She's coming back: 24

1.4K 56 2
                                    

"DAMIA,  I'm talking to you! You nak tolong I ke tak nak ni?" suara Puan Syakira bergema disebalik panggilan telefon itu akibat menjerit. Manakan tidak, sudah berapa kali bertanya dan jawapan dari gadis itu hanyalah 'no'.

"No," gadis bernama Damia itu tetap berkeras tidak mahu menolong.

Tubuh yang sedang berdiri sambil menghadap tingkap itu, dia bawa ke kerusi. Tubuh dilabuhkan di atas sofa empuk itu lalu kaki disilangkan.

"I transfer duit dekat you. You pergi kedai tu and just pickup the cake. Tak susah pun. Nanti mummy transfer lebih sikit dekat you."  Dengar sahaja tentang duit, terus mata gadis itu bersinar-sinar.

"Hm, fine."  Akhirnya dia setuju walaupun dalam keadaan terpaksa.

"I'll send the location to you."

Setelah itu tiada lagi perbualan antara mereka. Panggilan terus dimatikan begitu sahaja. Damia mendengus kuat akibat tidak suka apabila dipaksa begitu.

...

"WELCOME to Haira's Secret Cake,"  Haira menyapa pelanggannya apabila terdengar bunyi pintu kedai dibuka dari luar. Matanya masih lagi belum melihat pelanggannya kerana masih ralit menyusun kek di dalam chiller.

"Yes, may I help you?"  Haira menyoal sambil berdiri menuju ke arah kaunter.

"I nak ambil kek." Damia berkata acuh tak acuh sahaja.

"Boleh saya tahu tempahan atas nama siapa?" Dia masih cuba untuk bersabar dengan karenah pelanggannya ini.

"Melissa Damia," balas gadis itu. Tangannya membetulkan ikatan rambut yang sudah semakin longgar itu.

Serentak itu Haira terkejut. Nama itu sangat familiar. Dan dia baru tersedar wajah gadis itu. Ya, memang benar. Melissa, gadis yang menghancurkan rumah tangganya beberapa tahun yang lepas.

"Hello,"  tangan gadis itu dipetikkan beberapa kali dihadapan muka Haira untuk menyedarkan lamunan itu.

"Maaf ya. Sekejap, saya ambil kek yang cik dah tempah tu. Sementara tu, cik boleh duduk dulu di kerusi hujung sana." Kepala ditundukkan bagi meminta maaf dan jarinya menunjukkan arah yang dia maksudkan. Pelitup muka dibetulkan agar gadis di hadapannya ini tidak mengenal dirinya.

"Mengelamun je kerja. Hm, ye lah. I tunggu dekat meja depan tu." Malas mahu bergaduh, akhirnya dia hanya berjalan ke arah meja yang kosong itu. Telefon bimbit dikeluarkan dari beg tangannya. Lock screen dibuka dan aplikasi whatsapp ditekan.

Tiba-tiba muncul 1 pesanan.

Mummy ♡

'Damia, mummy dah transfer  rm2000 untuk you. Lepas ambil kek tu pastikan hantar dekat rumah mummy terus. Balance tu, you pergi lah shopping or what.'

'Rm2000 je?' Damia atau lebih dikenali sebagai Melissa itu menyoal semula.

'Cuba belajar bersyukur sikit you ni.'

'Suka hati mummy lah. I nak gerak dah ni.'

'Take care Damia. Drive safe, okay!'

Seen. Gadis itu tidak membalas apa-apa lagi selepas itu.

"Cik Melissa Damia, ini kek yang cik tempah. Boleh buat pembayaran di kaunter, ya." Nama yang tertulis di kotak kek itu dia sebut. Kotak kek itu diletakkan diatas meja. Baru sahaja mahu berjalan ke kaunter, tangannya dipegang dari belakang.

TAKDIR KITA | CWhere stories live. Discover now