SELAMA satu jam lebih isterinya berada di dalam emergency room, Adam langsung tidak bergerak kerana masih setia menunggu di situ. Akhirnya pintu dikuak lebar dan ada seorang doktor perempuan datang mendekatinya.
"Boleh saya tahu apa hubungan encik dengan pesakit?" Doktor perempuan itu bertanya.
"Saya suami dia." Adam mengangkat kepalanya bagi melihat doktor itu. Matanya yang memerah akibat menangis itu dia biarkan sahaja.
"Boleh saya tahu macam mana keadaan isteri saya?" Adam menyoal kerana risau dengan keadaan isterinya.
"Keadaan isteri encik sekarang ni masih dibawah pantauan kami dan kepala dia terhentak agak kuat dan disebabkan itu dia koma. Tapi encik jangan risau, dengan izin-Nya, isteri encik akan sedar secepat yang mungkin. Cumanya..."
"Cumanya? Kenapa doktor?" Adam mula risau apabila Doktor itu bagai serba salah hendak beritahu.
"Cumanya, kami tak boleh nak jangka macam mana keadaan dia waktu sedar daripada koma tu nanti. Kemungkinan besar isteri encik akan hilang separuh ingatan. Dan tentang anak encik, alhamdulillah baby kuat sangat-sangat dan tak ada kecederaan yang serius."
Adam memandang Doktor itu tidak percaya. Terkejut.
"Anak?"
"Ya, anak. Kenapa? Encik tak tahu lagi ya? Tak apa. Bagi saya terangkan dulu. Alhamdulillah anak encik selamat. Mujur cepat sampai ke hospital. Kalau tak, saya sendiri tak pasti apa yang akan terjadi pada anak encik." Terang doktor perempuan itu lagi.
"Isteri saya mengandung?" Dia seolah-olah terkesima. Tidak sangka yang isterinya mengandung. Adakah wanita itu tahu tentang ini?
Tiba-tiba dia teringat yang semalam Haira ada terlepas cakap tentang 'klinik'. Maksudnya isterinya merahsiakan hal ini darinya. Patutlah Haira nampak happy sahaja semalam.
"Ya, betul."
"Dah berapa lama?" Adam bertanya. Dia bersyukur kerana isteri dan anaknya selamat.
"4 minggu."
Adam hanya mengangguk apabila mendengar berita itu. Dia lega kerana isterinya selamat. Tetapi dia masih takut kehilangan isteri dan anaknya itu.
Dia gembira dan dalam masa yang sama dia sedih. Wanita itu koma. Tidak tahu bila baru sedar. Dan bila dah sedar, dia tidak tahu apa yang bakal terjadi lagi selepas itu. Sungguh dia tidak sanggup kehilangan Haira.
"Baiklah, saya pergi dulu. Nanti isteri encik akan dipindahkan ke wad biasa dan encik boleh melawat apabila masa melawat sahaja." Kata doktor itu dan terus berlalu pergi. Kini hanya tinggal dia seorang di situ sebelum...
"Adam?" kepala ditolehkan bagi melihat siapa yang memanggilnya. Kini pandangannya menjamah wajah Puan Ameera dan Encik Asyraf. Dia lekas bangun dan menyalam ibu dan bapa mentuanya.
"Mama, abah."
"Haira macam mana? Dia okey ke?" soal Puan Ameera terlebih dahulu.
"Haira masih di bawah pemantauan doktor dan doktor cakap, Haira koma. Kemungkinan besar waktu dia sedar nanti, dia akan kehilangan separuh ingatan." Adam kembali menunduk apabila bercakap tentang itu. Dia tidak sanggup melihat Haira sakit begini.
"Allahhuakhbar..." Puan Ameera dan Encik Asyraf menunduk. Mereka terkejut dengan berita itu. Puan Ameera mula menangis kerana dia terlampau sayangkan anaknya. Dia tidak mahu kehilangan anak perempuannya itu.
"Mama, abah. Haira pregnant dah 4 minggu. Alhamdulillah, anak kami selamat. Nasib baik cepat sampai hospital, kalau tak, Adam tak tahulah apa yang akan terjadi." Dia kembali duduk di kerusi yang tersedia disitu.

YOU ARE READING
TAKDIR KITA | C
Romance[COMPLETED] NEW COVER! Cerita yang penuh dengan emosi, dendam, penipuan, tentang kekeluargaan, cerita after fl dan ml bercerai, cerita tentang how diorang struggle dengan perkahwinan kedua, cerita yang ada plot twist dibahagian... (kena baca sendiri...