Babak 1: Ramadhan dah nak tiba?

67 8 11
                                    

Rezal Hakimi atau panggilannya Rezal. Budak darjah lima itu selalu diejek oleh pembulinya iaitu Rafiq dan Rayqal, dua budak yang acah-acah kacak di sekolahnya. Mereka mengejek dan membuli Rezal kerana dia gemuk sekali. Rezal asyik menangis dan dia meluahkan kepada ketiga kawannya iaitu Liyana, Haikal dan Shafiq yang merupakan kawan palng rapat Rezal.

Kawan-kawannya bertanya dengan penuh kerisauan, "Kenapa kau nangis lagi, Rezal sampai tangan engkau menggigil, lutut kau bergetar. Cuba beritahu kepada jadu begini?"

dan Rezal jawab dengan rasa terkaku dengan menangis itu, "aku... aku... dibuli lagi weh... Mereka itu buli aku lagi la!!! aku dibuli macam ini,''

Sebelum Rezal dibuli, mereka berdua terkejut dan mula mengutuk Rezal,
"Huish, kenapa gegar sangat ini... Eh, eh kau rupanya aku ingatkan badak Sumbu datang.." Rafiq mengutuk Rezal sambil menjelirkan lidahnya.

Rayqal menyambung bersama, "Kau ni dah la macam raksasa gemuk pulak tu.."

Kemudian mereka berdua mengejek berserentak "Rezal Gemuk, Rezal Gemuk, Rezal Gemuk!!". Dia berlari sambil menangis dan berjumpa dengan kawannya..

"Begitulah ceritanya..."

Kawan Rezal iaitu Liyana menjawab, "Mereka ni kena bagitahu kat Cikgu Syazman ni.."

Cikgu Syazman ialah guru disiplin paling garang macam singa di sekolah ini dan paling kacak di kalangan cikgu-cikgu lelaki di sekolah itu.

Kemudian, mereka berempat pun pergi ke bilik disiplin itu dan...

Cikgu Syazman dengan tenang itu bertanya "kenapa mari sini? ada kes ke?"

Mereka menjawab dengan rasa takutnya "errr... Rezal kena buli lagi oleh Rafiq ngan Rayqal, cikgu.."

Cikgu Syazman itu menjawab dalam hatinya "ohhh.. budak-budak tu memang kena ngan aku ni.." cikgu itu tanya kepada mereka "boleh tak kamu panggil mereka ?!"

mereka jawab "err...ok cikgu"

Cikgu itu berkata lagi "Rezal dengan Liyana duduk sini untuk menjadi saksi dan Haikal dan Shafiq pergi cari mereka!"

Haikal dan Shafiq pun pergi cari mereka berdua.

Sambil berjalan mencari mereka. Haikal dan Shafiq mencari pembuli tetapi tidak dijumpai. Kemudian, mereka telah pun terjumpa dengan Rayqal dan Rafiq.

"Weh, macam mana nak panggil mereka tu, aku takutlah" Haikal bertanya dengan rasa takutnya.

Shafiq berfikir dan berkata "haa... aku tahu, kita bawa mereka panggil jumpa Cikgu Siti dekat Bilik Disiplin, kan mereka tu suka dengan Cikgu Siti."

Cikgu Siti itu ialah cikgu yang paling cantik dan anggun daripada kalangan kesemua cikgu-cikgu perempan itu. Ramailah pelajar lelaki memikat cikgu itu. Tetapi, cikgu itu telah pun berkahwin dan mempunyai dua orang cahaya mata. Cikgu Siti walaupun sudah kahwin tetap nampak cantik dan anggun.

Haikal jawab "betul juga kan? Pandai lah kamu, jom."

Mereka berdua pun panggil dan ajak mereka ke bilik disiplin.
Semasa berada di Bilik Disiplin itu,

"Mana cikgu Siti tu?" Rafiq bertanya dengan rasa gembira.

Mereka jawab "Sekejap ya, satgi cikgu siti mari la tu.."

Cikgu Syazman pun muncul, Haikal dan Shafiq dikenakan denda dan tindakan disiplin oleh cikgu Syazman sampai mereka menangis.

Sewaktu balik dari sekolah itu, Rezal berkata "hahahaha, kesian mereka kena marah ngan cikgu Syazman."

"Itu lah, sapa suruh mereka itu buli hang kan, kan dah kena haahah" kawan Rezal berkata dengan gelak tawa.

"Weh, esok dah ramadhan kan? Apa kata petang ini kita berjumpa sat dekat Pondok di Taman Melati itu" Ujaran Rezal itu mengejutkan kawan-kawannya yang sedar tidak sedar esok Bulan Ramadhan dah tiba.

Kawan-kawannya berkata " Jom! boleh kita sembang kari!"

"Haa?! Sembang kari?! Sembang Kaki ada la!"

Lawakan Rezal itu membuatkan mereka ketawa ria dengan berkata
"Hahahahahhaha... aduih apa lah Rezal ni".

Selepas Rezal balik dengan kawan-kawannya sambil berjalan kaki itu, dia terbau masakan kegemarannya yang dimasak oleh maknya yang bernama Mak Jemah iaitu TomYam Sayur dan Ayam Masak Pedas.

"Assalamualaikum... Eh Eh... Ya Allah, sedapnya bau mak masak ni, macam kenal la masakan ni apa eh?" Rezal cakap dengan kuatnya selepas dia balik ke rumahnya itu.

"Waalaikumussalam, Rezal. Haa, inilah makanan yang Rezal suka tu" Emaknya jawab dengan sangat gembira.

Rezal meletakkan begnya di atas kerusinya dan memakan dengan tenang.

"Uihh, sedapnya..... Mak, boleh tak petang ni Rezal nak pergi jumpa kawan sat. Kami nak sembang sikit kan esok dah nak puasa.." Rezal tanya emaknya dengan tenang.

"Boleh nak, satgi pergi selepas solat asar.. Balik jangan lewat ya." Maknya bagitahu dekat Rezal dengan senyuman.

Pada petang itu, Rezal berjumpa kawan-kawannya dan membincang tentang Bulan Ramadhan. Kawan-kawannya tanya, "Weh Rezal, kita nak sembang pasal apa untuk esok ni.."

Rezal menjawab dengan sedikit risau "aku ajak korang ni bukan pasal esok sebenarnya, aku nak kurus sebelum raya nanti. Kemudian, aku nak bersenam sebab tak nak kena buli dah."

Kawan-kawannya terkejut dan berkata "ohhh, begitu rupanya. Kami akan bantu kau untuk kuruskan badan kau sebelum raya."

"Weh, terima kasih wei.... Tanpa korang aku tak akan dapat ditolong sape-sape" Rezal berkata dengan terharunya dan gembiranya.

"Sama- sama Rezal. Dah-dah jangan nangis Rezal, esok nanti kita mulakan perjalanan engkau berkurus." Liyana berkata sambil memujuk Rezal.

"Betul apa Liyana cakap, nanti kita bekerjasama tolong engkau ok?" Haikal dengan Shafiq berkata sambil memujuk Rezal.

Pada waktu malam, Rezal sekelurga melihat televisyen. Bapanya yang bernama Encik Kimi berkata, "Uish, tak sabar nak tengok Pengisytiharaan pengumuman Bulan Ramadhan ni!"

"Ishh abang ni sabar la.. Kita tunggu ia diberitahu nanti" Mak Jemah berkata kepada suaminya dengan tidak sabarnya.

"Mak, esok Rezal balik pukul 5:30 tau nanti mak ambil Rezal naik kereta la, boleh?" Rezal memujuk emaknya untuk ambil dia ketika balik nanti.

"Ok nak, haaaa... itu dia dah mai dah tu pengumuman Bulan Ramadhan" Mak Jemah beritahu anak dengan suaminya bahawa pengisytiharaan pengumuman Bulan Ramadhan itu akan diberitahu sebentar lagi.

Pengumuman atau pengisytiharaan itu mengatakan esok berpuasa. Keluarga Rezal pun gembira dengan "Yak Yak Yeyyy."

Selepas pengisytiharaan itu, mereka gembira kerana ada bazar Ramadhan, Solat Tarawih, Bermoreh dan perkara yang baik ataupun berfaedah dalam bulan Ramadhan. Maka, selepas itu mereka semua berfikir dan merancang apa patut dibuat untuk bulan Ramadhan itu nanti. Tidak lama kemudian, Mak Jemah kata,

"Esok, sahur nanti mak akan kejutkan semua ya untuk bersahur. Pastikan semua dah baca niat ya."

"Hek elehhh, Mak Jemah, kau tu bangun lambat sekali rasanya waktu sahur nanti hahhahahahaha.." Suaminya berkata dengan tergelaknya.

"Ye lah tu bang, dah la semua pergi tidur cepat. Nanti bangun lambat kang baru terkejut la melatah la.. Pergi tidur." Mak Jemah menyuruh semua tidur agar tidak terbangun lambat untuk sahur.

Pada pukul 10 malam, Mereka semua pun apa lagi sediakan selimut, bantal dan tidur. Makanya, esok bulan Ramadhan menjelang tiba dan semua umat islam berpuasa. Selain itu, Rezal memulakan cabarannya dan pengembaraanya iaitu berpuasa sambil bersenam demi kuruskan badannya agar tidak diejek oleh pembulinnya.

Bermulanya, perjalanan di mana Rezal Hakimi kuruskan badannya pada bulan Ramadhan.

Rezal dalam cabaran BerPuasaWhere stories live. Discover now