[Recommended by me. You need to read this chapter while hearing to Unconditionally song by Katy Perry and Rewrite The Stars by Anne-Marie and James Arthur]
"KALAU itu yang kau nak, aku akan buat." Nafas ditarik dalam lalu dihembus perlahan. Haira sudah menunduk dengan mata yang dipejamkan rapat. Tidak pernah dia terfikir bahawa dia akan lalui saat-saat begini.
"Pandang mata aku." Dagu runcing isterinya ditolak perlahan naik ke atas. Haira hanya menurut. Anak mata mereka bertaut lama.
"Bersaksikan diaorang berdua, Nur Haira Qaszrina binti Mohamad Asyraf, aku ceraikan kau dengan talak 1." Lafaz talak yang sudah jelas kedengaran keluar dari mulut Adam membuatkan Haira menganggukkan kepalanya perlahan lalu tersenyum nipis. Tiada setitis air mata yang keluar dari mata cantik itu.
Cerai bukanlah apa yang dia mahukan, tetapi dia terpaksa mengorbankan semuanya demi kebahagiaan mereka berdua di masa hadapan. Dia redha jika jodoh mereka hanya setakat itu sahaja.
"Terima kasih sebab lepaskan I. I harap you bahagia dengan pilihan you dan I harap you buat pilihan yang tepat dalam hidup you. Terima kasih atas semua kebaikan yang pernah you beri pada I. I janji yang I takkan ganggu hidup you lagi. Thank you. Thank you for everything. Dan terima kasih juga atas segala kesakitan yang you beri pada I dan anak I. I harap you maafkan family I sebab kami punca abang you mati. Tapi kalau you ada akal fikiran, you sendiri boleh fikir apa yang Aiden buat tu memang selayaknya sebab pengorbanan tu untuk orang yang dia sayang. Haireena Qaszrisa, cinta mati untuk Aiden Luthfi. You sendiri tahu tu kan? Oh ya, lagi satu. Jangan risau pasal Ayzack, sebab dia mati berbinkan nama I, bukan you. Itu yang you nak, kan? I pergi dulu, assalamualaikum." Usai berkata, tubuh dipusingkan menghadap Farah di tepi.
"Far, kau dah ambil semua barang-barang aku kan?"
"Dah, ada dua luggage besar ni. Takpe, biar aku yang bawa. Kau pergilah masuk kereta dulu." Balas Farah lembut. Haira hanya mengangguk. Mereka berpelukan seketika sebelum Haira melangkah keluar dari bilik ini. Sempat matanya melihat Adam dan Melissa buat kali yang terakhir.
Masuk sahaja ke dalam perut kereta, tubuh disandarkan pada kerusi. Lafaz talak tadi masih kedengaran jelas di dalam kepalanya. Tubir mata terasa hangat dan perlahan-perlahan mutiara jernih yang ditahan sedari tadi, mengalir membasahi pipi. Isi didalam pipi digigit bagi mengurangi sedu sedan.
"Ya Allah... kenapa semua ni terlalu berat untuk aku lalui?" Dada ditepuk-tepuk bagi menunjukkan rasa sakitnya ketika ini. Semuanya terlalu berat, bagaimana dia ingin lalui semua ini seorang diri?
Pintu dibahagian pemandu yang sudah terbuka membuatkan Haira laju-laju menyeka air mata. Apabila Farah melihat dirinya, Haira hanya tersenyum dan melontarkan pandangan ke luar tingkap. Dia tidak suka apabila sisi lemahnya seperti sekarang ini terlihat.
"There's no need to be strong all the time, Haira." Kepala kembali berpusing melihat Farah yang tiba-tiba sahaja bersuara.
"Your feelings are valid, kau ada hak untuk menangis, bersedih, marah, kecewa, bahagia. Setiap kali kita down, orang lain termasuk diri aku sendiri, akan cakap yang 'kau kuat, you can handle this', but listen, sekarang aku sedar yang aku salah sebab your feelings are valid. You don't have to be strong all the time, babe. Kalau kau rasa nak menangis, then cry. Nangis sepuasnya. But! Jangan lupa untuk bangkit semula."
"Aku cuma nak cakap yang your feelings are valid. If something hurts you from inside and out, then you want to show them how hurts you are, maybe they will say that you're overreacting. Listen here! You are not overreacting. If it hurts you, then it hurts. Everyone have their own limits. Sabar, yes we have to sabar. But kau kena tahu bila konsep sabar yang sebenar ni perlu digunakan. Menangislah jika perlu, Haira. Tapi jangan terus menerus patah semangat. Cut off them if it was good for your mental health."

YOU ARE READING
TAKDIR KITA | C
Romance[COMPLETED] NEW COVER! Cerita yang penuh dengan emosi, dendam, penipuan, tentang kekeluargaan, cerita after fl dan ml bercerai, cerita tentang how diorang struggle dengan perkahwinan kedua, cerita yang ada plot twist dibahagian... (kena baca sendiri...