L5

291 83 20
                                    

HARI pertama berkerja sudah tamat. Rayya melambai kecil Intan yang sudah pun memandu pergi meninggalkan perkarangan bangunan Made. Senyum kecil, Rayya juga menapak sama mahu pulang. Ke bus stop semestinya.

Intan ada tawarkan untuk menghantarnya pulang namun jalan ke pulang ke rumahnya dan ke rumah Intan sangat bertentangan! Tak mahu lah Rayya susahkan Intan pula. Sudah lah sekarang memang waktu sesak. Nanti tersangkut pula Intan atas jalan raya.

Duduk di bangku yang tersedia di bus stop, Rayya keluarkan telefon daripada beg tangan. Nak guna aplikasi Maxim Car tapi dengan kesesakan lalu lintas sekarang, pasti tambangnya akan melambung tinggi. Baik naik bas sahaja.

Sementara menunggu ketibaan bas, Rayya membalas pesanan WhatsApp yang masuk. Senyum sorang-sorang dia jadinya. Lagi-lagi bila pesanan itu semua daripada sahabat baiknya Naqila.

Ah! Rindu dengan Naqila!

Sedang Rayya ralit, bunyi hon yang kuat buat dia terkejut sendiri. Hampir sahaja terlepas telefon daripada pegangan tangan. Dengan riak terkejut yang masih belum hilang, arah bunyi tadi dipandang. Dan berkerut dahi bila nampak kereta Riyaz yang ada.

Cermin tingkap Riyaz turun, buat Rayya sedikit membongkokkan tubuh mahu bertemu empat mata dengan Riyaz. Bila nampak wajah lelaki itu, senyum halus terbentuk sedikit. Tangan pun diangkat tanda menyapa.

"Rayya Riyana," Penuh namanya dipanggil Riyaz. Dan memang sedari tadi Riyaz begitu.

Boleh dikata sepanjang hari ini namanya diseru penuh oleh Riyaz. Kadang tu dengan nama bapanya sekali lelaki itu seru. Yang anehnya, dengan Intan mahupun Camelia, tidak pula lelaki itu begitu.

Hairan!

"Riyaz," Rayya menyapa kembali. Sedikit kekok. Lagi-lagi bila perasan mereka menjadi titik perhatian beberapa orang yang sedang menunggu sama di bus stop.

"Intan mana?" Riyaz bertanya.

"Dah balik dah."

Dahi Riyaz berkerut. "Rayya tak tumpang sekali?"

Menggeleng, Rayya beri jawapan. "Jauh sangat kalau Intan nak pusing balik ke rumahnya."

Dari dalam kereta, Riyaz terangguk-angguk perlahan sebelum laju dia menekan butang unlock. Kemudian, senyum dia memandang Rayya sambil tangan menggamit untuk Rayya masuk ke dalam kereta.

"Kalau macam tu, Riyaz hantar Rayya lah. Mari naik!" Pelawa Riyaz. Tak mahu Rayya menolak, laju Riyaz keluar daripada kereta lantas pintu bahagian penumpang dibuka luas oleh Riyaz.

Rayya yang sedari tadi duduk jadi bangun terus dengan tingkah Riyaz. Muka dah meruap merah. Tambah lagi bila terang-terang mereka menjadi pusat perhatian kini. Cepat kemudiannya kereta dihampiri dan sempat dia pandang Riyaz dengan omelan yang tidak jelas.

Lihat Rayya begitu, Riyaz hairan seketika sebelum senyum yang terbentuk sambil bertanya kepada Rayya.

"Apa dia Rayya cakap?" Soal Riyaz masih dengan senyuman.

Perlahan bibir bawah dilembut halus oleh Rayya. Riyaz dijeling tajam. Tangan pula dah genggam penumbuk sendiri. Muka tak perlu cakap. Walau ia dah meruap merah, riak geram masih lagi dipancar kemas.

"Jangan buat macam ni. Saya tak selesa orang pandang." Ulang Rayya lagi dengan suara yang sudah sedikit kuat berbanding tadi.

Riyaz terus pandang pondok menunggu bas. Seperti yang Rayya kata, memang mereka dipandang. Malah siap ada yang berbisik dan tersenyum sama. Tak kurang juga yang tayang riak menyampah. Mungkin tak senang dengan kemanisan layanannya kepada Rayya.

"Okey, tak buat lagi dah. Mari, Riyaz hantar Rayya pulang." Buat sekian kalinya, Riyaz mengajak. Pintu dah dibuka lebar untuk Rayya. 

Rayya menggeleng, menolak. Riyaz yang lihat itu hanya senyum. Pondok menunggu bas dipandang sekilas dan sempat dia juih bibir menunjuk kepada Rayya, buat gadis itu memandnag sekilas ke arah yang sama.

LUCKY Where stories live. Discover now