'Keluar dinner dengan I.'
AYAT ini kerap bermain di fikirannya. Patutkah dia setuju? Kalau setuju, adakah gadis itu bakal menunaikan janjinya? Kalau dia tidak setuju, apa lagi yang gadis itu bakal lakukan? Buntu. Buntu apabila berfikir semula. Apa yang harus dia lakukan sekarang ini?
Flashback*
"Keluar dinner dengan I." Tangan Adam dia tarik dan lengan lelaki itu dia rangkul. Kepala disandarkan pada bahu Adam.
"Kau ni dah kenapa eh perempuan? Apa yang kau tak habis-habis nak kacau hidup aku ni?! Tak penat ke? Bertaubatlah, Mel." Sekali lagi dia merentap kuat tangan gadis itu bagi melepaskan pegangannya. Kepala Melissa turut ditolak menjauhi.
"Wow... Ni bukan Adam yang I kenal. Sayang... You tak rindu I ke? I miss you, sayang. I rindu you punya belaian, I rindu..." tangannya melingkar di bahagian leher lelaki itu dan menggosok-gosok perlahan. Belum sempat dia menyambung, Adam terlebih dahulu memotong.
"Kau jangan melampau! Kau dengar sini baik-baik, hati aku dah tak ada dekat kau dan tak akan pernah ada dekat kau sampai bila-bila. Hati aku milik Haira. Bukan kau! Tolong sedar diri kau. Sekali lagi kau cakap macam ni, aku tak teragak-agak untuk bagitahu parents kau tentang perangai sebenar kau. Jangan cabar aku, Mel. Kau sendiri tahu, aku ni jenis macam mana." Tangan Melissa dia alih dari lehernya dan memusingkan tangan gadis itu sehingga membuatkan tangan itu sedikit terpeleot.
"Sekarang ni, you ugut I? Hey, Adam. Do you think I care?" kening dan bibirnya sedikit terjungkit. Sinis.
"I tak kira, malam ni you tetap kena teman I dinner. Full stop!" sambung Melissa lagi.
"Kalau aku tak nak? Kau nak buat apa?" Adam cuba mencabar kesabaran gadis itu. Suka hati dia je nak atur hidup orang.
"I akan sebarkan gambar-gambar kita dekat isteri you. I akan hancurkan rumah tangga you buat kali yang kedua dan I akan pastikan, you tak akan bahagia dengan perempuan tu sampai bila-bila." Dengan yakin Melissa berkata. Adam berdecit geram dengan tingkah tidak tahu malu seperti Melissa sekarang ini.
"Kau ni memang perempuan tak tahu malu kan? Kau sanggup nak sebar aib kau sendiri. Kau dengar sini, itu gambar lama. Kau ingat Haira tu bodoh ke nak percayakan kau?" dadanya turun naik kerana sesekali dia menjerkah gadis itu.
"Haira tu memang bodoh la! You rasa, dia takkan percayakan I? Adam... Ni I lah. I akan buat sampai dia percayakan I. Apa yang I nak, I akan buat sampai I puas." Kini gadis itu pula yang menaikkan suaranya. Langkah semakin mendekati lelaki itu. Adam yang tidak gentar, dia menikam tajam anak mata Melissa dan merapatkan wajahnya pada telinga gadis itu.
Tidak terlalu rapat, tapi cukup untuk membuatkan nafasnya menampar kulit gadis itu.
"Fine... Kau dengar sini baik-baik. Malam ni pukul sembilan, aku nak kau datang dekat cafe biasa aku lepak. Aku rasa kau tahu kot kan dekat mana. Memandangkan kau 'stalker' terhebat. Kan?" Lelaki itu menjauh semula dari Melissa. Bukan sengaja dia mahu setuju, tapi kalau ini yang terbaik buat hubungannya dengan Haira, dia akan buat apa saje.
Berharap gadis dihadapannya ini tidak mengganggu mereka lagi selepas ini.
Melissa menggulingkan matanya ke atas. Ah, sempat lagi nak perli orang.
"Okay, see you tonight!" Melissa terus tersenyum suka apabila Adam bersetuju untuk makan malam bersamanya.
Tanpa berkata banyak, Adam terus berlalu ke bilik pejabatnya semula. Malas hendak layan karenah perempuan gila itu.
End of flashback*
Lihat sahaja isterinya melangkah menuruni tangga, Adam mengukir senyum saat mata mereka tidak sengaja bertemu.

YOU ARE READING
TAKDIR KITA | C
Romance[COMPLETED] NEW COVER! Cerita yang penuh dengan emosi, dendam, penipuan, tentang kekeluargaan, cerita after fl dan ml bercerai, cerita tentang how diorang struggle dengan perkahwinan kedua, cerita yang ada plot twist dibahagian... (kena baca sendiri...