"ASSALAMUALAIKUM..." Haira memberi salam perlahan. Dia tidak sedap hati, dia masih nampak bayangan malam itu. Malam dimana dia dipukul. Baru sahaja ingin menolak pintu dan membuka kasut, tiba-tiba matanya tertumpu kearah kasut tumit tinggi dibawah. Itu bukan kasut miliknya.
Kini jantungnya mula berdegup laju. Tak mungkin... Sejauh mana pun dia cuba untuk bersangka baik, kenyataan tetap kenyataan. Walau pahit untuk ditelan, tetapi itulah kenyataannya. Hatinya kembali sakit, kecewa akan suaminya.
Setelah masuk ke dalam rumah itu dia terus menuju ke bilik utamanya untuk mengambil barang-barang miliknya. Tetapi lain pula yang terjadi apabila dia melihat sesuatu yang menjijikkan. Sesuatu yang mampu mengecewakan dirinya lagi dan lagi terhadap Adam.
Haira keluar semula dari bilik tidur mereka dan menutup pintu dengan perlahan. Tidak mahu mereka berdua tersedar akan keberadaannya. Telefon di dalam handbag dikeluarkan.
"Far, tolong aku. Kau tolong masuk lepastu kau naik dekat bilik aku. Tolong aku packing sekali. Aku tak kuat Far, kau kena tolong aku." Haira menghantar voice message tadi kepada Farah. Selepas sahaja Farah mendengar voice itu, dia terus bergegas masuk ke dalam rumah. Risau jika apa-apa terjadi kepada Haira.
Dan alangkah terkejutnya dirinya apabila melihat Adam sedang tidur bersama kawan lamanya, Melissa. Cepat-cepat dia mencari keberadaan Haira semula. Pasti wanita itu tidak dalam keadaan yang baik.
"Far, aku... Aku tak kuat, Far." Dari bilik sebelah, Haira memanggil nama Farah perlahan. Dia tahu Farah ada berdekatan situ. Farah yang mendengar rintihan Haira terus sahaja menuju ke arah sahabatnya dan memeluk wanita itu.
"Shhh... Jangan nangis dah." Belakang tubuh Haira digosok perlahan. Seminit kemudian, pelukan dilepaskan lalu kedua belah pipi Haira ditekup menggunakan tangan.
"Kau nak ambil juga ke barang kau?" Anggukan dari Haira membuatkan Farah mengeluh perlahan. Mengapa wanita itu mahu menyiksa perasaan sendiri lagi? Tanpa berkata banyak, Farah hanya mengikut sahaja apa yang Haira mahu lakukan.
"Aku akan masuk dalam bilik tu senyap-senyap, kau tunggu luar. Nanti aku pass barang dekat kau. Okey?" Senyuman nipis diukir lembut. Mahu tidak mahu, Farah hanya mengangguk setuju.
"Okey, cepat sikit tau. Kau kuat. Ingat apa tujuan kita datang sini, jangan lemah kerana perasaan cinta kau pada lelaki tu. Kau kena kuat. Faham?"
"Iya, Far. Kalini aku takkan kalah dengan perasaan aku sendiri. Aku akan selesaikan semuanya harini. Dan aku... Aku takkan pernah berbalik semula dekat dia sebaik sahaja dia ceraikan aku." Tekad dirinya. Perasaan benci kepada lelaki itu semakin bertambah-tambah selepas melihat apa yang terjadi di dalam bilik tidur tadi. Kali ini dia nekad dengan keputusannya.
Hilang sahaja Haira dari pandangannya, Farah mula berjalan mendekati pintu untuk bersedia jika Haira memerlukan pertolongan darinya.
Sret... Bunyi pintu bilik tidur dibuka dari luar.
Haira menggigit bibir bawahnya sedikit kuat apabila buka sahaja pintu, matanya tidak sengaja terpaut dengan anak mata Melissa. Mungkin gadis itu terjaga kerana bunyi pintu. Haira rasa seperti hendak tepuk dahi ketika ini kerana bunyi pintu, gadis itu terjaga. Apalah yang akan terjadi nanti. 'Ya Allah, kuatkan aku.'
"Ha... Haira. Bila kau balik?" soal gadis itu sedikit gagap. Terkejut mungkin. Selimut ditarik menutupi sebahagian tubuhnya yang terdedah.
Pertanyaan dari gadis yang bernama Melissa tadi menyebabkan Adam pula yang terjaga. Haira semakin tidak tahu hendak berbuat apa. Sementara Adam masih lagi sedang mamai, dia mengambil peluang ini untuk mengemas barang-barang miliknya.

YOU ARE READING
TAKDIR KITA | C
Romance[COMPLETED] NEW COVER! Cerita yang penuh dengan emosi, dendam, penipuan, tentang kekeluargaan, cerita after fl dan ml bercerai, cerita tentang how diorang struggle dengan perkahwinan kedua, cerita yang ada plot twist dibahagian... (kena baca sendiri...