Tinta Penulis

1.5K 43 0
                                    

Hai dan assalamualaikum kepada semua pembaca.

Karya ini adalah merupakan karya kedua penulis dalam dunia Wattpad. Sebarang persamaan atau perbezaan yang terdapat dalam karya ini adalah kebetulan dan tidak ada kaitan dengan mana-mana yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Itu semua adalah kebetulan dan tidak disengajakan.

Karya ini mengisahkan kehidupan seorang wanita yang mempunyai kekurangan pada dirinya yang tetap saja mencintai suaminya walau suaminya itu memandangnya dengan pandangan penuh jijik dan benci.

Terdapat unsur-unsur keganasan rumah tangga. Jangan baca jika anda mempunyai trauma dan maafkan atas segala ketidaksempurnaan yang terdapat dalam karya ini.

Lots of love :
ShazMieraa

PERINGATAN MESRA KEPADA SEMUA PEMBACA:

•Cerita ini adalah karya asli dan daripada idea penulis, bukan diciplak atau diambil dari mana-mana buku atau novel. Jika ada yang hampir sama, itu hanyalah sekadar kebetulan.

CERITA INI MEMERLUKAN KESABARAN YANG TINGGI, jika kalian bukan seorang yang penyabar, maka kalian disarankan supaya jangan membuka atau membaca cerita ini. Disarankan jangan membaca cerita ini jika kalian bukan seorang yang penyabar kerana berkemungkinan pertenghan dan akhir jalan cerita akan membuatkan anda rasa nak maki dengan watak.

•Jangan meninggalkan komen-komen negatif tamsilnya kata-kata kesat yang boleh membuatkan penulis kecil hati, jika anda tidak suka dengan cerita ini, sila cari cerita lain yang lebih sesuai dengan jiwa kalian.

•Jangan marah jika jalan cerita ini tidak sama seperti yang kalian harapkan. Seorang penulis bukan mencari cerita yang sesuai dengan jiwa pembaca tetapi mencari pembaca yang sesuai dengan jiwa mereka.

•Hak cipta terpelihara. Jangan ciplak atau mengambil mana-mana bahagian cerita yang kurang menarik ini tanpa izin penulis. Maafkan segala kekurangan yang terdapat di dalamnya dan akan penulis memperbaikinya dari semasa ke semasa.

•Jangan lupa beri semangat, vote dan komen jika sudi. Hargailah setiap karya yang dihasilkan oleh seseorang penulis itu, kerana mereka menulis menggunakan jiwa, dan mereka ingin jiwa itu sampai kepada para pembaca mereka.

Sekian, terima kasih.

"Dengan ini, Atma Ziyyan Fael membuka tirainya..."

Start: 01 March 2024

SU | Atma Ziyyan FaelWhere stories live. Discover now