"Assalamualaikum CEO! Long time no see!" Diterjah selamba pintu bilik yang baru sahaja dimasukinya itu.Harraz yang diterjah itu hanya memejam mata sambil menjawab salam. Tangan diusap di dada cuba menahan sabar. Nak maki tapi member dah bagi salam. Hm..
"Han, tujuan aku letak pintu kat bilik ni supaya seseorang tu boleh ketuk dulu sebelum masuk. Tapi rasanya letak pintu je semata tak cukup kalau untuk kau ni." Tenang namun tajam menusuk kata-kata yang dilontarkan.
Hanif yang sedar akan kesalahannya tadi sudah menggaru tengkuknya perlahan.
"Hehe, sorry lah bos. Aku excited sangat tadi bila tahu kau dah masuk office balik. Rindu weh, dah lama tak kerja sama-sama." Nada percakapannya sudah diubah sedikit seolah begitu terkesan dengan kehadiran Harraz hari ini.
Harraz pula sudah membuat muka apabila mendengar Hanif mengubah nada percakapannya. Dah macam mamat suara kepit! Gatal telinga dia dengar.
"Eh, tapi serius Harraz, aku rindu kau ada dekat ofis ni. Sepanjang kau tak ada macam-macam la jugak jadi. Tapi tu kita cerita nanti, sebab aku tak nak rosakkan mood bekerja kau hari ni."
Hanif sempat melihat muka serabut Harraz membelek fail-fail yang sudah menumpuk di atas meja sewaktu dia menerjah masuk ke dalam bilik bos nya itu tadi. Jadi, dia tidak mahu lah menambahkan lagi kekusutan di dalam kepala lelaki itu. Esok-esok masih ada...
Mendengar kata-kata daripada Hanif itu membuat Harraz menanggalkan cermin mata yang berada di wajah dan diletakkan di atas meja, sebelum menyandarkan sebentar badannya ke kerusi yang sedang dia duduki.
"Kau duduklah dulu, aku pun memang ada nak tanya beberapa soalan dekat kau ni." Setelah itu kaki yang berada di bawah meja selamba menolak kerusi yang berada di hadapan mejanya sebagai tanda menyuruh Hanif untuk duduk.
"Terima kasih sangat sebab tolakkan kerusi, sumpah terharu lain kali baling je terus kerusinya." Senyuman palsu diberikan sebelum Hanif mengambil tempat di atas kerusi tersebut.
Mendengar kata-kata Hanif itu membuat Harraz sedikit terhibur, kalau tidak, dari tadi dia terlalu fokus menyelesaikan tugas-tugas yang tertangguh. Naik menyirap jugaklah jadi nya.
"Apa cerita dengan projek Cooking Academy tu?" Melihat Hanif yang sudahpun menyelesakan diri di atas kerusi, terus sahaja soalan itu ditanya.
"Oh, pasal projek tu setakat ni tak ada masalah apa sangat, tapi yang aku tahu bilangan peserta yang mendaftar jauh sikit dari yang kita target. Tapi, team marketing tengah cuba nak promosikan dengan lebih aktif lagi tentang Cooking Academy tu. Jadi, kau tak payah risau."
Setelah itu kerusi yang tadinya berada sedikit jauh cuba disorongkan lebih ke depan sehingga badannya berlanggar dengan meja. Tangan Harraz cuba dicapai dan diusap untuk menenangkan bos sekaligus sahabatnya itu.
Namun, Harraz yang perasan akan gerak-geri Hanif itu segera menarik laju tangannya yang berada di atas meja sebelum disilangkan di dada. Hanif ni memang sejenis physical touch punya orang. Mohonlah jumpa jodoh cepat sikit, risau dia tengok kadangg-kadang.
Hanif pula sudah memandang kosong ke arah Harraz apabila lelaki itu telah menjauhkan kedua tangannya.
"Kau ni Harraz, skip la sekejap soalan pasal kerja. Cuba la cerita pasal pengalaman selepas berkahwin ke apa ke. Biar hilang sikit stress tu."
Teruja juga dia hendak mengetahui kisah perkahwinan lelaki itu, mana tidaknya Harraz yang dia kenal kawan perempuan pun tak ada, bercinta apa tah lagi. Ni, tengok-tengok dia yang kahwin dulu.
YOU ARE READING
Dia Penjaga Hati | C
RomanceHarraz Althaf, seorang jejaka yang sudah malas untuk memikirkan soal percintaan, namun, pasangan yang ditetapkan orang tuanya bukanlah suatu petanda yang baik dan perlu dielakkan. Hana Raisya, seorang gadis yatim piatu yang sentiasa cuba untuk berda...