L4

365 78 23
                                    

RAYYA labuhkan duduk di kerusi. Sebuah meja panjang yang dibahagikan kepada empat bahagian menjadi ruang kerjanya bersama tiga orang lain pekerja baru sepertinya. Untuk permulaan, ini sudah dikira sangat bagus. Rayya bersyukur sangat.

"Rayya ya?" Gadis di sebelahnya menyapa. Terus Rayya mengangguk dan tersenyum manis. Lanyard card gadis itu dipandang untuk tahu nama. Walaupun mereka sudah pun bertemu di ruangan yang sama sebelum ke sini tadi, keterujaan yang dialami buat Rayya lupa semuanya.

Intan Dahlia
Designer

"Rayya Riyana." Tangan dihulur sebagai salam perkenalan. Sungguh senang hati Rayya bila ramah gadis itu menyambut salam kenal daripadanya.

"Uniknya nama awak. By the way, boleh panggil saya Intan. Atau Dahlia. Atau dua-dua. Selalunya kalau dua-dua tu, orang marah. Hehehe!" Banyak bicara Intan tambahkan lagi rasa senang di hati Rayya. Syukur dia punya teman sekerja yang ramah-tamah.

Rayya juga ramah, tapi ambil masa sedikit. Biasa lah tu kan?

"Awak umur berapa?" Soal Intan. Kerusi gadis itu dah ditolak merapat kepadanya. Mahu berkenalan dengan lebih selesa mungkin.

"23 tahun. Awak?"

Intan tersengih. "24 tahun. Tapi, chill aje lah ya? Jangan panggil kakak. I is tak nak feeling old old. You know?" 

Terletus tawa kecil Rayya. Penuh senang dia menerima permintaan Intan dengan anggukan dan ibu jari yang diangkat tinggi. Tiada masalah! Belum kenal lama pun Rayya dah rasa cukup selesa bersama Intan. Syukur untuk itu.

"Mana lagi dua orang? Tempat kita ni untuk 4 orang." Soal Rayya. Dua tempat kosong di hadapan mereka dipandang. Macam mustahil aje datang lewat kerana dalam surat notis yang diterima, pekerja hendaklah datang sebelum jam 9:30 pagi. Ini dah nak masuk 10 pagi.

Intan senyum sahaja. "Ada aje. Tadi kita dah nampak diaorang. Kena jumpa manager kut." Kata Intan. 

Rayya hanya mengangguk sahaja. Faham. 

"Apa-apa pun, selamat kerana jadi keluarga Made!" Intan dah tepuk perlahan kedua tangannya. Wajah pun dah ceria. Ah! Rayya sangat faham dengan perasaan yang digambarkan Intan sekarang. Nak menjerit tapi kena behave kerana dia pun punya rasa yang sama sekarang.

Rayya tarik senyum lebar. Tangan diangkat sebelum mereka high-5 sesama sediri sambil sorok sedikit rasa teruja yang membuak-buak.

"Selamat juga, Intan Dahlia! Tahniah! Tahniah!" Ucap Rayya suka. Hilang langsung kejadian sebalkan hati pagi tadi.

"Ehem." Sorakan kecil Rayya dan Intan langsung mati bila telinga masing-masing menangkap dehaman itu. Terus tegak badan mereka bila perasan akan kehadiran seorang wanita di sisi meja mereka.

"Budak baru?" Soal wanita itu. Nadanya sedikit dingin. Wajahnya juga tiada senyuman. Itu sudah menunjukkan tentang personalitinya. Pasti seorang yang tegas.

Berdiri serentak, Rayya dan Intan mengangguk. Tangan auto lurus di sisi. Terasa seperti di kem askar pula sekarang.

Mengangguk sedikit, wanita itu peluk tubuh. Rayya dan Intan dipandang silih berganti. Diam sahaja suasana ketika itu, buat Rayya dan Intan berdebar dalam diam.

Mata Rayya lurus memandang wanita itu tidak lepas. Tak berani mahu kalihkan bola mata sampai lah seorang lelaki dan seorang gadis menghampiri mereka.

Pandangan wanita itu berkalih. Lurus mata pandang mereka yang baru tiba tadi. Lihat tumpuan tidak lagi diberikan kepada mereka, Rayya terus merapat kepada Intan.

Kita takut, Kak Intan.

"Siapa? Budak baru juga? Baru datang?" Dingin dan tegas soalan itu diajukan.

"Maaf, puan. Tadi ada masalah sedikit berkenaan kad kami." Si lelaki menjawab. Si gadis hanya mengangguk tanda setuju.

LUCKY Where stories live. Discover now