KhayFa - 08

141 17 7
                                    

Khayla masih tidak percaya dengan apa yang baru dia ketahui tadi. Tak... tak mungkin lelaki itu ialah Ziyyan. Tak mungkin lelaki itu ialah lelaki sama yang telah disahkan menghidap amnesia oleh doktor enam bulan lalu.

Tapi jika Ziyyan amnesia, bermakna jejaka itu tidak mengingati kejadian itu, bukan?

Tiba-tiba telefon Khayla berdering. Berbunyi minta diangkat. Membulat matanya tatkala melihat nama Ziyyan tertera di skrin. Cepat-cepat wanita itu menjawab panggilan telefon tersebut.

"Siapkan makan malam, aku on the way balik rumah. Dalam satu jam lagi sampai. Malam ni masakkan untuk aku macaroni and cheese." Kedengaran suara garau Ziyyan berkata senada dalam telefon. Selesai sahaja jejaka itu berkata, panggilan telefon ditutup.

Khayla membulatkan mata. Lagi satu jam? Awalnya! Apa yang merasuki Ziyyan hari ni sampai dia balik awal satu jam daripada biasa?

Dengan cepat Khayla mengemas apa yang patut. Keratan akhbar itu dia letakkan kembali ke dalam tempatnya. Kotak itu ditutup lalu diletakkan di bawah katil. Sempat Khayla mengibas-ngibas dan kemaskan katil itu agar kelihatan sama seperti sediakala.

Cepat-cepat wanita itu keluar dari bilik itu dan menutup pintu. Bergegas Khayla melangkah turun ke bawah. Entah mengapa tengah kelam-kabut berjalan tiba-tiba dia terlanggar satu objek keras.

"Aduh..." Khayla mengusap-usap dahinya yang terasa sakit. Dinding mana pula yang tiba-tiba muncul ni? Rasanya tadi elok je kosong tiada apa di depan.

Khayla mengangkat muka apabila menyedari ada sepasang kaki di hadapannya. Sebaik sahaja terpandang muka pemilik kaki tersebut, automatik wanita itu teguk air liur. Wajahnya berubah pucat.

"Woi, bisu." Panggilan daripada Ziyyan serta-merta membuatkan Khayla menelan air liur lagi sekali. Sumpah dia rasa ingin lari sahaja sekarang ni. Namun wajah Ziyyan yang beriak aneh menimbulkan tanda-tanya.

"Kau kenapa? Menggelabah semacam lepas nampak aku balik?" soal Ziyyan dengan nada lembut. Khayla hanya geleng. Harap Ziyyan tidak berubah menjadi singa tiba-tiba.

"Aku balik awal hari ni, lupa pula dah nak sampai. Tadi  masa call aku cakap lagi sejam. Buat kau terkejut je aku balik tiba-tiba, kan?" Bibir Ziyyan membentuk senyum senget. Khayla diam menunduk.

"Oh ya, tadi aku minta kau masakkan macaroni and cheese, kau dah buat belum?" tanya jejaka itu lagi sambil sepasang mata hazelnya tajam memanah mata coklat pekat milik Khayla. Wanita itu hanya geleng.

"Kalau belum tak apalah. Aku ada beli piza ni, kau makan tak?" Jejaka itu menunjukkan plastik makanan yang berada di genggaman sejak tadi. Khayla angguk. Sememangnya dia tidak memilih jika bab makanan. Selagi boleh ditelan dan makanan itu masih halal, wanita itu tidak merungut dan makan apa sahaja.

"Jomlah makan sama-sama," ajak Ziyyan. Entah kenapa bibir Khayla mengukir senyum setelah mendengar kata-kata itu. Walaupun ajakan itu kedengaran biasa, tapi cukup membuatkan hatinya berbunga-bunga.

"Tak yang kau senyum tiba-tiba ni kenapa? Aku ajak makan je kut, takkan dah blushing?" Ziyyan kembali dalam mood dinginnya semula. Nada lelaki itu kedengaran kasar dan....

Jengkel. Macam perli pun ada!

Senyuman Khayla terus mati. Ingatkan dah bertaubat, rupanya sama je. Ziyyan tarik nafas panjang lalu mengorak langkah ke meja di ruang tamu. Khayla mengikuti dari belakang.

"Baik aku makan piza dari fikir pasal kau. By the way kau nak yang mana? Papperoni or Mozzarella Cheese?" soal Ziyyan sambil membuka kotak piza tersebut. Mereka kini telah duduk di sofa yang disediakan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 5 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SU | Atma Ziyyan FaelWhere stories live. Discover now