Ibu (Bab 5)

3.2K 134 7
                                    

ARIANA ke sebuah hospital. Nama Dewi Uqasha tetap digunakan sebagai pelawat. Hari ini Ariana mahu melawat ibunya di hospital tersebut. Sebuah hamper dibawa bersama, mengandungi coklat dan buah-buahan.

"Cik Dewi Uqasha. Mohon hati-hati."

"Dia ibu saya. Saya tak takut."

Klak!

Pintu dibuka oleh penjaga hospital. Ariana segera masuk ke dalam lalu meluru masuk memeluk ibunya.

"Mama!"

"Pergi! Pergi! Pergiii!"

Ariana ditolak kuat lantas terhentak ke dinding. Tapi dia tidak mengalah.

"Mama, ini Ariana. Anak mama. Ariana ma."

"Pergi! Perempuan jahat! Perempuan jahat! Pergi! Kau dah bunuh Ariana... pergiiiii!"

Ibu Ariana memegang Ariana dan sekali lagi menolaknya ke pintu.

"Mama! Ariana tak mati! Ariana masih hidup! Masih hidup!"

Ariana sekali lagi memeluk ibunya kuat dan sekali itu juga ibunya meronta-ronta minta dilepaskan.

"Ariana dah mati! Pergi kau! Pergiiiii!"

"Mama! Ini Ariana ma. Ariana anak mama. Masih hidup!"

Kali ini Arian menjerit lebih kuat!

"Pergii!!!" Dan jeritan itu dibalas ibunya lebih kuat sehingga penjaga hospital terpaksa membuka pintu.

"Cik, mohon keluar. Kami tak mahu pesakit kami tertekan. Mohon Cik." Penjaga hospital berkata dalam nada toleransi meminta kerjasama.

Ariana akur. Hamper yang dibawanya tadi dilempar ke sana sini oleh ibunya.

"Ariana balik dulu mama."

"Pergii! Pergi!"

Dan jeritan itu makin kuat. Ariana terpaksa melangkah pergi. Dendam dalam hatinya membara-bara. Dia sendiri tak tahu apa sebenarnya berlaku kepada ibunya Khadijah semasa ibunya itu ke Kuala Lumpur memohon bantuan Zakaria yang maha kejam itu. Tahu-tahu saja ibunya sudah berada di hospital gila selepas seminggu hilang. Badannya luka-luka, fikirannya tidak waras! Lupa segalanya kecuali nama Ariana.

"Aku akan buat sama dengan apa yang kau buat pada mama Zahara. Aku tahu, ini angkara kau!"

Segera Ariana capai telefon bimbitnya, menghubungi seseorang.

"Zack, culik sekarang juga!"

"Baik Cik Dewi."

************

Maisarah. Adik bongsu Megat Huzair dan Syah Huzair baru keluar daripada kolej selepas selesai kuliah.

"Kau nak ke mana Maisarah?" tanya temannya.

"Kau tahulah mak aku. Pergi balik kolej kena ikut driver."

"Ala.... tak bestlah macam ni. Kan dah janji nak window shopping kat Pavi hari ni."

"Sorry Sha. Got to go. Bye."

Dan Maisarah terus masuk ke dalam kereta.

Setelah 10 minit. Tiba-tiba saja kereta berhenti.

"Kenapa pak cik?"

"Entah. Kereta buat hal agaknya. Jap pak cik tengok."

"Cepat pak cik."

"Ya Cik."

Pak Mior keluar dari kereta dan sejurus itu juga kepalanya dipukul kayu oleh seseorang. Maisarah ditarik keluar dan disumbat masuk ke dalam kereta lain.

"Lepas! Lepas! Lepasss!!" Maisarah meronta-ronta.

"Diam aku kata! Diam!"

"Lepaslah! Lepasss!" Maisarah meronta lagi.

Pap!

Dan sekali tamparan itu, terus saja Maisarah pengsan.

"Cik, kami dah tangkap dia. Nak buat apa sekarang?"

"Hantar saja ke tempat yang aku suruh. Lepas tu kau jangan pandang belakang. Biar saja dia dekat situ."

"Tapi siapa nak daki gunung tu Cik?"

"Aku dah kata, hantar saja situ. Nanti ada yang settlekan."

"Faham Cik."

Dan, sebaik saja mereka sampai ke bawah kaki gunung. Dua orang lelaki sudah menunggu. Maisarah diletak dalam sebuah beg dan dibawa naik ke atas gunung.

Klong! Klong!

Ariana tersenyum sebaik saja menerima sekeping gambar. Sebuah beg di atas gunung. Dan, terus saja dia hantar gambar tersebut kepada Zahara dengan nombor private. Selepas semalaman beg tersebut berada di situ.

Ditaipnya caption indah di bawah gambar tersebut.

~Takkan tengok je anak kesejukan atas tu. Dah sehari kan. Mungkin rimau makan~

Ariana ketawa terbahak-bahak. Puas dengan apa yang dilakukannya! Ini hanya sedikit apa yang dibuat Zahara pada dia dan ibunya kini yang disahkan gila itu!

Bersambung...

REVENGE (TELAH TERBIT)Where stories live. Discover now