L7

276 71 24
                                    

KEBIASAAN Rayya di waktu malam, Rayya akan duduk di luar rumah dan lihat langit malam. Entah kenapa hal yang satu itu menjadi kesukaannya sedari kecil. Mungkin juga menurun tabiat yang satu itu apabila melihat momen manis arwah mak dan ayahnya suatu masa dahulu.

Rayya senyum. Telefon disimpan dalam poket sweaternya. Tak lupa juga dibawa bersama sketch book dan pensil mekanikal. Mana tahu tiba-tiba idea untuk mereka sesuatu itu muncul. Boleh sahaja dia curahkan semuanya dengan mudah.

Keluar dari bilik, Rayya tekan punat lampu dan kipas. Biar ditutup dan tidak membazir. Langsung Nek Nani dicari, mahu minta izin untuk dia keluar sekejap. Mungkin sahaja duduk di luar rumah, atau mungkin dia akan ke taman, menikmati suasa malam sambil menghayun perlahan buaian dengan kaki.

Mata menangkap Nek Nani yang sedang duduk di kerusi malam bersama senaskhah Quran di tangan. Perlahan sahaja bacaan ayat Nek Nani. Rayya jadi senyum melihatkan itu.

"Nek," Penuh manja Rayya memanggil. Bila Nek Nani menoleh, sebuah senyuman manis dilemparkan buat wanita tua itu. Sayangnya, kerutan dahi pula yang diterima Rayya.

"Aya nak pergi mana bertudung bagai ni?" Tanya Nek Nani kehairanan. Penampilan Rayya yang santai dengan tudung sarung, t-shirt lengan panjang dan seluar palazzo dipandang tak henti. Makin berkerut dahi bila lihat ada buku panjang di tangan Rayya.

Rayya sengih. Tangan Nek Nani dan dikucup sekilas. Salam dulu, lepastu baru minta izin. Hehehe.

"Nek, Aya nak keluar sekejap boleh?" Pinta Aya. Mata dikerlip laju beberapa kali.

"Nak pergi mana malam-malam begini?" Jarum jam dipandang. Yang pendek sudah berhenti di angka 9.

Rayya sengih lagi. "Nak hirup angin malam." Balas Rayya.

Menggeleng kepala Nek Nani dengar jawapan Rayya. Selamba tangan naik meluku perlahan kepala Rayya. Menggeleng lagi bila Rayya mengaduh tapi sambil tertawa sama. Suka gamaknya kena luku.

"Angin apa kau nak sedut? Angin bercampur asap rokok? Bercampur asap ekzos? Ke tu, angina bau harum daripada bistro mamak bawah flat ni?" Perli Nek Nani. Kepala masih belum berhenti menggeleng perlahan.

Rayya yang dengar hanya lepaskan tawa sahaja. Tak terasa melainkan rasa lucu aje yang ada.

"Asap apa-apa lah. Aya kat kampung selalu je begitu. Duduk luar malam-malam sambil pandang langit. Mana tahu dapat idea nak melakar baju." Sengih Rayya tebentuk. Mata laju mengelip dalam cubaan memujuk untuk diberi izin.

"Tak faham lah nek kamu ni." Omel Nek Nani di bawah nafas.

"Bahaya kamu pergi seorang. Biar nek teman." Sambung Nek Nani. Dia dah bersiap-siap mahu bangun dari kerusi malas namun tangan Rayya lebih cepat menghalangnya. Sudahnya, terduduk dia kembali sambil mata mengerling tajam si cucu.

"Tak usah lah. Aya pergi sekejap aje. Kalau tak nak jauh-jauh sangat, Aya duduk di balkoni tangga sana aje. Okey?" Rayya masih memujuk.

Sudahnya Nek Nani mengalah. Kepala mengangguk sambil tangan menolak perlahan pipi Rayya. Bikin Rayya bersorak gembira dan mengucup tangan tua itu bertalu-talu. Di balkoni koridor pun jadi lah daripada takde langsung!

"Jangan lama-lama sangat ya. Kalau nak pindah tempat, maklumkan pada nek dahulu. Takde lah nek tercari-cari nanti." Pesan Nek Nani. Mata lurus pandang Rayya yang dah berdiri tegak di hadapannya sambil tangan diangkat pada dahi. Tanda hormat bak askar.

"Aye, aye! Saya yang menurut perintah!"

Nek Nani hanya senyum sahaja. Rayya yang dah bergerak keluar dari rumah dipandang lewat ekor mata sebelum bacaan ayat disambung kembali.

LUCKY Where stories live. Discover now