Babak 9: Permusuhan Bermula (III)

5 1 0
                                    

Pada malam itu, mereka mandi dan tidur awal untuk bangun sahur. Rezal terfikir bagaimana nak membalas dendam terhadap Rafiq dan Rayqal. Dia mencuba untuk merancang tetapi tidak menjadi. Mak Jemah terus masuk dan bertanya, "Rezal, kenapa tak tidur lagi?"

"Mak, Rezal rasa Rafiq dengan Rayqal lah yang buat. Dia cuba membalas dendam kat Rezal tapi kena kat Mak. Mana boleh jadi macam itu. Dah kira tahap naik angin lah mak.."

"Rezal, sabar dulu. Hal tuh nanti kita bincang di bilik mesyuarat. Ok."

"Ok... Mak... Tapi..."

"Apa tapi-tapi? Tidur la nak oiii... Jangan duk fikir nanti uban banyak.."

Rezal pun harus mendengar cakap emaknya dan terus tidur dengan tenang.

Pagi itu, mereka sahur bersama-sama. Kemudian, Mak Jemah beritahu dekat semuanya bahawa kena berkumpul di bilik mesyuarat atau bilik "parlimen" pada pagi nanti.

Mereka pun siap makan dan mandi terus ke bilik mesyuarat. Semua ahli telah berkumpul dan tiada sesiapa yang terkecuali.

Mak Jemah pun menjadi hakim kepada kes semalam. Perbicaraan mereka pun bermula.

"Ok anak-anak mak, Mak nak tanya. Siapa yang buat sampai Mak naik falak ye. Mak tanya dengan tenang tak marah ok. Sila jujur, Ingat! Allah sahaja yang tahu.."

"Mak, Rezal nak bagitahu. Kan rumah kita ada cctv kan? Cuba cek.."

"Ha la kan. Mak lupa. Sat ya tunggu keputusan muktamad."

Hati Rafiq dengan Rayqal pun berasa pucat dan merisau akan kejadian semalam.

Mak Jemah mengarahkan semua keluar seketika kecuali Rezal.
Mak Jemah nampak apa yang jadi semalam.

"Rezal.. Mak tahu siapa yang buat.. Panggil mereka masuk."

Rezal pun memanggil mereka dan keputusan Mak Jemah pun telah diketahui.

"Anak-anak Mak, apa kata Mak nak tahu siapa yang buat. Bagitahu satu nama."

Mereka semua terus memanggil nama dengan sekuat hati mereka, "RAFIQQQ.... RAYQALLL...."

Mak Jemah pun mengumumkan,
"Kes semalam yang dalangnya adalah...."

Apalagi, Hati Rafiq dengan Rayqal pun riasu dan pucat..

"RAFIQ DAN RAYQALLL..."
Makanya, dalangnya telah ditemui. Kemudian, denda yang dikenakan oleh Mak Jemah iaitu sapu daun-daun kering yang ada di bahagian bumbung atau atap.

Mak Jemah lihat mereka menyapu dengan baik dan bersih, "Hoii, elok-eloklaa."

Rezal pun ikut sekali, "Buatlah betul-betul. Apalah.."

Rafiq dengan Rayqal menyesal apa yang mereka buat tetapi hati mereka masih belum suci atau insaf.

Rafiq berkata sambil menyapu, "Weh, Rayqal. Aku menyesal la..."

"Tuh la, kau yang bagi. Aku ikut ja."

"Ye la tuh, malas la aku nak cakap dengan hang.."

Rezal pun gembira dan puas hati dapat membalas dendam kepada Rafiq dengan Rayqal itu. Hatinya begitu gembira sampai lupa mana pintu masuk..

"Apa la Rezal nih.. Gembira sampai melebih batas..."

"Kau ni sapa pulak?!"

"Akulah Nuh Afiq, kapla novel nih.."

"Eh? Kau ni salah masuk dunia nih?!"

"Oh, Salah eh.. Takpe la bye bye.. Hebat selalu.."

Rezal pun terkejut seorang lelaki muncul tiba-tiba. Eh, aku lah kan?!

...

Pada petang itu, Rezal pergi kedai untuk beli layang-layang buat bermain..

"Assalamualaikum pak cik..."

"Waalaikumussalam.. Nak beli apa dik? Banyak barang kat sini."

"Saya nak tahu layang-layang kat mana?"

"Tahniah dik, dik cari kedai yang betul. Meh pakcik tunjukkan." Pak Cik yang menjadi penjual di kedainya tunjukkan layang-layang yang seronok untuk bermain.

Setelah ditunjukkan, Rezal telah beli dan harganya sangat mengejutkan,

"Dik, harganya RM 2 je.."

"Aik, murahnya. Kat bandar, RM 4 atau 5."

"Ohh, dik tinggal kat bandar ke?"

"Iya, Pak cik."

"Ohh... Anak Pak Cik pun tinggal kat bandar juga."

"Ohhh.. Ok la pak cik. Bye, Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Selesai perbualan mereka. Dia pun balik dan memasang layang-layang baharunya.

Setelah dipasang, dia berseronok main layang-layangnya dan dia terkejut. Kampung sebelahnya ada orang baru balik kampung.

Apabila orang itu buka kereta dan terlihat iaitu Liyana.

Rezal pun lambai tangan dan memanggil Liyana. Liyana pun pergi berjumpa dengan Rezal.

"Assalamualaikum, awak"

"Waalaikumussalam, Rezal. Rindula kat awak."

Rezal pun mula tersipu malu berjumpa Liyana semula.
Ayah Rezal memanggil untuk balik kerana dah nak waktu Maghrib.

"Awak, saya balik dulu. Ayah saya dah panggil. Bye"

"Bye awak, jumpa esok.."

Mereka pun balik dan mandi terus berbuka puasa. Kemudian, Mak Jemah ajak mereka ke bilik mesyuarat lagi sekali.

Setelah makan, setelah solat tarawih. Mereka berkumpul di bilik mesyuarat.

"Ok, anak-anak mak. Ini bukan kes ya. Mak dah bincang dengan nenek kamu untuk bahagikan tugas memasang barang untuk hari raya nanti."

"Ok.. Untuk lampu raya, Rezal, Hakimi dan Raziq. Untuk tirai dan meja, Mak, Hafizah dengan Nini. Untuk masak, Nenek, Aina dan Shafiqah iaitu Mak Rafiq dengan Rayqal. Untuk Pelita, Shafiq, Hakimi, Rafiq dan Rayqal. Itu sahaja. Sekian."

Mak Jemah tamatkan mesyuarat dan mereka terus tak sabar nak buat apa yang patut nanti. Ada yang sedang nak fikir masak apa, ada yang sedang nak hias lampu raya bagaimana, ada yang sedang nak letak barang kat mana dan macam-macam.

Kemudian, mereka semua pun buat rancangan nak buat bagaimana. Sampai tidak sabar nak hias begitu cantik atau tidak. Memang kelam kabut satu rumah.

Semua pergi tidur lena dan tidak sabar untuk beli barangan Raya nanti.
Mereka pun ada yang sedang tidur tapi fikir nak letak itu dan ini.

Tetapi, Rezal tidak begitu. Dia nak fikir mahu sembang dengan Liyana.
Rezal masih malu nak sembang dan rasa hatinya berdegup kencang sekali.

"Hmmm. Esok aku nak ajak dia kat mana ya... Hah, dekat gim.."

Dia pun terus lena dan tidak mahu berfikir panjang.

Pada waktu sahur, Mak Rafiq dengan Rayqal beritahu untuk pergi kedai beli barang untuk raya nanti.

Mereka pun bersiap terus pergi ke kedai dan mulakan membeli barang.
Ada yang membeli lampu raya, ada yang membeli tirai, sayur dan bahan-bahan yang lain untuk memasak rendang, kari dan masakan yang lain.

Mereka yang membeli tirai, lampu dah siap tetap yang membeli untuk rendang belum lagi.

Rezal yang sedang mencari lampu dengan Rafiq dan Rayqal. Tetapi, Rafiq dengan Rayqal hilang pergi ke mana. Dia pun mencari dan terjumpa di kedai makan. Dia mengintip dan terkejut mereka beli dan terus makan.

Rezal pun berkata, "YA ALLAH, betul ke ni? Mereka ponteng puasa. Aku kena ambil gambar dan beritahu nih."

Rezal pun ambil gambar mereka ponteng puasa tetapi Terkantoi oleh Rafiq dengan Rayqal..

Rezal pun berlari ke emaknya.
"Kenapa mereka ponteng puasa?!" hati Rezal terkata-kata.

Rezal dalam cabaran BerPuasaWhere stories live. Discover now