Kembali (Bab 3)

3.4K 121 5
                                    

15 tahun berlalu...

Ariana kembali ke Malaysia selepas melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang.

"Cik Dewi?" tanya seorang pemandu sambil memegang kertas dengan nama Dewi Uqasha.

"Ya saya." Ariana mengangguk, kini selesa namanya dipanggil Dewi.

"Selamat Kembali ke Malaysia Cik Dewi. Tuan dan Puan Sri dah menunggu di rumah."

"Terima kasih pak cik."

"Boleh panggil saya Pak Ali, Cik Dewi."

"Okey Pak Ali. Jom."

Ariana berjalan keluar bersama Pak Ali yang menolak trolinya. Seorang lelaki tergesa-gesa sehingga terlanggar troli Ariana.

"Maaf, maaf Cik."

Dan, apabila lelaki itu membuka kaca matanya. Sekilas Ariana mengingat gambar anak-anak Zahara. Dan yang sedang berada di hadapannya adalah Megat Huzair, yang kini menguruskan syarikat ayahnya.

"Tak apa. Pak Ali. Jom."

Megat Huzair berlalu, Ariana memandang ke belakang.

'Kita akan jumpa lagi Megat,' gumam Ariana dengan senyuman.

***********

"Papa! Mama!"

Ariana berlari memeluk ibu dan ayah angkatnya. Tan Sri Rashid dan Puan Sri Natasha gembira melihat Ariana. Sebulan selepas kejadian yang berlaku pada Ariana dan ibunya. Tan Sri mencari Khadijah dan sudi membantu Khadijah. Khadijah rela melepaskan Ariana untuk kehidupan yang lebih baik, kawan baiknya sejak kecil itu menyayangi Ariana kerana dia semasa itu baru kehilangan anak.

"Apa khabar Dewi?" tanya ayahnya.

"Alhamdulillah. Baik-baik saja ayah. Tadi terserempat dengan Megat Huzair di airport."

"Ha? Awalnya jumpa bakal boss."

"Macam tulah ayah. Lagi awal dari sangkaan."

"So, dah ready ke nak kerja bawah Megat ni?" Tanya ayahnya lagi.

"Lebih dari bersedia ayah. Dah lama tunggu saat ni...."

"Ayah akan arahkan beberapa orang mengawasi dan membantu Ariana. Jangan bimbang. Musuh Dewi. Musuh ayah juga."

"Terima kasih ayah. Ibu..."

Ariana memeluk keduanya erat. Dia kini kembali mahu mengambil haknya!

Bersambung....

REVENGE (TELAH TERBIT)Where stories live. Discover now