Babak 2: Permulaan Yang Teruk

32 6 1
                                    

Pada waktu sahur itu, Rezal antara yang merupakan orang pertama bangun sahaja. Dia kejutkan bapa dan maknya untuk bersahur. Kemudian, mereka mencuci muka dan mak Jemah memasak makanannya iaitu telur goreng dengan TomYam sayur yang dipanaskan itu. Rezal bertanya,

"Mak! Mak! mana Ayam masak pedas tu?"

Mak menjawab dengan berasa mengantuk, "Rezal, kan kamu dah habiskan dengan bapa kamu semalam masa makan malam? tak ingat dah ke?"

"Ya, saya terlupa. Maaf mak."Rezal berkata dengan rasa terlupa bahawa dia telah habiskan Ayam Masak Pedas itu dengan bapanya.

"Dah, dah pergi bersiap ke sekolah, mak nak hantar kamu ke sekolah satgi cepat makan" Mak Jemah menjawab dengan senyumannya.

Selepas itu, Rezal bersiap ke sekolah dan emaknya memandu Rezal ke sekolah. Sepanjang perjalananya ke sekolah,

"Nak, mak nak tanya sikit? Boleh?" Mak Jemah tanya anaknya semasa memandu dalam keretanya dan Rezal menjawab,
"Ye, mak tanya lah. Asalkan bukan soalan Matematik" Rezal menjawab pertanyaaan itu daripada emaknya.

"Nak, kamu tak nak bersenam ke Bulan Puasa ni? Cepat sikit kamu kurus punya badan tu" Mak Jemah tanya kepada anaknya. Anaknya jawab,
"Ya, mak. Saya dah ajak kawan-kawan saya untuk bersenam bersama mereka."

"Ohh, ya ke, mak rasa mak terlupa sesuatu la, apa la ya?" Mak Jemah teringat sesuatu yang dia terlupa.

Di Rumahnya, bapanya mahu pergi kerja tetapi ditinggal oleh Mak dengan anaknya, Rezal.
"Ya allah, Jemahhhhh kenapa tak ambik akuuuu" Hakimi jerit di dalam rumah dengan sekuatnya.

Setelah sampai ke sekolahnya, maknya teringat akan bahawa suaminya lupa ambil hantar ke pejabatnya.
"Ya allah!" Mak Jemah berkata dengan rasa terkejutnya.
"Kenapa mak? Ada apa?" Rezal berkata dengan kerisauan terhadap maknya.
"Mak lupa nak ambil ayah mu la!!!" Mak Jemah terkata dan terlupa nak ambil suaminya hantar ke pejabat.
"Takpe la mak, Rezal pergi sekolah dulu byeee Assalamualaikum!" Rezal pergi ke sekolah dengan gembira.
"Ya allah apa lah aku ni!! aku kena patah balik cepat ni!!" Jemah pergi patah balik ke rumahnya untuk ambil suaminya.

Sementara itu, di sekolah Rezal, dia pergi ke kelasnya dan berjumpa dengan kawannya.
"Assalamualaikum korang!" Rezal beri salam kepada kawannya.
"Waalaikumussalam Rezal!" Kawan-kawannya menjawab salam Rezal dan Liyana berkata,
"Weh, korang. Satgi pukul 5 kita jumpa kat Taman ok!"
"Ok !" Mereka berkata dengan gembira dan tidak lama iu,
"Heiii, Rezal! aku dengar kau nak kuruskan badan? Hmmph tak payah la wei kau nak kuruskan badan?!" Rafiq mengutuk Rezal yang mengatakan bahawa Rezal nak kuruskan badannya.
"Kau nak kuruskan badan?! Tak payah la, kau tu tak akan boleh punya?!" Rayqal mengutuk Rezal sekali.
Kemudian, "Hey! tak yah la nak ejek dia ni. Kang aku tumbuk baru tau?!" Haikal memarah mereka mengejek Rezal
Cikgu siti masuk kelas dan berkata,"Hei, jangan gaduh boleh tak?!"
"Baik cikgu!" semua murid dalam kelas berkata dan terus diam macam sunyi.
"Dah, mari kita mulakan kelas kita, Assalamualaikum warohmatullah hirwabarokatuh semua!"
"Waalaikumussalam warohmatullah hirwabarokatuh cikgu" semua murid menjawab salam cikgu Siti dan mereka mula belajar.

Maka, mereka memulakan kelas mereka.

Sewaktu rehat, Rezal memakan dengan kawannya dan tidak lama itu...
"Wei Rezal, kau ni kan kalau aku tumbuk kau ni ha" pembuli Rezal itu cuba membuli Rezal tetapi,
Cikgu Syazman muncul secara tiba-tiba dan berkata dengan garang macam singa yang membara "Hei, Rayqal dan Rafiq jumpa saya kat bilik disipin."

"hahahahah, kan dah kena inilah jadinya." Shafiq berkata dengan berasa gelak tawa.

"Betul tu, betul!" Rezal berkata dengan rasa bergelak gelak.

"Rezal, apa kata petang ni kita pergi bersenam ke gim. Nanti kita pergi naik kereta mak aku, ok?" Liyana mengajak Rezal dengan kawan-kawannya untuk pergi naik kereta nanti.

Rezal dalam cabaran BerPuasaWhere stories live. Discover now