"Along dengan kak long ni tak sweet langsung la, cuba la jalan macam suami isteri sikit." Tanpa sebarang aba-aba terus sahaja Hariz mengambil tangan Harraz dan diletakkan di atas bahu Hana.
"Eh." Keduanya serentak bersuara perlahan.
"Ha kalau macam ni kan elok sikit. Kalau tadi tu nampak macam stranger tau tak." Kemudian selamba Hariz berjalan meninggalkan keduanya di belakang.
Kalau jalan berdua pun masih kekok macam tu memang lambat lagi lah gayanya dia nak dapat anak buah. Hm...
Harraz dan Hana pula hanya memandang satu sama lain, masih memproses apa yang sedang berlaku.
"Sorry, budak tu memang mengada kejap lagi tau la aku nak buat apa dengan dia tu." Pantas Harraz menurunkan tangannya yang merangkul bahu Hana.
"Tak apa lah awak ni, betul lah apa Hariz cakap tu, kita berdua kan memang tak sweet." Hana cuba menahan tawanya, rasa terhibur pula tiba-tiba. Tak pernah dibuat orang suami isteri kena paksa bersweet-sweet.
Harraz yang mendengar Hana berkata begitu memandangnya tidak percaya. Punya lah dia ingat Hana awkward ke apa ke, rupanya dia pergi setuju dengan ayat si Hariz tu.
"Jom lah awak kita makan cepat-cepat lepastu hantar Hariz balik rumah mama dengan papa." Hujung lengan baju Harraz ditarik Hana untuk mengikuti langkah nya yang semakin dilajukan.
"Hariz ingat tak apa kak long cakap tadi? Nanti balik rumah minta maaf dengan mama tau." Ketiganya kini sedang duduk makan di restoran pilihan Hariz.
"Okay kak long..." Harraz sekali lagi memandang Hana tidak percaya, mana tidaknya, selama dia hidup sebagai along kepada Hariz, yang dia tahu adiknya itu sangatlah liat untuk mengalah. Keras kepala! Nak menang je kerja!
Tapi hari ni keajaiban apa yang dia sedang lihat ni, wah..
Namun Harraz hanya memilih untuk diam dan makan, kalau dia bersuara nanti kang ada yang tak jadi nak bermaafan nanti.
"Haa macam ni baru lah bagus, jadi budak baik macam along kamu."
Harraz yang sedang diam bersama makanannya hampir tersedak. Tak pasal-pasal kena puji. Ehek!
****
"Terima kasih sebab tolong masalah Hariz tadi. Budak tu memang manja lebih sikit, bongsu kan."
Macam biasa, sekarang keduanya baru selesai menunaikan solat isyak dan sedang duduk santai bersama.
"Tak ada apa lah biasa la tu, lagi pun macam yang awak dengar waktu kat rumah mama tadi lah, Hariz tu cuma stress je asyik dipaksa belajar. Tapi apa pun perbuatan dia tu tetap salah. In sha Allah kes macam ni akan jadi pertama dan yang terakhir, awak jangan risau saya dah bagi nasihat paling mantap punya dekat adik kesayangan awak tu." Hana menayang muka bangga, terasa diri telah menjadi kakak ipar yang paling function.
Harraz tahu. Dia telah berada di dapur, sejak Hana hendak mula memberi nasihat kepada Hariz, jadi dia dengar segalanya. Termasuk perubahan nada suara Hana ketika bercerita tentang kisahnya...
"Mantap lah sangat." Harraz pula memasang wajah seakan menyampah.
"Eii betul lah awak apa tahu! Dah la suka hati je cakap bongsu manja, awak baik sikit eh. Saya ni bongsu jugak tau, tapi tak manja pun."
Harraz tertawa perlahan, lupa pula yang isterinya juga seorang bongsu, walaupun dia tidak pernah bertanya lebih lanjut perihal adik-beradik Hana, namun Hana pernah memberitahu sebelum ini yang dia merupakan anak bongsu.
YOU ARE READING
Dia Penjaga Hati | C
RomanceHarraz Althaf, seorang jejaka yang sudah malas untuk memikirkan soal percintaan, namun, pasangan yang ditetapkan orang tuanya bukanlah suatu petanda yang baik dan perlu dielakkan. Hana Raisya, seorang gadis yatim piatu yang sentiasa cuba untuk berda...