ANGIN sepoi-sepoi menampar lembut pipi gebunya. Sudah 3 minggu dia tidak berjumpa dengan Adam dan seminggu yang lepas, pihak hospital sudah membenarkan dia untuk pulang ke rumah.
Sudah diberitahu beberapa kali kepada keluarganya bahawa dia boleh tinggal bersendirian, tetapi mereka tetap berkeras mahu menjaganya. Kini dia sedang duduk di atas sebuah kerusi dan matanya meliar melihat anak-anak kecil yang sedang bermain di taman itu.
Tenang sahaja dirinya apabila melihat budak-budak disitu tersenyum, bergelak ketawa dan bermain di situ. Sesekali tangannya mengusap perut yang sudah menampakkan bentuk itu. Walaupun masih kecil, tetap kelihatan rupanya.
Begitu cepat masa berlalu. Sedar tidak sedar, sudah 9 minggu usia kandungannya. Selama beberapa minggu tidak berjumpa dengan Adam, emosinya mulai stabil. Tetapi tidak tahu mengapa dia rindukan lelaki itu. Tidak pernah sehari pun, lelaki itu hilang dari fikirannya.
Tetapi entah mengapa, perasaan benci itu masih terasa. Sudah beberapa hari dia cuba untuk mengingati segalanya. Tapi tiada apa yang mampu dia ingat. Apa yang dia dapat hanyalah, sakit kepala yang berpanjangan akibat terlalu mendesak untuk mengingati semua itu. Mengapa dia perlu rasakan semua ini?
Tiba-tiba tempat kosong disebelahnya diduduki oleh seseorang. Kepala dipusingkan ke tepi bagi melihat gerangan itu.
"Abang Fayyad," refleks mulutnya menyebut nama lelaki itu. Dia memanggil dengan panggilan itu memandangkan lelaki itu tua setahun daripadanya.
"Hai hai hai Haira!" seloroh Fayyad membuatkan Haira turut ketawa bagi melayan gurauan lelaki itu. Sudah terbiasa dengan lelaki bernama Fayyad itu.
Fayyad memang selalu buat lawak yang agak hambar seperti itu. Tetapi tidak tahu mengapa Haira tetap sahaja terhibur.
"Apa abang buat dekat sini? Stalk Haira eh?" Dia terkekeh ketawa.
"Kalau stalk pun, apa salahnya kan? Takdelah. Tadi abang pergi rumah Aunty meera, lepastu aunty kata, Haira dekat taman sorang-sorang. Jadi, abang datang lah." Terang Fayyad. Sesekali dia ketawa bagi mengurangkan jeda antara mereka.
"Ouh..." itu sahaja yang Haira membalas. Sejak kecil mereka berdua sudah rapat dan semenjak Haira sambung belajar, mereka sudah tidak berjumpa lagi. Sehinggalah waktu dia di hospital. Sungguh dia terhutang budi dengan lelaki itu kerana sudah banyak membantu dirinya. 3 minggu suaminya tiada, lelaki itu sahajalah yang kerap mengambil berat tentangnya.
Kini mereka kembali rapat. Terkadang, mama dan abahnya ada mengingatkan dirinya supaya menjaga batas pergaulan antara mereka kerana status Haira sekarang sudahpun menjadi isteri orang.
"Haira, abang nak tanya sikit boleh?" pinta Fayyad. Punggung dilabuhkan bersebelahan Haira tetapi wanita itu bergerak ke tepi sedikit bagi memberi ruang di tengah. Kalau orang nampak mereka duduk rapat seperti tadi, tidak manis pula.
"Tanya je la." Haira masih menunggu kata-kata seterusnya.
"Haira ingat Adam tak?"
Terus berubah riak wajah Haira ketika itu. Air liur ditelan beberapa kali sebelum menjawab persoalan itu.
"Ingat," jawabnya sepatah.
"Ingat? Apa yang Haira ingat?" soal Fayyad ingin tahu.
"Haira ingat apa yang dah jadi dua tahun lepas. Itu je. Cuma kadang-kadang, Haira ada teringat juga macam mana kitaorang boleh berjumpa selepas dua tahun tu. But still... Samar-samar je." Sambil bercerita, dia bergerak ketepi sedikit untuk mencipta jarak antara mereka apabila Fayyad bagai sengaja mendekatinya lagi.
"Apa yang jadi dua tahun lepas?" soal Fayyad lagi. Haira memejamkan matanya seketika. Entah bagaimana dia boleh tak perasan yang mulutnya sudah terlepas cakap.

YOU ARE READING
TAKDIR KITA | C
Romance[COMPLETED] NEW COVER! Cerita yang penuh dengan emosi, dendam, penipuan, tentang kekeluargaan, cerita after fl dan ml bercerai, cerita tentang how diorang struggle dengan perkahwinan kedua, cerita yang ada plot twist dibahagian... (kena baca sendiri...