Lesu dan longlai sahaja pergerakan kedua manusia itu keluar dari klinik. Masing-masing seolah berada dalam dunia sendiri. Satu per satu langkah diambil untuk menuju ke kereta. Beberapa orang yang lalu-lalang di sekitar kawasan tersebut hanya memandang keduanya aneh.
Nak cakap sedang bergaduh, namun lengan mereka saling merangkul dengan satu sama lain. Entahlah, biar saja lah.
Masuk saja ke dalam kereta, enjin dihidupkan sebelum Harraz kembali termenung. Begitu juga dengan wanita yang berada di sebelahnya. Hampir beberapa minit mereka diam dalam keadaan begitu, sebelum keduanya bersuara,
"Sayang."
"Abang."Serentak.
"Abang cakap dulu lah." Hana memberi ruang kepada suaminya untuk terlebih dahulu memulakan bicara.
"Sayang cakap je dulu, pendapat sayang lagi penting sekarang ni." Harraz turut melakukan hal yang sama. Memberi ruang.
"Abang je cakap dulu."
"Sayang la dulu."
Okay. Keduanya menghembus nafas perlahan.
"Kita,"
"Kita,"Sekali lagi, percakapan mereka bertembung.
"Ish!" Geram pula Hana, apa masalah mereka berdua ni.
"Apa kata kita cakap serentak, nak tak sayang?" Cadang Harraz.
Menarik idea tu. Hana kembali tersenyum sebelum menjatuhkan kepalanya. "Okay!"
1..
2..
3.."Kita berdua akan jadi parents!"
"Kita akan jadi parents?!"Teruja mereka berdua memandang wajah satu sama lain walaupun pucat lesi saja muka masing-masing. Maklumlah yang seorang tidak sihat, seorang lagi pula muntah-muntah.
"Ahhhh!!" Jerit mereka berdua. Bahagia dengan berita menggembirakan yang baru mereka ketahui sebentar tadi. Terus keduanya memeluk tubuh satu sama lain. Erat.
Sewaktu di dalam klinik tadi otak masih memproses akan berita yang baru diterima, mahu memberi reaksi berlebihan takut ada yang dihalau pula. Alhasil begini lah jadinya, habis bergema suara mereka berdua di dalam kereta.
"Alhamdulillah, Ya Allah. Thank you sayang," ucap Harraz, pelukan masih belum dilepaskan.
"Alhamdulillah, congrats abang."
Pelukan dileraikan. Harraz memandang Hana aneh. "Kenapa cakap congrats dekat abang pula? Patutnya abang yang ucap congrats dekat sayang."
"Errr... sebab abang kan dad to be? So... congrats lah?" Betul la kan dia ucap tahniaah sebab tu? Sudah kenapa dengan suami dia ni?
Dad..
Ayah?"Eh iyalah! Ahhh comelnya kalau kita jadi dad and mom nanti sayang!" Harraz kembali teruja apabila terfikir dia bakal digelar bapa kepada seseorang nanti.
Hana hanya tergelak dengan tingkah Harraz. Aduhai suami, asal awak bahagia.
"Kita nak dipanggil apa ye sayang? Mama dengan papa macam dah bosan je." Tiba-tiba bertukar menjadi sesi berfikir pula suaminya ini.
"Hmm, Hana pun tak tahu. Kita fikir nanti je lah." Tidak terdetik pula dirinya selama ini hendak menggelarkan diri sebagai apa jika mereka mempunyai anak nanti.
Senyuman di wajah Harraz masih tidak lekang. Jika tidak disebabkan pucat dibibirnya, mungkin tiada yang percaya bahawa lelaki ini sedang tidak sihat.
Dahi Hana dikucup sekali lagi sebelum mulutnya lancar berkata, "Again, thank you sayang, and congrats to our mom to be too!" Sengaja ditekankan perkataan 'our ' tersebut, tanda ditujukan kepada satu lagi insan yang bakal wujud dalam hidup mereka.
YOU ARE READING
Dia Penjaga Hati | C
RomanceHarraz Althaf, seorang jejaka yang sudah malas untuk memikirkan soal percintaan, namun, pasangan yang ditetapkan orang tuanya bukanlah suatu petanda yang baik dan perlu dielakkan. Hana Raisya, seorang gadis yatim piatu yang sentiasa cuba untuk berda...