L16

372 82 12
                                    

PEMANDUAN teksi yang terhenti buat borak Rayya terhenti seketika bersama Suria. Perasan akan tindak hairan Rayya yang itu, Suria terus menoleh pandang luar. Senyum mula melebar sebelum not RM10 diserahkan kepada si pemandu teksi.

"Terima kasih, pak cik. Kak Rayya, jom!" Suria buka pintu. Ditepuk perlahan tangan Rayya, sekaligus gamit gadis itu untuk keluar dari perut teksi.

Rayya bersama rasa hairannya hanya diam menuruti. Sekejap betul dah sampai kedai? Rasanya, tak sampai sepuluh minit pun perjalanan mereka. Sebegitu dekat kah mall yang dibicarakan Suria tadi?

Pintu teksi ditutup sebelum kaki perlahan melangkah merapati Suria. Pandang kiri dan kanan, berkerut dahi licin Rayya.

"Mana mallnya, Su?" Rayya garu kepala. Hairan. Mereka berada di kawasan perindustrian. Banyak deretan kilang kecil serta bengkel-bengkel.

"Mana ada mall, kak. Kita pergi bengkel abang sekejap. Su nak ambil skuter Su." Ceria sahaja nada Suria memberitahu. Seiring dengan langkah cerianya. Tapi, Rayya terlebih dahulu menghalang.

"Eh?!" Naik seoktaf suara Rayya. Terkejut.

"Bengkel abang?"

Suria kelip mata laju sambil angguk kepala sekali.

"Abang Suria? Subhi Taha?" Rayya minta kepastian lagi.

Suria anggukkan kepala lagi. "Ya. Abang Su seorang sahaja, kak. Subhi Taha."

Rayya garu dahi. Berat sudah langkah untuk mengekori. Kepala mula lah menggeleng isyarat tidak mahu bila Suria menarik tangannya perlahan.

"Err... kakak tunggu sini aje lah. Su ambil skuter Su." Putus Rayya. Memang enggan mahu jumpa Subhi. Bukan apa. Nanti lelaki itu tidak sudah menyakatnya. Kalau seorang diri pun, lain macam semangat menyakat lelaki itu. Apatah lagi bila lelaki itu bersama rakan-rakannya kan?

Suria jatuhkan bahu. Ketawa halus terbit. Tahu sangat gadis seorang ini tidak mahu bertentang empat mata dengan Subhi.

"Sini banyak anjing liar. Baik lah kakak ikut aje Su. Kita ambil kunci, terus kita pergi. Okey?" Ibu jari diangkat.

Rayya tak mahu, tapi apabila mata menangkap sekumpulan anjing liar yang sedang mara ke arah mereka, terus dia tarik tangan Suria. Tunjuk arah ke bengkel Subhi laju-laju. Gerun!

Suria simpan tawa. Comel sungguh gadis yang seorang ini. Tak hairan lah kenapa si abang suka menyakat! Kalau begini, dia pun suka untuk join sekaki.

"Mana bengkel abang Su?" Rayya bertanya.

"Tu." Lurus telunjuk Suria, buat mata Rayya tertumpu pada satu arah. Terpampang jelas sebuah bengkel dengan papan tanda besar yang tertulis Car Studio.

Walau berat langkah kaki, Rayya hanya mengekori Suria tanpa membantah. Melilau dia mencari batang tubuh Subhi kemudiannya, membantu Suria. Cepat jumpa Subhi, cepat juga mereka boleh bertolak pergi ke mall.

"Eh, Cik Suria!" Teguran dengan suara riang itu buat kepala Rayya dan Suria serentak menoleh. Terus nampak batang tubuh seorang lelaki menghampiri mereka.

Tidak terlalu tinggi, namun tidak juga terlalu pendek. Rambutnya dipotong kemas dan pendek. Tangan yang kotor dek kerana minyak hitam dilap juga dengan kain yang juga sedikit cemar dengan minyak hitam.

Suria pusing tubuh. Angkat tangan sedikit si gadis tanda menyapa.

"Abang Dafee."

Rayya sudah tahu nama orang yang menegur. Bila Dafee dah berdiri tegak di hadapan mereka, perkara pertama yang Rayya tangkap adalah senyum manis lelaki itu. Cantik!

LUCKY Où les histoires vivent. Découvrez maintenant