🏀🧪 BAB 34

3.1K 184 0
                                    

LAJU kaki Davira berjalan menuju ke kolejnya sambil membawa plastik yang berisi makanan ringan. Walaupun plastik itu agak berat, tapi langsung tak menyukarkan langkahnya.

"Davira!" panggil seseorang yang sedang melihat Davira berjalan laju.

Tapi panggilan itu makin membuatkan Davira berjalan makin laju dengan riak muka yang sukar ditafsirkan.

"Davira Medina!"

Laju langkah Aryan mengejar langkah Davira yang terburu-buru. Sampailah dia berhenti di hadapan Davira menghalang langkah Davira.

"Aryan?" Pelik dia melihat Aryan tercungap-cungap di hadapannya.

"Ya, saya lah," jawab Aryan dengan nafas yang tak teratur.

"Awak buat apa kat sini?" soal Davira hairan.

"Awak tanya soalan ni kat saya? Awak ni biar betul." Soalan di balas dengan soalan.

Davira mengerut dahi. Dia tak faham.

"Kita kan satu tempat belajar, rasanya tak salah kut kalau saya ada kat sini," jawab Aryan seperti faham dengan kerutan dahi Davira.

"Eh, bukan! Bukan itu maksud saya." Plastik dipegang tadi diletakkan di bawah.

"Maksud saya, kenapa awak tiba-tiba ada depan saya?"

Aryan garu kepala. "Oh cakaplah macam tu. Saya panggil awak lah."

"Saya?" Jari telunjuknya menunjuk ke arah diri sendiri.

Aryan mengangguk.

"Kenapa?" soal Davira lagi.

"Tak ada lah. Saya nampak awak berjalan laju semacam aje. Sebab tu saya panggil. Tapi bila saya panggil, awak makin laju pula jalan," jawab Aryan dengan jujur.

Niatnya mula-mula hanya untuk menegur Davira, tapi lain pula jadi bila gadis itu berjalan seperti kena kejar anjing.

"Awak panggil saya?" soal Davira hairan. Tak ada pula dia dengar orang memanggil namanya.

Aryan mengangguk. "Ya. Saya panggil awak banyak kali tau."

"Maaflah, saya tak dengar tadi," ujar Davira dengan sedikit rasa bersalah.

Suaranya hampir tenggelam dalam bunyi derapan langkah-langkah pelajar lain di sekeliling mereka.

Aryan tersenyum tipis, matanya merenung beg plastik di kaki Davira yang penuh dengan makanan ringan.

"Eh, takpe. Awak dari mana ni? Beli barang ke?"

"Oh, ya... beli barang sikit." Suara Davira sedikit gugup.

"Dengan siapa?" Aryan menyoal lagi, kali ini pandangannya tak beralih dari wajah Davira.

"Hah?" Mata Davira terbeliak sedikit, namun segera dia cuba mengawal riak wajahnya.

Aryan mengangguk perlahan, tetapi senyuman kecil bermain di hujung bibirnya.

"Tak ada apa-apa. Awak laju betul tadi, macam ada sesuatu yang awak cuba lari. Muka pun lain, macam..." Katanya hanya terhenti di situ.

"Oh. Errr tak ada apa-apalah." Davira cepat-cepat menutup ruang untuk lebih banyak soalan.

"Sebenarnya, saya kena cepat. Ada assignment nak submit." Alasan itu terlontar dengan cepat. Walau dia tahu, ia jauh dari kebenaran.

Takkan dia nak beritahu Aryan, perasaannya masih bercelaru selepas mendengar lamaran Ryaz.

"Assignment? Assignment apa tu? Rasanya due date lambat lagi," soal Aryan dengan nada hairan, keningnya sedikit berkerut sambil matanya mencari jawapan di wajah Davira.

Amor Mio ©️Where stories live. Discover now