Suasana kafe yang tenang dan terisi dengan kesejukan penghawa dingin itu pasti akan membuat mana-mana pelanggan yang hadir berasa nyaman untuk duduk bersantai di situ. Namun semua suasana itu tidak dapat mengubah ketegangan yang sedang berlaku di meja paling hujung yang berada dalam kafe tersebut.
"Ha, cepat lah cakap. Aku tak ada masa nak lama-lama dekat sini." Belum sempat hangat lagi kerusi yang sedang diduduki, Julia telah pun mendesak Hana untuk segera menyelesaikan urusannya.
Muak dia hendak berlama-lama dengan manusia itu.
"Awak tak nak minum apa-apa ke? Saya belanja?" Sudahla dia yang ajak, kang apa pula fikir Julia kalau dia tidak membelikannya apa-apa.
"Nope, just straight to the point." Kan dia dah cakap tadi, dia tak nak lama-lama, tak faham bahasa ke apa?
Namun, tetap juga Hana memesan dua air yang serupa, iced chocolate, sewaktu pelayan datang menghampiri mereka untuk mengambil pesanan.
"Sebelum tu saya nak ucap terima kasih sebab awak sudi buka hati untuk kita berdua jumpa macam ni." Nafas di tarik panjang dan dihembus perlahan sebelum Hana meneruskan percakapannya.
"Tapi, boleh ke kalau saya nak tahu, apa kesalahan yang saya dah buat dekat awak? Sampaikan awak terlalu benci dengan saya? Saya keliru..." Sudah penat dia berperang dengan fikiran sendiri memikirkan apa kesalahan yang dia pernah lakukan di masa lalunya? Mereka berdua sudah lama tidak bersua jadi sudah pasti lah terdapat kejadian lama yang membuatkan hubungan baik mereka retak secara tiba-tiba.
Senyum sinis, hanya itu balasan yang Julia berikan selepas mendengar pertanyaan darpada Hana.
"Betul lah kan, orang yang buat salah memang tak akan pernah sedar."
Hana hanya diam tidak membalas.
"Tahun 2019, Hana Raisya manusia yang paling aku percaya dalam hidup, betrayed me." Julia hanya menunduk sambil bermain dengan jari-jemarinya, malas hendak memandang ke hadapan nanti bertembung mata pula.
Meluat.
Namun Hana yang setia dari tadi memandang Julia hanya mampu mengerutkan keningnya. Astagfirullah, kesalahan tanpa sedar apa yang dia pernah buat sampaikan Julia rasa dikhianati sebegitu sekali oleh nya.
"Maksud awak?" Dia bukan sengaja, tapi Hana betul-betul tak tahu apa yang dia dah buat dekat Julia.
Julia menjulingkan kedua biji matanya ke atas, banyak tanya!
"Ish! Aku nampak kau jumpa Adam dekat kafe, patutnya hari tu aku yang ada dekat tempat kejadian. Kau pun tahu pasal tu. Puas? Ingat dah? Ke masih lupa lagi? Kalau dah ingat aku nak balik." Beg tangan yang berada di atas meja diambil sebelum disangkut di bahunya.
Baru saja Julia hendak berdiri, Hana cuba menahan pergerakannya.
"Julia tunggu.. awak, dah salah faham."
Dalam kehanyutan ego, tetap terselit rasa ingin tahu di dalam diri Julia. Jadi hanya untuk kali ini, dia membiarkan Hana untuk mengalahkan ego dirinya.
Tapi, riak wajah seolah tidak berminat tetap ditayangkan, sedangkan di dalam hatinya dia benar-benar hendak mendengar penjelasan daripada Hana. Semoga semuanya berjaya menghilangkan rasa pengkhiatan yang dia telah rasai selama ini.
"Saya berani bersumpah yang saya tak ada secebis niat pun nak khianat awak Julia. Hari tu, saya pergi sana sebab mommy awak yang minta tolong, dia kata awak tak sih--" Belum sempat Hana menyambung ayat kata-katanya terus dipotong laju.
"Tak cukup salah diri sendiri sekarang kau nak petik nama mommy aku pulak?" Kedua tangannya sudah bersilang di dada.
"Ya Allah, bukan itu maksud saya Julia. Awak kena dengar saya cakap sampai habis dulu. Saya nak awak dengar semuanya, termasuk apa yang Adam suruh saya sampaikan dekat awak waktu tu." Nada Hana sedikit merayu, Julia sudah terlalu jauh salah faham dengannya. Mungkin, jika selepas ini Julia tetap akan membencinya pun, tidak mengapa lah yang penting hari ini dia akan menyampaikan amanah yang Adam pernah beri kepadanya suatu ketika dulu. Walaupun sudah agak lama berlalu, namun masa dan situasi yang menjadi penghalangnya selama ini, dia bukan sengaja.
YOU ARE READING
Dia Penjaga Hati | C
RomanceHarraz Althaf, seorang jejaka yang sudah malas untuk memikirkan soal percintaan, namun, pasangan yang ditetapkan orang tuanya bukanlah suatu petanda yang baik dan perlu dielakkan. Hana Raisya, seorang gadis yatim piatu yang sentiasa cuba untuk berda...