17. Malam Masih Panjang

15 2 0
                                    

Bahagia tidak bermakna perlunya sentiasa gembira.

Gembira Tari pula tidak bermakna dia bahagia. Rasa itu sementara. Hanya pada suatu masa dan ke atas suatu perkara. Gembira, akhirnya diusir ralat di jiwa yang terpendam setelah sekian lama.

"Tari, you sure aaa mahu balik? Why tak duduk sini, cuba cari kerja lain dulu? If you risau about sewa rumah, I boleh tolong bayarkan for next month."

Gadis putih melepak itu melabuhkan duduk di birai katil Tari yang sedang melipat pakaian ke dalam bagasi besarnya.

Tari menggeleng kecil.

"Tak payah susah-susah untuk I, Shirou."

"Tapi you a very workaholic person. I ingat you gila kerja. These two weeks aaa, I selalu tengok lampu bilik you terbuka sampai you subuh. You semakin busy so I tak expect you resign. Your colleagues treats you bad ke? After they know pasal you punya mental health itu?" soal Shirou prihatin.

Sesekali baju yang Tari susun dirapikannya lagi.

"Tak adalah. Layanan tak macam dulu itu I faham. Dah bersedia dengan reaksi macam itu. Cuma I yang dah tak rasa happy with my work life, Shirou. Eventually I forgot how to genuinely happy with my life."

Mereka berdua saling berpandangan dan membisu pada beratnya makna sebuah kebahagiaan yang hilang.

"I dah lama ketepikan diri sendiri semata-mata untuk kerja dan cari duit. My psychologist once said that it is okay to take a break. Jadi I ambil kata-kata dia sebagai tanda untuk berundur. I still love my job. It is just some bugs in here ... ," jeda Tari ketika jari menuding kepala dan kemudiannya ke dada, "And here, prevent me from keep hold out with works. I'm not resilient as much as I thought."

Shirou tiba-tiba berdiri dan menghampiri Tari. Bahu gadis itu dirangkul dan ditepuk beberapa kali.

"Kind soul, kind soul. You will be healed. God bless a lost soul and may come back to its home."

Pada Shirou, Tari berikan tolehan dengan kerutan dahi.

"You tak jampi I, kan?" seloroh Tari.

"Aiya, mestilah kena bomoh bomoh you sikit. Ini bomoh Cina maa. Mesti ong punya."

Terkekeh Tari mendengar Shirou menyambut jenakanya.

"Hei, you esok singgah your clinic first then pergi stesen bas, kan? Mahu I tolong hantar tak?"

Tari mengerdipkan mata pada Shirou.

"Kind soul, kind soul. Tak susahkan you ke? Esok selasalah. Kerja?"

"I ini work from home maa. Mana-mana pun I boleh kerja. Bila-bila pun I boleh taip-taip saja. So deal aaa?"

Beranggukan Tari dek disapa lega.

***

Tari membuka tutup genggaman tangan sebelum mendongak pada Umairah.

"Rasa macam mana, Cik Tari?"

Tari sekadar mengangkat bahu.

"Saya dah kurangkan guna telefon macam yang doktor sarankan. Whatsapp pun saya buka kat komputer riba. Tapi kadang bila ada panggilan masuk dan saya kena pegang telefon, ... dia gigil balik."

Mentari Kampung LangsatWhere stories live. Discover now