LAJU Davira melangkah meninggalkan Ryaz dibelakang. Cukup! Dia sangat malu kejadian dalam kereta tadi. Sekarang nak sorok muka pun, tak mampu. Sebab nak taknak memang kena berhadapan dengan Ryaz. Ini semua salah Dareeq!
"Medina! Elok-elok jalan. Nanti langgar orang kan!" laung Ryaz.
Tapi langsung laungan itu tidak di endahkan. Terus dia berjalan laju dan ke depan.
Dushhh...
"Auchhh..." Davira mengaduh kesakitan.
Sakit bontotnya terhempap dengan lantai hotel. Sepasang kaki sedang berdiri didepannya dan langsung tidak berganjak. Tahu lah dia bahawa dia telah terlanggar seseorang di situ.
"Ehem..."
Dengan perlahan-lahan Davira mengangkat kepalanya untuk melihat gerangan suara yang berdehem.
Seorang jejaka yang mempunyai aura dingin yang kuat. Pandangan mata yang tajam menikam mata Davira. Mukanya langsung tidak beriak. Menggigil bebola mata Davira melihat orang yang berada di hadapannya sekarang.
Ryaz yang perasan dari jauh itu, cepat-cepat dia berlari ke arah Davira dan lelaki itu. Panahan mata lelaki itu cukup buat dia gerun jika sesuatu berlaku terhadap Davira.
"Bro! Kawan adik aku ni," ujar Ryaz.
Terus pandangan tajam lelaki tadi bertukar menjadi pandangan yang lembut.
Cepat-cepat Davira bangun dari jatuhnya dan berdiri di belakang Ryaz. Aura lelaki di hadapannya membuatkan dia rasa takut walaupun pandangan lelaki itu sudah tidak tajam seperti tadi.
Dia hanya mengangguk faham. "Sorry miss..." Kepala diteleng sedikit untuk melihat wajah Davira yang berselindung disebalik tubuh Ryaz.
Davira memandang Ryaz dan Ryaz mengangguk kepalanya. "Davira Medina. Just call me, Davira."
"I'm sorry miss Davira if I made you feel uncomfortable," kata lelaki itu dengan lembut dan senyuman manis terukir di bibir lelaki itu.
Tidak berkelip mata Davira melihat senyuman yang terukir di bibir lelaki yang tidak dikenalinya itu. Senyuman yang cukup manis dan boleh membuatkan mana-mana perempuan cair termasuk dirinya.
"No. It's okay. Salah saya sebab jalan tak pandang depan." Tapi masih setia berdiri di belakang Ryaz. Walaupun senyuman lelaki itu dapat mencairkan hatinya, tapi tak bermakna dia tidak merasakan aura dingin daripada lelaki itu.
Ryaz hanya menyaksikan saja sesi bermaaf-maafan tanpa mencelah. Tapi, yang membuatkan dia ingin ketawa apabila dia terasa pegangan tangan Davira di hujung bajunya. Gadis itu langsung tidak lepas pegangan dan asyik menarik-narik hujung baju yang dipakai olehnya.
Jejaka yang berada di hadapan Ryaz menaikkan kening apabila dia terperasan hujung bibir Ryaz begerak seperti menahan tawa. "Huh. Why you laugh? Is there something funny here?"
"Nothing." Ryaz mengemam bibir. Kawan tak kawan, dia pun kadang-kadang takut juga dengan lelaki itu.
"Shall we? Aku rasa perut aku dah macam-macam bunyi dah ni," ujar Ryaz sekali lagi. Boleh pula mereka berdrama di tengah lobi hotel.
Dia hanya mengangguk dan berjalan mendahului Ryaz dan Davira untuk ke cafe I's Legacy.
"Abang Ryaz, dia tu siapa?" bisik Davira. Perasaan ingin tahu membuak-buak dalam dirinya.
"Kawan." Sepatah di jawab.
"Memang lah kawan! Takkan isteri abang Ryaz pulak." Geram pula dengan jawapan Ryaz.
YOU ARE READING
Amor Mio ©️
Romance2nd book ☘️☘️☘️ Ryaz Zulkarnain X Davira Medina Start: 13/01/2024 End: 05/12/2024 Read your own risk ⚠️ Typo bersepah ⚠️ Matured language ⚠️ 15+ ⚠️ Light conflict ⚠️Storyline agak membosankan