Langkah Ryaz perlahan menapak ke arah jendela bilik hotelnya. Pemandangan kota malam terpampang luas di hadapan, namun fikirannya hanyut jauh, kembali ke Malaysia. Jam di telefon dilihat sekilas, 3 pagi di Malaysia. Mungkin sekarang isterinya sudah lena tidur, tenggelam dalam keletihan air mata.
Keluhan berat dilepaskan. Sungguh, bukan niatnya untuk tinggalkan Davira begitu saja. Dia tahu betapa isterinya berkeras mahu ikut, tapi keadaan memaksa.
Telefon di tangan digenggam erat. Dia rindukan senyum ceria dan suara lembut Davira. Tapi petang ini, hanya sepi yang menyambutnya di New York.
Mata Ryaz terus tertancap pada telefon di tangan, jari jemarinya menari mencari gambar-gambar Davira di galeri. Setiap senyuman, setiap kerlingan nakal isterinya seolah-olah hidup di skrin. Dalam diam, bibirnya mengukir senyum kecil, namun hati terasa hampa.
"Medina sayang, kalau sayang ada di sini, mesti kita dah buat havoc kat hotel ni, kan?" bisik hati kecil Ryaz sambil mengusap skrin telefon.
Ryaz duduk bersandar di kerusi sambil matanya tak lepas daripada skrin. Rasa bersalah makin menebal, dan rindunya makin mencengkam.
Tanpa sedar, tangannya mendail nombor Davira.
Nada dering kedengaran di sebelah sana. Sekali. Dua kali. Hatinya berdebar, berharap isterinya akan mengangkat walaupun sudah larut malam. Dia sendiri tak pasti apa yang ingin dia katakan, cuma dia perlu dengar suara Davira buat meredakan keresahannya.
Saat itu juga panggilan bersambut. Suara Davira yang sayu dan sedikit serak menyapa telinganya. "Sayang... kenapa telefon pagi-pagi ni?"
Suara itu saja sudah cukup buat Ryaz tersenyum. "Maaf ganggu tidur sayang. Abang cuma... abang rindu."
Hening seketika. Ryaz hanya mendengar helaan nafas kecil Davira di hujung talian.
"Rindu, tapi tinggal Medina?" balas Davira dalam nada yang separuh rajuk, separuh tersimpan rindu.
Ryaz ketawa kecil. "Medina tahu abang takkan tinggalkan Medina tanpa sebab, kan? Abang nak Medina ingat, setiap saat abang di sini... abang fikirkan Medina."
Davira hanya diam. Namun dalam hati, dia tahu kata-kata suaminya itu ikhlas.
"Sampai hati sayang tinggal Medina macam tu. Padahal boleh je cakap elok-elok. Sayang ingat Medina ni budak kecil ke, yang boleh main tinggal macam tu saja?" Suara Davira penuh rajuk.
"Maaf, sayang. Abang pun tak sampai hati, tapi abang terpaksa. Abang janji, lepas abang balik nanti, abang akan bawa sayang ke mana saja tempat yang sayang nak pergi sebelum semester buka. Boleh?" pujuk Ryaz lembut, penuh harap.
Davira terdiam sejenak. Walaupun senyum kecil mula terukir di bibirnya, dia tetap mempamerkan wajah tegas. "Janji sayang ni boleh dipercayai ke? Semalam tu pun sayang tinggal macam tu je. Sekarang cakap besar nak bawa pergi sana sini, tapi janji tinggal janji."
"Tak, abang serius kali ni. Abang betul-betul janji," kata Ryaz, bersungguh-sungguh. Dalam hatinya, dia bersumpah akan menunaikan janji itu.
"Hmm..." Balasan Davira pendek, tetapi cukup untuk menyentak hati Ryaz.
"Sayang... janganlah hm saja. Janganlah merajuk. Abang takkan tenang kat sini kalau sayang masih marah," rayu Ryaz.
Davira mendengus kecil. "Biar abang tak tenang. Siapa suruh tinggal Medina macam tu. Ni salam pun tak, cium pun tak."
"Sayang, bukan abang sengaja," suara Ryaz semakin lembut. Dia tahu rajuk isterinya tak akan hilang sekelip mata. "Abang pun sebenarnya tak sanggup nak tinggalkan sayang macam tu. Tapi abang terpaksa. Abang dah terlambat sangat masa tu."
YOU ARE READING
Amor Mio ©️
Romance2nd book ☘️☘️☘️ Ryaz Zulkarnain X Davira Medina Start: 13/01/2024 End: 05/12/2024 Read your own risk ⚠️ Typo bersepah ⚠️ Matured language ⚠️ 15+ ⚠️ Light conflict ⚠️Storyline agak membosankan