L2

422 99 26
                                    

KETUKAN pada pintu bilik menghentikan pergerakan tangan Rayya yang elok menyusun satu per satu bajunya di dalam almari. Pintu bilik yang perlahan-lahan dibuka, Rayya pandang sebelum sebuah senyuman kecil terbentuk bila dapati Nek Nani di situ.

"Nek. Masuk lah." Pelawa Rayya. Beberapa helaian baju yang masih di lantai, Rayya masukkan segera ke dalam almari. Tutup almari dan perhatian diberikan kepada Nek Nani yang sudah duduk di atas kerusi.

"Kamu dah sudah ke, Aya?" Tanya Nek Nani. Bilik tidur Rayya yang elok terkemas bersih dipandang. Tak banyak barang pun. Mungkin bila gadis ini sudah mula berkerja baru akan bertambah barang-barang di dalam bilik ini.

Mengangguk, Rayya beri jawapan ringkas. "Kenapa nek?"

"Itu..." Bibir Nek Nani menjuih ke luar bilik. Buat Rayya berkerut kecil. Ada apa di luar? Ada kunjungan tetamu kah?

"Kamu dah order makanan yang kamu nak tu ke?" Soal Nek Nani.

Rayya menggeleng perlahan. "Belum. Malas lah pula. Rayya makan aje lah apa yang ada di dapur tu." Balas Rayya kemudiannya.

Nek Nani hanya mengangguk. Rayya yang melihat terus pincingkan mata. "Nek lapar semula ke?"

"Ish!" Mencebik Nek Nani dengar pertanyaan daripada Rayya. Kepala menggeleng perlahan beberapa kali. Dahi pun dah berkerut. Memang benar-benar menafikan, dan itu buat Rayya sembunyikan senyum.

"Merepek. Nek dah tua. Takde nak lapar selalu. Kalau lapar, pandai lah nek buat air cicah biskut kering nanti." Balas Nek Nani. Sempat dia menjeling kecil kepada Rayya di akhir katanya.

Rayya terus letuskan tawa kecil. "Dah tu... Nek tanya Aya. Aya ingatkan nek lapar. Kalau nek lapar, Aya masak lah untuk nek. Nasi goreng pun boleh kan, nek?"

Rayya dah bangun dari duduknya. Mahu ke dapur dan masak untuk mereka berdua. Namun, langkahnya untuk beredar dihalang Nek Nani. Erat lengannya digenggam.

"Kan nek kata nek tak lapar. Kamu tu lapar kan sebenarnya? Lepas tu, petik nama nek pula. Cucuk bertuah!" Tebak Nek Nani. Nampak Rayya tersengih-sengih, dia tahu tebakannya mengena. Terus dipukul perlahan lengan Rayya.

"Hehehe. Kantoi ya? Alah, tak kesah lah nek lapar ke tak. Aya lapar ke tak. Mari Aya masak. Nek pun dah lama tak merasa masakan Aya kan? Aya punya skill dah bertambah tau, nek!" Ceria Rayya memberitahu. Siap dengan tngan bergerak-gerak membuat gaya.

Nek Nani hanya menggeleng. Bangun dari kerusi, Nek Nani tolak Rayya perlahan menghampiri almari baju gadis itu. Buat tak nampak sahaja dengan reaksi terpinga-pinga daripada Rayya.

"Hah? Kenapa ni nek?" Soal Rayya hairan bila almarinya dibuka Nek Nani.

"Tak payah masak. Kamu siap-siap, kita pergi rumah Mak Cik Salamah kamu." Arah Nek Nani. Nampak Nek Nani mahu beredar, laju Rayya menahan wanita tua itu.

"Eh, nek! Kenapa kita kena pergi rumah dia pula?" Berkerut penuh hairan Rayya menyoal.

"Dia jemput makan di rumahnya. Baru je tadi sebelum nek masuk bilik kamu ini. Itu yang nek tanya kamu dah pesan belum makanan. Kamu lapar ke tidak." Terang Nek Nani. Langkah mahu diteruskan lagi namun sekali lagi dia dihalang.

"Kalau Aya dah pesan makanan tadi macam mana?"

"Nek suruh kamu simpan dalam peti. Esok kamu panaskan dan makan." Tenang balasan Nek Nani. Kaki tak berganjak lagi. Lihat riak wajah Rayya, Nek Nani tahu cucu saudaranya itu masih lagi ingin bertanya.

"Kalau Aya kata Aya tak lapar?"

Nek Nani senyum seraya menjawab. Tenang lagi.

"Nek ajak kamu pergi sama. Orang dah jemput. Tak manis tolak pelawaan orang yang dah menjemput."

LUCKY Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ