Terkejut jugak lah dirinya tadi apabila kereta Harraz telah tiba di rumahnya, bukan Harraz dan rakannya Hanif je yang ada, tapi sekali pakej Raisya dengan Ali pun turut keluar dari kereta itu juga.
Harraz kata alang-alang. Dia pun iyakan aje. Asalkan tak ada jadi perkara pelik-pelik tu okayla.
Suka la budak Raisya tu dapat naik kereta Harraz, mana tidaknya, sewaktu Harraz datang haritu tidak habis-habis dia memuji kereta mewah tersebut. Nak sebut jenama mereka tidak tahu, jadi panggil kerta mewah saja lah.
"Haa Harraz, jadi macam mana? Ni dah datang kali kedua ni, maksudnya niat tu dah betul-betul tekad la kan?" Mak Mah yang sudah turut sama duduk di ruang tamu itu selamba saja bertanya.
Hanif ke mana?
Budak tu sedang bahagia makan tempoyak di dapur. Hati dia hancur bila dapat tahu kedai tempoyak viral yang hendak ditujunya tutup hari ini. Tapi kalau dah nama nya rezeki tak ke mana, boleh pulak Mak Mah masak lauk tempoyak sebagai lauk makan tengah hari. Bukan main bahagia muka Hanif sewaktu Mak Mah menjemput mereka untuk makan tadi.
Kini Hana pun sudah bersedia untuk berbincang sekali lagi berkenaan hal yang kelmarin. Liur ditelan kelat.
Disebabkan dirinya benar-benar mahu serius la dia datang semula ke sini.
"Mak Mah, Harraz dah betul-betul yakin nak jadikan Hana Raisya sebagai isteri." Tenang tapi penuh dengan keyakinan ayat itu diucapkan.
Jarak masa yang dia punya sebelum datang sekali lagi ke sini telah dia gunakan sebaiknya untuk berdoa, beristikharah dan berfikir panjang tentang keputusan yang dia bakal lakukan.
Hal perkahwinan bukan lah sesuatu yang dia boleh pandang remeh dan ambil mudah. Jadi, sudah pasti segala risiko telah difikir dan dia sedia untuk hadapi sebaik sahaja keputusan ini di buat.
"Ha elok lah kalau macam tu, jadi sekarang ni Mak Mah nak kamu jelaskan niat kamu dekat Raisya secara baik dan tak gelojoh macam haritu." Tersenyum sahaja wanita tua itu, terharu rasanya bila teringat Harraz yang dia pernah jaga dari zaman masih berhingus dulu, kini mahu datang dan menghalalkan seorang gadis.
Itu baru lah anak lelaki! Bukan buang masa duit dan tenaga untuk suatu hubungan yang tidak pasti.
Nafas ditarik dalam sebelum kini badannya dipusingkan pula menghadap ke arah Hana.
Hana yang menyedari perubahan posisi lelaki itu sudah tidak senang duduk.
Mama takut!!
"Hana Raisya, macam yang kau tahu tujuan aku ulang-alik datang ke sini bukan saja-saja tapi sebab nak ajak kau untuk jadi pasangan hidup aku." Terang, padu dan jitu kata-kata nya diucapkan, tak ada selindung dah.
Nervous weh ajak orang kahwin!
Hana yang mendengar masih terkebil-kebil matanya memandang ke arah lelaki itu. Bibir pulak sudah habis rapat dah dikemam. Nak kena jawab apa ni?
"Okaylah, aku faham mungkin benda ni terlalu mengejut untuk kau. Tapi niat aku baik, jadi aku malas nak melengahkan benda macam ni." Harraz cuba untuk menjelaskan lagi. Sudah habis kekuatan jantan dia digunakan harini. Dia tinggalkan sisa sikit je untuk digunakan waktu akad nikah nanti, itupun kalau diterima lah. Hmm..
Harraz yang masih tidak mendapat balasan daripada gadis itu sudah risau sedikit. Dia bakal ditolak ke? Huwaaa..
Tak boleh jadi ni, kena cuba bodek lagi ni.
Sumpah dia cakap, walaupun ajakan kahwin dia ni secara mengejut tapi dia betul-betul serius dan akan jalankan perkahwinan ini dengan selayaknya walaupun belum ada cinta di antara mereka.
YOU ARE READING
Dia Penjaga Hati | C
RomanceHarraz Althaf, seorang jejaka yang sudah malas untuk memikirkan soal percintaan, namun, pasangan yang ditetapkan orang tuanya bukanlah suatu petanda yang baik dan perlu dielakkan. Hana Raisya, seorang gadis yatim piatu yang sentiasa cuba untuk berda...