Babak 13: Minta maaf?

2 0 0
                                    

Pada waktu sahur, mereka sedang makan bersama-sama.
Seperti biasa, setelah mereka bersahur, semua mandi terus sambung berhias rumah untuk menjadikan persiapan.

Rezal tertanya-tanya juga kepada emaknya kenapa mereka berhias awal sangat.

Emaknya menjawab, "Nak, kita siap awal nih tak nak kalut nanti. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan."

Kemudian, Rezal pun dipanggil untuk memasang pelita di luar halaman kampungnya untuk menaikkan seri ala raya.

Tetapi, Rafiq dan Rayqal mesej kawan Rezal dan membuat cerita yang dia tidak mahu kawan dengannya.

Dan, Rafiq mengajak kawannya mari ke kampungnya untuk beraya sama-sama.

Tetapi, Haikal dengan Shafiq berasa pelik kenapa Rezal dah tidak mahu berkawan dengannya. Mereka mencari kepastian iaitu pergi ke kampung Rezal untuk bertanya.

Selepas itu, mereka pun telah siap memasang pelita dan bermain main bunga api bersama-sama.

Tiba-tiba, selepas mereka bermain bunga api. Terus kawannya datang secara mengejut dan dia berasa pelik juga kenapa kawannya mari ke rumahnya.

"Assalamualaikum, Rezal." Haikal dengan Shafiq memberi salam dengan penuh kehormatan.

"Waalaikumussalam, Haikal dan Shafiq. Kenapa korang mai sini? Tak bagitau aku ke?"

"Tak, aku nak cakap sesuatu nih.."

"Boleh, meh masuk dulu rilek rilek dahulu."

Kemudian, Rezal meminta emaknya untuk membuat teh kepada kawannya. Rezal pun bertanya kepadanya, "Kenapa nih? Mai kampung aku dengan terkejut.."

"Weh, kau tahu tak si Rafiq dengan Rayqal kata kau tak nak kawan dengan kami?"

"Haih, mereka tuh suka buat cerita."

"Ya ke? Aku dengar mereka nak kawan dengan kita pulak?"

"Eh? Mereka tuh.. sat aku panggil.."

Rezal pun memanggil mereka berdua itu dan Haikal berkata, "Ohhh... Ini sebabnya kau tak nak kawan dengan kami sebab mereka tuh sepupu?!"

"Ish! Apa ni Rezal? Sampai hati kau buat kat kami macam ni..."

"Mana ada... Mereka nih sepupu aku tapi aku malas nak kawan. Tu jee.."

"Ahhh, takde takde.. Kami tak mau dah kawan dengan hang! Kau ada kawan baru ke takde ke, Lantaklah..."

"Kami balik dulu, Assalamualaikum.." Haikal dan Shafiq memberi salam dengan rasa sedih dan meninggalkan Rezal sebagai kawan sejatinya.

"EIHH, KAU TAU DAK? KAU DAH BUAT APA LA NI? HAH?! KAU BUAT CERITA PASTU BUAT PELAAQQQ."

"Takk.. Mana ada.." Rafiq berkata dengan rasa sedih.

"TAKDE TAKDE APA?! HAH! KAU BUAT KAT AKU SAMPAI AKU TAKDAK KAWAN HAH! AKU DAH LAMA SANGAT SABAR AKU TERPENDAM, PEDIH DAN RASA NAK BUNUH HANG JAH!!! KAU SINI AKU BAGI PENGAJARAN SIKIT..."

Rezal pun terus memukul mereka dengan kepuasan hatinya dan terus menangis dan retak hatinya apabila kawannya meninggalkan dia.

Mak Jemah terkejut apabila melihat Rezal memukul Rayqal dan Rafiq sampai terbengkak kepalanya dan badannya.

"Ya allah, Rezal. Sini meh peluk mak.."

Mak mereka terkejut apabila melihat anaknya dipukul, ditumbuk dengan kepuasan oleh Rezal.

Kemudian, Rafiq dan Rayqal dibawa ke Hospital. Manakala, Rezal berada di kampungnya untuk bertenang seketika.

Mak Jemah pun tanya kepada Rezal dengan rasa kerisauan terhadapnya.
"Rezal, kenapa nih... Sampai macam tu kamu buat?"

Rezal dalam cabaran BerPuasaWhere stories live. Discover now