Prolog II

1.8K 78 18
                                    

"Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat." - Buya Hamka

𓆩♡𓆪'*•.¸♡ ♡¸.•*'𓆩♡𓆪

Seorang gadis menanti di sisi wanita separuh usia yang terbaring di atas katil. Wajah gadis itu juga telah sembab akibat terlalu lama menangis. Kedua-dua tangan kurusnya setia menggenggam dan mengusap-usap tangan wanita itu sembari kepala sang gadis menunduk memandang bawah. Dia tahu, masanya kini telah tiba.

"Wafa..." panggil seorang wanita dengan nada lemah. Gadis itu mengangkat wajah saat mendengar namanya dipanggil. Matanya redupnya sayu memandang raut wajah ibunya itu.

"Lepas ni, kalau mak dah tak ada, Wafa pergi ke alamat yang mak berikan itu, ya?" Wanita itu cuba berbicara walaupun sukar. Matanya memandang akan raut wajah satu-satunya anak gadisnya, Khayla Wafa. Juga satu-satunya pemangkin semangat dan juitanya dikala semangatnya jatuh menyembah bumi.

Mendengar saja itu, air mata Khayla yang berhenti tadi merembes-rembes keluar semula. Khayla menggeleng-geleng berkali-kali. Tidak mahu. Pantas tangannya bergerak-gerak. Cuba menyatakan sesuatu.

"Tak nak. Wafa nak tinggal sini. Dengan mak."

Khayla tekad. Dia tidak mahu bertemu dengan manusia-manusia di luar sana. Dia takut, dia takut akan cemuhan dan pandangan-pandangan manusia yang akan menghakiminya nanti. Dia takut akan pandangan masyarakat terhadap insan sepertinya. Hanya kerana satu kekurangan yang ada padanya, Khayla menjadi takut dengan manusia.

Wanita tua itu senyum apabila melihat reaksi Wafa yang jelas kebimbangan. Dia tahu, Khayla seorang gadis yang kuat dan tabah. Dia tahu itu.

Tangan itu digenggam sekemas-kemasnya. Memberi kekuatan. Bukan Khayla tidak mampu, hanya dirinya saja yang tidak percaya diri. Seakan-akan keyakinannya gadis itu hilang dibadai ombak di arungan.

"Tolong tunaikan... Kali ni saja. Mak tahu Wafa boleh." Wanita itu cuba senyum walaupun perit. Dia harus menunaikan janjinya kepada sahabat baiknya, Puan Zahra dan juga amanat arwah suaminya hampir 10 tahun yang lalu.

Khayla hanya menunduk sambil menatap mata sayu itu. Mata yang penuh harapan, juga mengharapkan dia setuju sedangkan hakikatnya dia tidak mahu.

"Apa yang Wafa kena buat kat sana?" Soal Khayla dengan 1001 persoalan. Dia masih lagi kurang mengerti.

"Apa yang mak cakap ni, mak harap Wafa setuju. Ini wasiat daripada mak untuk Wafa." Wanita itu tersenyum perit. Mereka hanya berdua. Tiada saudara-mara yang lain. Jika dia pergi, mampukah anak gadisnya ini bertahan hidup dalam dunia yang serba kejam ini tanpa ada manusia yang dikenali di sisi?

Khayla menanti butir bicara seterusnya. Wasiat? Wasiat apa?

"Mak nak Wafa kahwin dengan Ziyyan."

Khayla tersentak. Dia tergamam. Enam bait aksara itu cukup membuatkan dirinya menggeletar. Ziyyan? Adakah anak lelaki kawan ibunya? Mana mungkin dia mahu. Lelaki itu tidak dikenalinya, dan lelaki yang dipanggil Ziyyan itu sudah tentu langsung tidak mengenali dirinya.

Baginya, amatlah mustahil mereka akan hidup di bawah satu bumbung yang sama. Malah, siapa saja yang akan menerima wanita yang serba kekurangan sepertinya menjadi suri hati?

SU | Atma Ziyyan FaelWhere stories live. Discover now