.
Ryaz berjalan ke pintu, langkah malasnya jelas menunjukkan protes. Sebaik pintu dibuka, Dareeq sudah tercegat dengan raut wajah yang serius.
“Hm, nak apa?” soal Ryaz, matanya masih separuh tertutup, rambut berserabut ala tak kisah.
“Buka X sekarang,” arah Dareeq, langsung tak peduli wajah Ryaz yang kelihatan seperti baru lepas bertempur dalam mimpi.
Ryaz mengerutkan dahi. “Dah kenapa tiba-tiba suruh buka X? Takkan tak ada kerja lain? Orang baru nak sambung tidur, kau ni...” Dia menggosok wajah dengan keluhan panjang.
“Aku tak kisah pasal kau, Ryaz. Aku kisah pasal adik aku,” ujar Dareeq, suaranya sedikit tajam.
“Aku tak faham,” balas Ryaz pendek.
“Buka X sekarang, baru kau faham. Kalau kau tak nak tengok, aku tak peduli. Tapi jangan sampai Davira tengok dulu,” tegas Dareeq, wajahnya jelas menunjukkan keresahan.
Ryaz menarik nafas panjang, menggeleng perlahan. “Kau ni selalu dramatik. Aku—”
“Ryaz!” pintas Dareeq, kali ini tangannya naik menepuk pipi Ryaz perlahan. “Aku tak main-main. Jangan kau buat tak tahu hal ni. Adik aku tu perasaan dia fragile, kau ingat.”
Belum sempat Ryaz membalas, Dareeq sudah melangkah pergi meninggalkan Ryaz terpinga-pinga di depan pintu dengan kepala yang makin berserabut.
Ryaz duduk di hujung katil, telefon di tangan. Dengan perasaan berbaur, dia membuka aplikasi X. Namanya trending di posisi teratas. "D'ACE: THE RISING STAR WITH A SECRET?" tajuk-tajuk gosip terpampang, bersama gambar-gambar dirinya dengan Aurel semasa sesi perlawanan sebelum ini.
Matanya tertancap pada satu gambar. Aurel menghulurkan bouquet bunga sambil tersenyum manis, dan fokus kamera pada cincin di jarinya menambah ‘dramatic effect’ yang memeningkan kepala.
Tegukannya perlahan, sambil membaca komen-komen yang seakan-akan menggali spekulasi.
"So, is D'Ace taken? The ring says yes!"
"Aurel and D'Ace? OMG, power couple vibes!"
"Could it be a secret engagement?"
Ryaz menghela nafas panjang, jari-jemarinya mengusap tengkuk. "Macam mana benda kecil jadi besar macam ni..." gumamnya dengan nada kecewa.
Dia menekan nombor manager di telefon, mendekatkan telefon ke telinga. Hanya tiga deringan, suara garang sudah menjengah.
“Ryaz! Kau tahu tak apa yang tengah berlaku sekarang?” soal manager tanpa salam.
“Aku tahu. Aku dah nampak dekat X. Relax kejap, boleh tak?” ujar Ryaz, cuba tenang walaupun dia sendiri tak senang.
“Relax?! Ryaz, nama kau tengah trending atas gosip cincin dan Aurel! Kau tahu tak benda macam ni boleh jejaskan image kau? Dah lah baru menang international! Now people are questioning your professionalism,” bentak manager, suaranya makin meninggi.
YOU ARE READING
Amor Mio ©️
Romance2nd book ☘️☘️☘️ Ryaz Zulkarnain X Davira Medina Start: 13/01/2024 End: 05/12/2024 Read your own risk ⚠️ Typo bersepah ⚠️ Matured language ⚠️ 15+ ⚠️ Light conflict ⚠️Storyline agak membosankan