Babak 4: Hilang Kesabaran?

12 1 0
                                    

Rezal mula sedikit ketakutan apabila melihat Rayqal dengan Rafiq. Tetapi, bila dia tengok semula. Dia dijaga oleh emak dan ayah mereka untuk mengelakkan mereka bermain mercun. Dan Rezal berkata,

"Hah, padan muka... Ok la memang patut macam ini, nak main mercun pun tengok keadaan la." Rezal bercakap dalam hatinya.

"Rezal, kau ok tak? Ada apa-apa yang terjadi ke?" Shafiq bertanya akan kerisauan dia itu.

"Aku ok ja, bagus la macam ni setiap hari.."

Liyana mula berkata "Dah-dah, azan berkumandang tu. Jom solat.."

"Jom!!" Mereka sekali berkata dan bermulanya solat Teawih..
Semasa solat terawih berlangsung, Rafiq dengan Rayqal keluar senyap-senyap dan ke luar surau. Mereka mencari selipar Rezal dan kawan-kawannya tetapi tidak dijumpai. Mereka hanya jumpa dan lihat selipar Cikgu Syazman.

"Weh, jom sorok kasut Cikgu Syazman."

"Habistu, kalau kita kena kantoi, macam mana?" Rayqal tanya Rafiq dengan berasa ketakutan.

"hmmm... salahkan Rezal la.."

"Pandai la kau Rayqal.."

"Aku tak cakap apa-apa pun.." si Rayqal bertanya kepada Rafiq dan dia melihat kat belakangnya ada..

"Booooo..."

Mereka menjerit, berlari dan tinggalkan selipar Cikgu Syazman yang hampir dicuri itu..

"Amboi, mereka berdua ni buat hal ya..." Rezal memarah mereka dengan perangai yang tidak bagus..

"Sabar, Rezal... Bawa bertenang.. Dah-dah jom sambung." Kawannya si Shafiq itu memujuknya untuk sambung solat tarawih..

Mereka pun solat tarawih bersama semula. Selepas habis berlangsung solat tarawih, Mak Jemah bertanya dengan anaknya,

"Nak, tadi mak ada dengar bunyi orang bergaduh. Suaranya seiras macam kamu nak? Kamu buat apa tadi?"

"Mak, tadi Rafiq dan Rayqal itu hampir nak mencuri selipar cikgu Syazman.."

"Cikgu Syazman yang mana? Yang cikgu paling kacak tu ke?"

"Ya la mak, mereka nak curi selipar cikgu itu katanya sebab mereka cemburu dengan Rezal.. Jadi, kami kacau dia dengan buat suara hantu dan mereka berlari pantas macam jaguar dan tinggalkan selipar cikgu itu" Rezal terangkan apa yang jadi semasa waktu solat tarawih berlangsung tadi.

"Ohh.. Begitu ceritanya... Tapi kan, mana bapa kamu."

"Tu, mak. Rezal nampak bapa sembang dengan tok penghulu."

Mak Jemah pun panggil suaminya dan mereka pun balik ke rumah semula.
Semasa mereka masuk dalam rumah, Mak Jemah ke bilik dengan suaminya dan dia bertanya,

"Yang, awak rasa bila kita nak balik kampung..."

"Kenapa tanya macam tu pula?"

"Kan anak kita dah lama dah tak jumpa ayah dengan ibu saya tu.. Sampai dia lupa nama ayah dengan ibu saya, yang.."

"Hmmmm... Nanti saya tengok pejabat bagi cuti tak sebelum cuti hari raya tu, Ok?"

"Baik la awak, sebab terakhir anak kita balik masa dia umur 3 tahun atau 4 tahun.."

"Ya tak ya jugak kan? Nanti kita lihat.."

Semasa perbualan antara Mak Jemah dengan suaminya itu, anaknya dengar yang menyatakan bahawa mereka sekeluarga mungkin akan dapat balik kampung nanti.

Anaknya, Rezal yang gembira sangat sampai tidak sabar mahu jumpa tok ayah dan neneknya.
"Yay, tidak sabar aku nak balik kampung. Boleh main layang-layang, wau dan main gasing dengan sepupu aku.."

"Rezal, dah tidur ke belum.. Mak pergi lihat kalau kamu tak tidur jangan makan dah."

Dia pura-pura ketiduran apabila mendengar emaknya berkata begitu..
Dan, sekeluarga Rezal pergi sediakan bantal dan selimut terus tidur.

Keesokan harinya, selepas dia sahur itu. Emaknya beritahu bahawa mereka akan balik kampung pada 4 hari sebelum hari raya aidilfitri. Dan, Rezal berasa gembira dan terharu kerana dia dah lama tidak balik kampung...

"Ok, Rezal. Pergi bersiap cepat. Mak nak hantar kamu ni.."

"Baik, mak!!!"

Mereka bersiap dan seperti biasa, Rezal memberikan salam kepada kedua ibu bapanya dan pergi ke sekolah. Rezal berjumpa dengan kawannya dan dia fikir dalam hatinya,
"Alangkah baiknya, aku membalas dendam kerana aku nak kurus cepat dan aku boleh tolak dia semula seperti dia tolak aku sebelum ini..."

"Rezal..."

"Ya, Shafiq. Kenapa?

"Kenapa kau termenung je. Terangau lihat Liyana ke tu.."

"Tak lah, aishhh kau ni.."

"Tak lah kita gurau sahaja. Kenapa kau ni.."

"Weh, apa kata petang ini kita pergi gim ya. Aku nak kurus cepat la sebelum bulan Syawal menjelma nanti."

"Ya, ya nanti kita pergi.." Shafiq pun ajak kawannya pergi ke gim petang ini.

Kemudian, selepas habis waktu sekolah. Mak Jemah ambil anaknya dan hantar ke rumahnya. Selepas itu, Rezal meminta kebenaran kepada emaknya untuk pergi ke gim dengan kawannya. Emaknya membenarkan dia pergi ke gim.

Pada petang itu, Rezal berkata dekat emaknya yang dia mahu pergi ke gim dengan berjalan kaki untuk cepat kurus sedikit. Mak dia beritahu kepada anaknya untuk sentiasa melihat kanan kiri semasa melintas jalan raya.

Dia pun pergi ke gim dengan berjalan kaki.
Setelah sampai ke gim. Rezal telah berjumpa dengan kawannya dan kawannya iaitu Haikal dengan Shafiq melihat,

"Huish Rezal, aku nampak kau kurus sikit. Kan, Shafiq?"

"Ya la kan, engkau dah kurus sikit. Kau jalan kaki ke?"

"Ya, betul. Saja memang betul la kurus sikit. Dah, dah jom gimnastik."

Mereka pun mula bersenam, berlari dan sebagainya untuk bagi Rizal kurus tetapi Liyana terangau-angau melihat Rezal bersenam. Perasaan dia mula rasa ada cinta-cinta.

Liyana bercakap dalam hatinya, "Kenapa hatiku rasa macam ada perasaan bercinta dekat Rezal ni..."

Rezal dengan sambil bersenam dia bertanya dekat Liyana, "Kenapa kau lihat aku ni, tak nak bersenam ke?"

"Eh, takde la aku rehat kejap. Sebelum kau datang tadi aku ada bersenam sedikit.." Liyana berkata dengan rasa tersipu-sipu.

Selepas mereka habis bersenam, Rezal diajak berbual dengan Liyana sambil berjalan kaki balik ke rumah masing-masing.

"Liyana, kenapa engkau suruh aku berborak dengan kau?"

"Aku nak cakap... yang aku ni.... suka dekat engkau.." Liyana berkata dengan tersipu-sipu..

Rezal terus tersipu-sipu kerana mendengar ayat yang dikatakan oleh Liyana itu.
Rezal terus tak terkata dan terus berkata dalam hatinya,
"Aihh, kenapa hati aku tersipu-sipu pulak nih.. Ya allah, apa yang terjadi."

Liyana tersentuh sikit bahu Rezal dan dia berkata, "Awak jangan sentuh bahu saya..."
Dia berkata lagi dalam hatinya, "Kenapa aku tercakap awak awak pulak nih. Aku rosak ke nih.."

Liyana tanya, "Kenapa awak nih okey tak?"

"Err.. saya okey je awak kenapa awak cakap macam ni, tak pe la saya balik dulu la ya.."

"Ok la awak kita balik dulu ya.."

Perasaan Rezal dengan Liyana membuatkan hatinya dengan perasaan mereka tersipu malu. Sampai bak kata pepatah, bagaikan pungguk rindukan bulan. Mereka berdua pun balik rumah dengan rasa tersipu-sipunya. Rezal balik dan teru masuk ke bilik dan berkata..
"Ahhhh, macam mana boleh jadi macam ni?! Ya allah, aku terasa aku bercinta dengan Liyana."

Mak Jemah dengar yang dia bercakap seorang diri dan Mak Jemah buka pintu dan panggil untuk berbuka bersama-sama...

Semasa azan maghrib berkumandang, mereka baca doa dan makan bersama, Mak Jemah tanya "Kenapa Rezal cakap sorang-sorang"

"Tak ada apa-apa.."

Apakah cinta mereka bermula, "Bermulanya Cinta" antara dua pasangan iaitu Liyana dengan Rezal..

Rezal dalam cabaran BerPuasaWhere stories live. Discover now