KhayFa - 04

259 16 5
                                    

"Hei," tegur Mikayla ramah. Ziyyan buat tidak peduli. Wajahnya serius menyelak dokumen-dokumen yang berada di atas meja. Mata jejaka itu hanya menjeling ke arah kekasihnya yang duduk di hadapannya tanpa sepatah kata. Suasana di dalam bilik pejabat itu sunyi sepi.

"You kenapa ni? Ada apa-apa masalah nak cerita dengan I ke?" soal wanita itu lagi. Dahi wanita itu berkerut hairan. Hujung rambutnya dipintal-pintal menggunakan hujung jari. Sejak seminggu dua ini, dia perasan tingkah laku Ziyyan agak berbeza.

Jejaka itu jarang bercakap, malah lebih banyak senyap sewaktu bersama dengannya. Sedangkan Ziyyan bukannya seorang lelaki yang jenis berat mulut. Mikayla kenal perangai kekasihnya itu.

Hairan. Apa yang membuatkan perangai jejaka itu berubah? Tak lain tak bukan, ada satu perkara besar yang mengubah fikiran dan sikap lelaki itu. Mungkin perkara tersebut telah mengubah hidup Ziyyan juga. Tapi... apa dia?

"Sayang, you okey tak ni?" tanya Mikayla lagi. Dia risau benar apabila melihat sikap Ziyyan yang berbeza. Setelah berbulan-bulan mereka bercinta, baru kali ini Mikayla melihat sikap Ziyyan seperti ini. Senyap dan kurang bercakap seperti biasa.

Mikayla memandang wajah Ziyyan yang sedang fokus bekerja. Air muka jejaka itu kelihatan tenang, tetapi matanya tidak. Seperti sedang serabut dengan keadaan, alisnya yang sesekali berkerut itu menunjukkan bahawa lelaki itu banyak berfikir juga.

Malah dia perasan sesekali Ziyyan akan melihat telefonnya. Entah menunggu notifikasi daripada siapa, Mikayla tidak pasti. Mungkin daripada orang yang penting, atau sebuah projek besar yang sedang dilaksanakan oleh Ziyyan sebagai pemilik syarikat kontraktor yang terkenal di Malaysia.

Dari air muka jejaka itu, Dafina Mikayla dapat mengesyaki sesuatu. Entah itu perkara yang baik atau perkara yang buruk. Apa yang pasti diri lelaki itu seperti dijerut oleh sebuah masalah yang berat. Yang dia sendiri tidak ketahui.

Malah Ziyyan juga bijak mengelak andai Mikayla bertanya.

Seakan-akan satu perkara besar yang telah menghempap diri jejaka itu sekali gus mengubah sikap Ziyyan menjadi lebih pasif berbanding sebelumnya. Juga seakan-akan ada satu tanggungjawab besar yang tiba-tiba dicampak ke dalam diri lelaki kasar itu.

Mikayla hanya diam, tidak mahu bertanya apa-apa. Risau jika baran Ziyyan datang kembali, dia pula yang kecut perut. Walaupun lelaki itu tidak pernah naik tangan padanya, namun mendengar suara Ziyyan naik satu oktaf saja sudah membuatkan wanita itu ingin menangis.

"I okey je. You tak perlu risau," jawab Ziyyan perlahan. Namun matanya masih fokus memandang kertas. Mikayla menarik nafas lega sebaik sahaja mendengar balasan daripada Ziyyan. Sekurang-kurangnya jejaka itu bercakap juga, tidaklah senyap 24 jam seperti batu.

"Hm, okey," balas Mikayla perlahan. Mulutnya dimuncungkan sedikit. Agak sedih.

"You kenapa? Bosan ya?" soal Ziyyan tiba-tiba.

"Haah," balas Mikayla laju sambil menganggukkan kepalanya. Matanya dikelip-kelipkan. Membuat wajah comel. Mana tahu Ziyyan kasihan? Haha.

"Lepas habis kerja ni, I bawa you pergi makan," kata Ziyyan lembut. Namun matanya masih tidak lepas daripada memandang kertas-kertas yang berada di atas meja. Hanya mulutnya sahaja yang bergerak.

"Makan? Nak! Nak!" kata Mikayla teruja. Iris matanya kelihatan bersinar-sinar. Wajahnya yang muram tadi serta-merta berubah ceria.

Kebetulan wanita itu juga tengah lapar. Jadi memang pucuk dicita ulam mendatang apabila Ziyyan tiba-tiba mengajaknya makan.

"Lepas siap makan kita pergi rumah you eh?" ujar Mikayla tiba-tiba. Ziyyan terkejut. Segera mata jejaka itu memandang ke arah Mikayla dengan dahi yang dikerutkan.

SU | Atma Ziyyan FaelWhere stories live. Discover now