Babak 6: Berjalan-jalan?

9 1 0
                                    

Selepas banyak hari bulan Ramadan menjelma, Rezal berfikir apa yang tempat yang dibawa oleh emak dan ayahnya.
Rezal bertanya kepada emaknya, "Mak, harini kita nak pergi mana? Bukan ke sekolah hari ini?"

"Nak, kamu dapat cuti sekolah kan? Tak ingat ke petang semalam kamu beritahu kat mak..

Rezal teringat pada petang itu, pada waktu itu Rezal gembira selepas dia balik sekolah dengan penuh teruja..
"Wooohooo, Yey Cuti... Cuti.. Cuti.."

"Nak, kenapa seronok sangat ni sampai nyanyi cuti cuti? Cuba beritahu apa jadi sampai kamu teruja teruk ni?"

"Mak, esok cuti sekolah.."

"Ya ke? Yeyyyyyy wo hoooooo..."

"Apa bising bising ni?! Sampai mak dia pun menari.. Patah pinggang kan?"
Suaminya terkejut apabila melihat Rezal dengan isterinya berseronok sangat...

"Bang, esok kita balik kampung. Rezal cuti.."

"Rezal cuti?! yayyyyyy"

Mereka semua gembira dengan penuh teruja sangat-sangat..

"Rezal.... oh Rezal.."
"Hoi, bangun la"
Mak Jemah kejutkan anaknya kerana dia termenung.

"hehehehe.. Takde la mak, Rezal baru ingat kan hari ini Rezal cuti.."

"Dah, Jom kita balik kampung?!"

"yeyyyy..." Keluarga Rezal memulakan perjalananya ke destinasi iaitu Kampungnya..

Semasa dalam kereta itu, Rezal bertanya,
"Mak, kat Kampung ada sape?"

"Kat kampung mak, ada tok ayah kamu yang bernama Alaikum Jamal, Nenek kamu nama Zahirah Rusydan, dan sepupu kamu. Nanti boleh berkenalan dengan mereka.."

"ok, Mak.." Rezal cuba hafal nama keluarga emaknya..
"Mak, kampung kita kat mana?"

"Kampung kita kat Kelantan.."

"Uish, jauhnya. Tak sabarnya.."

"Jom kita mula..." Mak Jemah terlalu gembira sangat apabila sekeluarganya tidak sabar balik kampung untuk berjumpa dengan kedua ibu bapanya.

Selepas itu, mereka pergi ke tempat Rehat dan Rawat untuk berehat, mengambil angin, memakan, pergi tandas dan solat.
Suaminya ajak berehat seketika agar tidak mengantuk apabila memandu nanti.

"Yang, kita rehat kat sini kejap ya.."

"Ok, Bang. Rezal tak nak pergi tandas ke?"

"Tak nak lagi la, Rezal nak makan dulu.."

"Baiklah, Rezal. Mak nak pergi solat sat."

Rezal dan bapanya pun pergi mengambil air wudhuk. Kemudian, mereka solat di dalam Surau. Tidak lama kemudian, Keluarga Rafiq dan Rayqal pun berhenti ke tempat Rehat dan Rawat yang sama. Rezal dan sekeluarganya dah solat. Dia terkejut bila pembuli itu datang,

"Mak, kenapa mereka ada kat sini?"

"Rezal... Mak nak beritahu kat kamu. Sebenarnya, kamu dengan dua pembuli itu adalah Se... pu... pu.."

Rezal terkejut apa yang dicakap oleh Mak Jemah. Dia beritahu bahawa pembuli Rezal itu sepupu. Rezal berfikr, "Haih, kenapa mereka sepupu aku. Macam mana kalau mereka tu buli aku lagi?"

Mak Jemah terlihat Rezal termenung, "Rezal oh Rezal..."

Rezal terkejut dan terus peluk emaknya..
"Mak, kenapa tak beritahu selama ini mereka sepupu.."

"Dah, dah. Kalau anak mak tahu, nanti jadi benda lain. Jom sambung memandu. Mana ayah kamu?"

"Saya nampak ayah sembang dangan ayah Rafiq dengan Rayqal."

Mak Jemah terus memanggil suaminya dan mereka sekeluarga pun memandu dalam perjalanan ke kampung mereka.
Rezal pun terfikir, "Haih, aku takutlah kalau mereka buat apa nanti. Dah la aku tak ada kawan.. Tak bagus la macam ni.."

"Rezal, mak tahu kamu tak suka kawan dengan mereka. Apa kata korang saling bermaafan nanti, tolong-menolong antara satu sama lain ya. Ia boleh mengeratkan silaturrahim keluarga kita, keluarga Rafiq dengan Rayqal tu dan keluarga lain ok?"

"Ok, mak."

Apa yang akan terjadi dekat kampung Mak Jemah? Adakah Rezal dapat menolak ansur dengan Rafiq dan Rayqal? Nantikan sambungan yang seterusnya...

Rezal dalam cabaran BerPuasaWhere stories live. Discover now