"Aku terima nikahnya..."PAP!
"Aduh! Ish, dia ni sakitlah!"
Baru je Harraz nak melayan mimpi indah, dah kene potong line sebab tiba-tiba dapat penapak sekali dekat muka. Siapa lagi kalau bukan adik kesayangan dia yang bagi. Ni mesti kes mama yang suruh kejut. Harraz apa lagi, bukannya dia nak bangun, makin ditarik selimut tu ada lah. Memberontak!
"Mama! Tengok along ni, dia tak nak bangun!" Geram betul Hariz setiap kali mama suruh dia kejut Harraz, nanti macam ni la jadinya. Bukan nak bangun,liat betul!
"Hariz....jangan la panggil mama, bagi la along lagi 30 minit je, nanti along bangun." Mana tidaknya nak liat bangun si budak Harraz tu, malam tadi je dia tidur pukul 3 pagi sebab nak settle kan kerja office. Memang dia terus membuta la, selepas je dia selesai menunaikan solat subuh pagi tadi. Ingatkan bila hari minggu ni dapatlah dia bangun lambat sikit, tapi terlupa pulak dia dengan kewujudan budak perosak tidur dia sorang ni.
"Dari tadi along cakap ayat tu! 30 minit tambah 30 minit dah jadi extra 1 jam dah ni! Kalau macam ni memang kene guna bantuan mama, Hariz tak kesah dah." Ujar Hariz yang terus berlalu meninggalkan bilik abangnya apabila dia melihat mama nya telah berada di depan pintu bilik Harraz.
"Bye-bye along! All the best!"
"HARRAZ ALTHAF BIN MOHD YAAKOB! Dah kejung dah nasi goreng yang mama buat tu! Bila kamu nak bangun dan turun sarapan!" Bergema satu ruang bilik Harraz dengan suara mamanya. Terus terduduk tegak Harraz selepas menerima tembakan bebelan dari mamanya.
"Eh, mama! Hehe cantiknya mama pagi ni, Harraz dah bangun tadi tapi..."
"Tak ada tapi-tapi, kamu tak payah nak membodek mama sangat. Cantik konon, mata tu pun masih terpejam lagi, apa yang nampak cantiknya? Dah bangun sekarang!" Seraya itu terus mamanya memulas telinga Harraz untuk memberi kesegaran ekspress kepada anak bujang terlajaknya itu.
Aduh sakit! ( T_T )
"Ha turun pun tuan putera kesayangan." Sangat jelas ye nada mama memerli kat situ.
"Hehe, selamat pagi semua. Dah sarapan?"
"Tak payah sarapan sangat lah, semua dah ready nak lunch pulak dah ni."
Auch masih tak habis lagi perlian mamanya, padahal tak ada la lambat sangat dia bangun. Sekarang baru pukul 11. Okay la tu kan?
"Dahla tu mama, tercucuk-cucuk dada ni dari tadi sebab kena perli dengan mama. Lagipun Harraz tidur lambat malam tadi sebab settle kan hal office."
"Kamu ni Harraz kan mama dah pesan, kerja tu kerja jugak, tapi jangan sampai terlebih-lebih. Waktu tidur tu tidur. Tak baik untuk kesihatan tu kalau selalu sangat tidur lambat."
Dengar cakap mama Harraz guys, jangan tidur lambat!
Inilah masalah anak nya yang seorang itu, obsess sangat dengan kerjanya. Kalau boleh diajak kahwin, rasanya dah lama dia kahwin dengan kerja dia yang satu tu.
"Iya ma, Harraz dah jarang tidur lambat cuma harini kan hari sabtu, tu Harraz tidur lambat sikit semalam hehe." Ha, menjawab ye kau Harraz, ada je alasannya.
"Eh tapi ma, nasi goreng ni masih sedaplah! Masih panas lagi, tak kejung pun. Pandai mama masak." Segera Harraz menukar topik kerana tahu jika tidak pasti mamanya akan membebel lagi setelah mendengar alasan yang dia berikan sebentar tadi.
YOU ARE READING
Dia Penjaga Hati | C
RomanceHarraz Althaf, seorang jejaka yang sudah malas untuk memikirkan soal percintaan, namun, pasangan yang ditetapkan orang tuanya bukanlah suatu petanda yang baik dan perlu dielakkan. Hana Raisya, seorang gadis yatim piatu yang sentiasa cuba untuk berda...